AMPANG JAYA – Sepasang suami isteri menyesal tidak sudah apabila anak
bongsu mereka maut dihempap sebuah televisyen (TV) bersaiz 29 inci yang
terjatuh dari atas almari sebelum menghempap mangsa di Taman Ampang
Saujana di sini semalam.
Keluarga tersebut sebelum ini dikatakan bercadang untuk mengalihkan
TV dan almari tersebut namun belum sempat perkara itu dilakukan TV
tersebut terlebih dahulu mengundang tragedi.
Semasa kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa Halif Hariz Khairil
Anuar, dua tahun, ibu bapanya dan dua abang mangsa yang berusia lima dan
lapan tahun berada di dalam bilik tidur utama rumah teres itu.
Bapa mangsa, Khairil Anuar Mohamed, 36, yang bekerja sebagai
Inspektor Kesihatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala
ibunya, Nur Azlin Mohd. Ali, 31, yang berniaga sendiri sedang berehat di
dalam bilik sama.
Halif dan dua abangnya semasa itu bermain-main di dalam bilik tersebut.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu terkejut apabila mereka
mendengar bunyi dentuman kuat di dalam bilik sebelum diikuti tangisan
Halif.
Halif kemudian dilihat sudah berada di bawah TV dengan darah mengalir tanpa henti dari telinga, mulut dan hidungnya.
No comments:
Post a Comment