TIADA jodoh. Taylor Swift dan Conor Kennedy menyembunyikan kisah putus cinta mereka daripada pengetahuan umum.
PENYANYI remaja popular Taylor Swift dikhabarkan telah kembali solo selepas berpisah dengan kekasihnya, Conor Kennedy.
Pasangan itu dikatakan berpisah disebabkan cinta jarak jauh. Tiada
sebarang perselisihan faham berlaku, namun sudah lebih sebulan mereka
tidak bertemu.
Swift kebelakangan ini sibuk dengan promosi album terbaharunya
berjudul Red yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada minggu lalu.
Nampaknya cinta penyanyi remaja itu dengan anak Robert F. Kennedy yang berusia 18 tahun itu tidak dapat bertahan lama.
Mereka hanya sempat meraikan cinta sepanjang musim panas dan
menghabiskan masa hujung minggu bersama dengan keluarga Conor di Hyannis
Port, Massachusetts.
Swift juga sempat menerbangkan kekasihnya itu untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya di Nashville, Tennessee.
Bukan itu sahaja, Swift dilaporkan telah membeli sebuah rumah di tepi
pantai di kawasan kejiranan yang sama dengan nenek Conor iaitu Ethel
Kennedy di Cape Cod.
Bagaimanapun selepas beberapa bulan bercinta, kedua-dua mereka kembali sibuk dengan urusan harian masing-masing.
Swift dengan kerjaya seninya manakala Conor baru-baru ini telah mendaftar masuk ke sekolah berasrama penuh di Massachusetts.
Menurut sumber yang memberitahu UsMagazine.com: "Taylor Swift dan Conor Kennedy baru sahaja berpisah secara diam-diam.
"Semuanya disebabkan jarak yang memisahkan mereka. Mereka masih
berbaik dan sudah sebulan lebih mereka tidak bertemu. Swift tidak
mempunyai cuti sehingga hujung tahun ini kerana promosi album
terbaharunya, Red."
Conor merupakan cinta berprofil tinggi terbaharu Swift kerana sebelum
ini dia pernah bercinta dengan Jake Gyllenhaal, John Mayer, Joe Jonas
dan Taylor Lautner.
No comments:
Post a Comment