WALAUPUN sudah lama menjalinkan hubungan istimewa, ternyata ikatan
cinta antara Julia Perez atau Jupe dengan kekasihnya, Gaston Castano
seperti tiada kesudahannya.
Semuanya gara-gara ibu pelakon seksi itu, Sri Wulansih yang masih
lagi tidak merestui hubungan cinta anaknya dengan pemain bola sepak
kacak itu.
Menurut Sri Wulansih, dia tetap tidak akan merestui percintaan
anaknya itu, tetapi tidak mahu memberikan alasan yang kukuh mengenainya.
"Kalau dia masih bercinta dengan Gaston, saya tidak bersetuju dengan hubungan mereka.
"Buat masa ini saya enggan mengulas lanjut, tetapi saya rasa Jupe
tahu kenapa saya bertindak sedemikian," tegasnya kepada wartawan
Indonesia ketika ditemui pada acara Insert Awards di Jakarta baru-baru
ini.
Ternyata Jupe yang berada di sebelah ibunya ketika itu tidak dapat
menyembunyikan kekecewaannya sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa.
No comments:
Post a Comment