Jom Buat Duit

Showing posts with label Rogol. Show all posts
Showing posts with label Rogol. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

Lelaki Dituduh Rogol Dan Liwat Remaja 15 Tahun

IPOH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol serta meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada Februari lalu, di sini hari ini.

Tertuduh, Liew Kar Chuan, 29, membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Kar Chuan didakwa telah merogol gadis berusia 15 tahun itu di alamat No.2, Kampung Rawa Baru, Gopeng di Kampar kira-kira pukul 11 malam pada 1 Februari lalu.

Tertuduh turut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama antara 1 Februari hingga 6 Julai lalu di alamat No.137 Jalan Sejahtera Taman Gopeng Jaya, Gopeng dekat sini. Kosmo

Pelajar Tingkatan Lima Diugut Sebelum Dirogol Teman Lelaki

MIRI - Seorang pelajar tingkatan lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lepas.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.
"Mangsa membuat laporan polis pada hari ini," katanya kepada Bernama.

Jelasnya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa telah dirogol dan polis sedang memburu suspek.
Tian Kee berkata, sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.

Tambahnya, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol. - Bernama

Monday, 2 June 2014

Tiga Lelaki Mengaku Perkosa Dua Gadis Kampung

Nyalaan lilin bagi memperingati 2 mangsa rogol

LUCKNOW - Tiga lelaki mengaku memperkosa dan membunuh dua remaja wanita yang ditemui tergantung pada sebatang pokok di India, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis, Atul Saxena berkata, pihak berkuasa masih memburu dua suspek lain berhubung serangan itu yang berlaku pada minggu lalu di negeri Uttar Pradesh.

"Mangsa merupakan pasangan sepupu yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun," katanya.
Dua remaja itu yang berasal daripada keluarga miskin tanpa tandas hilang malam Selasa lalu apabila mereka pergi ke sawah untuk membuang air.

Kejadian itu berlaku di kampung Karta yang terletak sekitar 300 kilometer dari ibu negeri Uttar Pradesh, Lucknow.

Selepas mereka ditemui tergantung pada sebuah pokok mangga keesokan harinya, beratus-ratus penduduk kampung berhimpun di sekitar pokok tersebut.
Mereka mahu polis terdahulu menahan penyerang dua gadis itu sebelum bertindak menurunkan mayat-mayat mangsa.

Polis menangkap dua suspek pada hari yang sama dan suspek ketiga kelmarin.
"Apabila disoal siasat mereka mengaku menyerang kedua-dua remaja perempuan tersebut," jelas Atul.
Suspek-suspek berkenaan yang merupakan sepupu daripada sebuah keluarga besar berdepan dakwaan merogol dan membunuh.

Mereka boleh dihukum mati jika didapati bersalah.
Menurut Atul, polis sedang menyediakan lakaran dua suspek lain berdasarkan keterangan ketiga-tiga lelaki tersebut.

Pihak berkuasa turut menangkap dua anggota polis dan menggantung kerja dua yang lain kerana gagal melakukan siasatan selepas bapa salah seorang mangsa mengadu tentang kehilangan mereka malam Selasa lalu.

Dalam pada itu pihak berkuasa persekutuan akan mengambil alih kes tersebut pada minggu ini. - AP

Friday, 30 May 2014

Kes 38 rogol dua pelajar: Tiga beranak turut direman

Antara 14 suspek yang direman untuk membantu siasatan kes rogol beramai-ramai di Ketereh

Pasir Mas: Tiga beranak adalah antara 14 suspek ditahan polis setakat ini, untuk siasatan kes dua pelajar yang didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki, dalam kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu bersama dua anak lelakinya masing-masing 15 dan 17 tahun, ditahan di Ketereh kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kejadian dan semua suspek kini direman seminggu. Berita Harian

Thursday, 29 May 2014

Remaja Dirogol di Rumah Sendiri

MIRI - Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, kejadian berlaku pukul 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.
Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Tian Kee, remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang bertindak mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.
"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Tian Kee.

Tambahnya, suspek dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. - Bernama

Sunday, 11 May 2014

Lelaki rogol wanita hamil minta maaf

Bachok: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dirogol lima lelaki bergilir-gilir di sebuah sawah padi di Kampung Kuau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan ke rumah rakan perempuannya di Kampung Tangok, sebelum keluar membonceng motosikal bersama adik perempuan rakannya bagi membeli makanan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun, mengandung anak kedua manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur.


Bonceng motosikal
Katanya, mangsa mendakwa dia dan adik rakannya sedang membonceng motosikal sebelum didatangi kekasih adik rakannya bersama dua lelaki.

“Adik rakan mangsa dipaksa membonceng motosikal bersama teman lelakinya, manakala mangsa dipaksa mengikuti dua lelaki itu ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi Kampung Kuau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, di sini.
Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan bersama dua lelaki itu dan cuba mahu menelefon seseorang untuk mengambilnya.

Abdul Hamid berkata, berang dengan tindakan mangsa, seorang daripada lelaki itu menelefon tiga lagi rakannya dan mereka merogol mangsa secara bergilir-gilir.


Suspek mohon maaf
“Mangsa kemudian dihantar ke rumah rakannya di Tangok oleh seorang suspek jam 4.30 pagi, malah suspek dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tawang.

Katanya, polis kini sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.  BH

Saturday, 3 May 2014

Dirogol Dalam Tandas

SETIU - Seorang wanita mendakwa dirogol seorang pelanggan di kedai makan tempat dia bekerja dalam kejadian di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh, Penarik, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang ketika mangsa berusia 23 tahun pergi berseorangan ke tandas itu tanpa menyedari dia diekori suspek dikenalinya berusia 20-an.

“Sebaik tiba, mangsa ditarik suspek ke dalam tandas dan diarahkan tidak berbuat bising jika enggan diapa-apakan.

“Mangsa mendakwa minta suspek melepaskannya, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum dirogol,” katanya.

Ab Rahman berkata, selesai melampiaskan nafsu, suspek meninggalkan mangsa sambil memberi amaran agar tidak menceritakan perbuatan itu kepada sesiapa, namun mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Penarik untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. SH

Dirogol Teman Lelaki

Sekadar Gambar Hiasan
SABAK BERNAM – Keinginan pelajar tingkatan empat berseronok dengan teman lelaki sehingga sanggup ponteng sekolah, akhirnya bertukar detik hitam apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Sungai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, 16, dipercayai dirogol temannya lelaki itu antara jam 8 hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana bekerja.

Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk membawanya ke rumah dan kemudiannya bertindak merogol mangsa yang baru dikenalinya kira-kira sebulan lalu.

“Lelaki yang mengenali mangsa melalui rakannya dipercayai pernah melakukan seks oral beberapa kali sebelum ini, namun mengakui baharu pertama kali melakukan hubungan seks dengan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya selepas seorang rakan mangsa menghubunginya memaklumkan mangsa tidak ke sekolah.

Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan, tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.

“Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan,” katanya.

Noor Mushar berkata, kakak mangsa yang terkejut dengan pengakuan adiknya itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi memaklumkan kejadian terbabit.

“Polis mereman suspek yang bekerja sebagai mekanik bermula 29 April lalu sehingga 6 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya.  SH

Thursday, 2 May 2013

Budak 4 tahun mangsa rogol meninggal

MUMBAI - Mangsa rogol berumur empat tahun di India yang bertarung nyawa hampir dua minggu di hospital dilaporkan meninggal dunia, menurut kaki tangan hospital, semalam.

Laporan yang dipetik AFP,P A Sriram berkata, pihak hospital telah berusaha untuk menyelamatkan mangsa, namun keadaannya semakin kritikal dan tekanan darahnya juga menurun secara mendadak hingga menyebabkan jantungnya terhenti, malam kelmarin.

Pada 18 April lalu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah ladang oleh ibu bapanya sehari selepas dirogol lelaki berumur 35 tahun di bandar Ghansour.

Susulan daripada itu, seorang suspek ditahan di utara Bihar untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian berasingan pada 15 April lalu, seorang kanak-kanak berumur lima tahun di New Delhi turut menjadi mangsa rogol kejam hingga mencetuskan protes di ibu negara.

Friday, 25 January 2013

Gadis dirogol polis

Sumbawa: Kegiatan harian di bandar Sumbawa Besar di sini, kembali normal selepas, sehari selepas rusuhan meletus hingga memusnahkan dua pasar mini, dua kediaman, sebuah hotel dan sebuah tempat beribadah.

Keganasan di wilayah Nusa Tenggara Barat itu turut menyebabkan kira-kira 2,216 penduduk keturunan Bali hilang tempat tinggal.

“Keadaan kembali normal. Penduduk sudah mula menjalankan kegiatan harian mereka seperti biasa,” kata jurucakap polis Nusa Tenggara Barat, Sukarman Husein.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, 816 anggota polis dikerah untuk menguasai kawasan terjejas dan menghalang keganasan merebak.

Rusuhan dilapor berlaku berikutan kematian Aryati, 30, yang didakwa dirogol dan didera oleh teman lelakinya, Gede Eka Suarjana, anggota polis berusia 21 tahun yang berkhidmat dengan pasukan polis Sumbawa.

Sementara itu, polis berkata, Aryati terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika membonceng motosikal bersama Suarjana.
Selasa lalu, anggota keluarga Aryati dan beberapa pelajar Universiti Samawa mengadakan perhimpunan di Balai Polis Sumbawa, meminta pihak berkuasa menjelaskan punca kematiannya.

Tidak puas hati dengan penjelasan polis, mereka bertindak untuk merusuh.
Sukarman menggesa penduduk supaya tidak mudah terpengaruh dan membiarkan polis menyiasat kejadian itu menurut undang-undang. - Jakarta Post

Saturday, 5 January 2013

Ahli politik merogol Wanita?


SEORANG wanita menampar Brahma yang tidak berbaju.

NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.

Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.

Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.

Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.

BRAHMA yang tidak berbaju dipukul oleh seorang wanita dengan sebatang kayu.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.

Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.
Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.

Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.
Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.

Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.

Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.
Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan. - Agensi

Friday, 4 January 2013

Cuba Rogol jiran Kantoi dengan Isteri

KAJANG - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol oleh jiran sendiri apabila jeritannya didengari isteri suspek dalam kejadian di sebuah rumah flat di Semenyih dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamu ternampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya.
Mangsa berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga yang panik cuba lari ke dalam bilik tidur namun jatuh tergelincir di depan pintu bilik.

Kesempatan itu digunakan oleh suspek yang hanya memakai seluar pendek dan menutup muka dengan baju T untuk menindih mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa dan suspek bergelut sebelum baju yang melilit muka suspek berusia 30-an itu tertanggal.

Mangsa yang terkejut melihat lelaki itu merupakan jiran sendiri menjerit meminta tolong sambil merayu supaya tidak diapa-apakan kerana mendakwa dirinya sedang hamil.
Jeritan itu didengari oleh isteri suspek yang kemudian masuk ke rumah mangsa untuk melihat apa yang berlaku.
Suspek yang panik melihat kelibat isterinya muncul terus melarikan diri tanpa sempat merogol mangsa.

kejadian itu, mangsa dikatakan pengsan akibat dicekik oleh suspek ketika bergelut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek terlibat yang masih menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat hendak mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Thursday, 11 October 2012

dirogol 10 lelaki

Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.
Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita ‘diculik’ dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.
Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.
Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.

“Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video,” katanya.

Mymetro

Friday, 17 August 2012

Dituduh Rogol Pelajar Tingkatan 4

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang pemotong rumput didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tiga pertuduhan merogol pelajar tingkatan empat di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Dungun.

Tertuduh, Mohd Affendi Ahmad, 25, dari Permaisuri, Setiu, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Mohd Rusli Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Affendi didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah yang dalam pembinaan di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun, jam 10 malam pada 8 Ogos lalu.
Tertuduh mengulangi perbuatan sama dua kali terhadap mangsa di lokasi sama jam 10.30 malam pada 8 Ogos lalu dan jam 2.30 petang pada keesokan harinya.

Bagi setiap kesalahan itu, Mohd Affendi berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd Rusli menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi manakala Mohd Affendi tidak diwakili peguam.

Abang ipar Sabturiah ditahan

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemuda yang merupakan abang ipar kepada Sabturiah Faisal, 19, bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol gadis itu di sebuah rumah di Taming Jaya, Balakong pada Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang kelmarin di sebuah kilang di Jalan Semenyih, Kajang tempat suspek bekerja.
"Siasatan awal mendapati suspek bekerja di sebuah kilang sama dengan adik iparnya yang menjadi mangsa bunuh dan isteri suspek sendiri.

"Setakat ini, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai kematian Sabturiah," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.
Menurut beliau, abang ipar mangsa ditahan dan direman sehingga 21 Ogos lalu selepas lelaki itu dipercayai memberi keterangan meragukan kepada polis berhubung kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada 12 adik-beradik itu.

Difahamkan, pada hari kejadian, abang ipar Sabturiah dikatakan 'hilang' dari tempat kerjanya selama satu jam pada waktu tengah hari sebelum kembali menyambung tugas pada sebelah petang.
Akhbar pada Rabu lalu melaporkan, mayat Sabturiah yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam Isnin lalu.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh pakar patologi dari Hospital Serdang menunjukkan hampir semua organ dalaman mangsa yang masih bujang lebam manakala hati mangsa pecah.
Pemeriksaan juga mendapati mangsa dirogol selepas kematiannya dipercayai pada waktu tengah hari sebelum mayatnya dijumpai pada sebelah petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Dalam kes berasingan, Tun Hisan memberitahu, pihaknya mengesan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, Seri Kembangan Isnin lalu.

Wednesday, 15 August 2012

Gadis Tawau dirogol, dibunuh


SAMSIAH (bertudung kuning) menangis apabila mengetahui kematian adiknya yang dipercayai dibunuh. Gambar kecil SABTURIAH

KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.

“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.
“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.

Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.
“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.

Kosmo

Sunday, 12 August 2012

Murid dicabul guru lebih setahun lalu

 Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Rahsia kemurungan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun terjawab apabila dia mendakwa dicabul guru lelaki sekolah itu sejak lebih setahun lalu.
Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.

Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua.
“Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit.

“Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. “Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
“Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu,” katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.

Friday, 10 August 2012

Remaja mengaku rogol kanak - kanak 7 tahun

KUANTAN - Seorang remaja bawah umur  dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 7 tahun dalam satu kejadian di Pantai Sungai Ular, Februari lalu.

Dalam sebutan yang berlangsung secara tertutup di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah itu, remaja berasal dari Kampung Chendor Tengah, Beserah dekat sini  mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.
Bagaimanapun mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan laporan akhlak sebelum sebarang perintah dikeluarkan ke atas remaja terbabit.
Sementara menunggu tarikh itu, remaja yang baru berusia 16tahun ini dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan Pantai Sungai Ular kira-kira jam 6.45 pagi 10 Februari lalu.
Susulan laporan itu, dia  berjaya ditahan pada hari yang sama sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.

Remaja yang hadir bersendirian tanpa diwakili peguam atau ditemani ahli keluarga itu menjerit memarahi juru gambar akhbar yang merakam kelibatnya ketika diiringi polis ke lokap.

Sinarharian

Wednesday, 8 August 2012

Perogol guna Facebook berdepan hukuman penjara

SINGAPURA - Seorang perogol bersiri yang menemui mangsa-mangsanya dengan menggunakan aplikasi temu janji Facebook berdepan dengan hukuman penjara selama 45 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Perogol itu, Azuar Ahamad, 41, mengaku bersalah kelmarin kerana merogol tiga wanita dan melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi mangsa.
Pihak pendakwa raya meminta bekas eksekutif di sebuah syarikat logistik itu dihukum penjara selama 45 tahun.

Dia juga boleh disebat atau didenda bagi setiap kesalahan tersebut.
Azuar dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapati dia merakamkan perbuatannya dengan menggunakan telefon bimbit. - AFP

Klik Untuk Saya k... :)

free counters