Jom Buat Duit

Sunday, 14 October 2012

Nirwana dendang nota bunuh diri

NIRWANA digawangi (dari kiri) Dennis (vokal), Avew (gitar), Bayu (gitar utama), Arif (keyboard) dan Hendry (drum)

BIARPUN kekok dengan muzik baharu, namun hijrah Nirwana kepada pop Melayu ternyata berbaloi. Walaupun hati rockers itu meronta-ronta namun Nirwana pasrah asalkan muzik mereka diterima selera pendengar.

Berbekalkan Sudah Cukup Sudah, Nirwana berjaya menembusi selera peminat Malaysia berbanding tanah kelahiran mereka, Indonesia. Bersyukur dengan penerimaan single perdana, Nirwana yang ditemui di D' Consulate, Jakarta Pusat baru-bari ini berasa bangga dengan respons positif tersebut.
"Bagi kami ini adalah satu keajaiban apabila lagu Sudah Cukup Sudah meletup di Malaysia. Selepas memuat naikkan di laman YouTube, kami lihat banyak penonton klip lagu tersebut datang dari Malaysia," ujar Dennis, sang vokalis tentang album mereka, Ingin Kau Bahagia yang dilancarkan oleh pihak Tropic Jaya.

Lebih membanggakan mereka, lagu ini menjadi lagu tema bagi drama bersiri Julia yang kini ditayangkan di saluran TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.
Grup yang beranggotakan Dennis (vokal), Avew (gitar), Bayu (gitar utama), Arif (keyboard) dan Hendry (drum) kemudian mengambil giliran bercerita tentang kebenaran di sebalik lagu Sudah Cukup Sudah tersebut.

"Lagu ini berdasarkan kisah benar. Seorang sahabat dan kru kami putus cinta pada tahun 2009. Dia berkongsi cerita dengan saya tentang hatinya yang disakiti oleh kekasihnya. Dia mengeluarkan ayat 'sudah cukup sudah, lebih baikku pergi sahaja'," ujar sang vokalis.
Disambung ceritanya oleh Avew: "Kemudian kami mendapat cerita yang dia membunuh diri dan meninggalkan sepucuk surat. Setiap kali menyanyikan lagu ini, bulu roma kami berdiri. Lagu ini ialah tragedi cinta, semoga tidak ramai yang akan menyalahkan cinta."
Mengangkat grup Bon Jovi dan Guns N Roses sebagai idola, Nirwana menulis karya untuk album pertama mereka berdasarkan kecenderungan diri sendiri.
"Grup ini ditubuhkan pada 2008 dan berasal dari grup tanpa label rakaman. Demo kami pernah ditolak oleh pihak rakaman sehinggalah album ini dipilih oleh pihak Nagaswara dengan kerjasama Tropic Jaya," luah Dennis tentang kesusahan mereka.

"Ya, awalnya kami berasal dari alternatif rock dan sekarang kami mengikut kehendak pasaran. Kepuasan tetap ada kerana kami tidak meninggalkan genre asal. Sebaliknya kami masukkan rencah rock dalam lagu kami. Tentang lirik pula kami banyak bercerita tentang kebahagiaan, cinta dan juga kesedihan," sambung Bayu.
"Memilih muzik pop Melayu bukan niat ingin bersaing melainkan ingin menghasilkan karya terbaik," terang Denis lagi yang sedang merencana album kedua bersama anggita Nirwana.
Album dengan tajuk Ingin Kau Bahagia tersebut dilancarkan di Malaysia sebelum Indonesia. Nirwana akan muncul di Anugerah Industri Muzik pada bulan depan sebelum terbang ke Singapura, Hong Kong dan Taiwan untuk mempromosikan album perdana mereka.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters