SETIU - Seorang wanita mendakwa dirogol seorang pelanggan di kedai makan
tempat dia bekerja dalam kejadian di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh,
Penarik, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang ketika mangsa
berusia 23 tahun pergi berseorangan ke tandas itu tanpa menyedari dia
diekori suspek dikenalinya berusia 20-an.
“Sebaik tiba, mangsa ditarik suspek ke dalam tandas dan diarahkan tidak berbuat bising jika enggan diapa-apakan.
“Mangsa mendakwa minta suspek melepaskannya, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum dirogol,” katanya.
Ab Rahman berkata, selesai melampiaskan nafsu, suspek meninggalkan
mangsa sambil memberi amaran agar tidak menceritakan perbuatan itu
kepada sesiapa, namun mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis
Penarik untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. SH
No comments:
Post a Comment