Menepati ramalan,Sepanyol mengekalkan kejuaraan yang dimenangi 4 tahun yang lalu dengan menewaskan Italy 4-0 pada aksi perlawanan akhir bola sepak kejohanan Eufa (Euro) yang berlangsung di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine
Gol Spain hadir sepantas minit ke 14,berpunca daripada kombinasi Iniesta kepada Fabregas seterusnya hantaran tersebut ditujukan kepada David Silva sekaligus menanduk gol cantik yang menewaskan Buffon
Tersentap dengan gol awal lawan Itali cuba mencari gol penyamaan,situasi disini menjelaskan jentera serangan Italy terutamanya Mario Balotelli di kawal dengan baik menyukarnya untuk selesa melakukan percubaan ke arah Casillas
Corak permainan berkumpulan yang direalisasikan oleh pemain Spain
sekali lagi membuahkan hasil apabila Jordi Alba menambah gol kedua di
minit ke-41 untuk meletakan Sepanyol di depan 2-0
Bersambung di babak kedua,berbekalkan jaringan 2 gol,Sepanyol bertambah keyakinan memburu kejuaraan,Fabregas nyaris lagi menambah gol,mujur diselamatkan oleh Buffon
Italy seakan tidak mampu meledakkan gol terutamanya Balotelli seperti mereka beraksi menewaskan Germany pada separuh akhir
Meskipun
begitu,pujian harus diberikan kepada Casillas yang berjaya menjaga
gawangnya dengan baik untuk menidakkan percubaan yang se’sekali di
lakukan oleh barisan serangan Italy
Berbaki 20 minit terakhir perlawanan,corak permainan barisan serangan
Italy menunjukan perubahan,mereka mula melakukan serangan,tetapi
Casillas masih mengekalkan kecemerlangan bagi menyelamatkan gawang
golnya daripada dibocori
Barisan serangan Spain diperkuatkan lagi dengan kemasukan Fernando Torres yang mengantikan Fabregas dan Pedro mengantikan David Silva
Kemasukan Torres menambahkan derita Italy dengan menambah gol ke-3 Sepanyol di minit ke-84
Keghairahan Italy mencari gol dibayar dengan jaringan Mata yang dimasukkan bagi mengantikan Iniesta
menambah gol ke-4 buat Spain di minit 88′.Konklusinya Spain berjaya
mengekalkan konsisten permainan sehingga tamat aksi 90 minit untuk
menjulang trofi Euro 2012
Jom Buat Duit
Showing posts with label Euro 2012. Show all posts

Monday, 2 July 2012
Buffon perli England
LONDON - Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon (gambar) percaya
prestasi hambar skuad England di pentas bola sepak antara bangsa
berpunca daripada kebanjiran pemain luar dalam saingan Liga Perdana
England.
Menurut kapten The Azzurri itu, saingan Liga Perdana England semakin tidak 'asli' sehingga menyebabkan England ketandusan pemain-pemain berbakat.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Liga Perdana England dilihat menjadi liga terbaik dalam dunia bola sepak terutamanya daripada aspek kualiti.
"Namun disebabkan faktor duit, segalanya mula berubah kerana mereka mampu membeli pemain yang bagus dari seluruh Eropah mahupun dunia," katanya.
England sebelum ini terkandas pada suku akhir Euro 2012 apabila tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.
Jelas Buffon, situasi itu turut berlaku di Sepanyol dan Itali namun ia lebih teruk di England.
"Sebab itu, banyak pemain England sukar untuk menonjolkan diri di tempat sendiri," katanya yang bagaimanapun tetap menghormati The Three Lions.
Ini kerana menurut Buffon, hanya nasib tidak menyebelahi England pada Euro kali ini.
"Mereka sering tewas menerusi penentuan sepakan penalti sebanyak lima hingga enam kali. Bagi saya ia lebih kepada faktor nasib," katanya. - Agensi

Blanc, Perancis 'bercerai'
PARIS - Jodoh Laurent Blanc bersama Perancis akhirnya terlerai
selepas jurulatih itu membuat keputusan untuk tidak menyambung
kontraknya yang tamat semalam.
Dengan ketiadaan Blanc, jawatan jurulatih Les Bleus kini dikaitkan dengan legenda Perancis, Dider Deschamps.
"Blanc telah menghubungi Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet bagi menyatakan hasrat beliau untuk tidak memperbaharui kontrak," kata kenyataan FFF semalam.
Begitupun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Blanc berhubung perkara itu setakat ini.
Blanc sebelum ini gagal membantu Perancis mara lebih jauh dalam kempen Euro 2012 apabila tewas 0-2 kepada juara bertahan, Sepanyol pada suku akhir minggu lepas.
Suasana kem beliau dilaporkan bergolak apabila beberapa pemain dilaporkan bertelagah sesama sendiri sebaik tewas 0-2 kepada Sweden dalam aksi terakhir Kumpulan D.
Sebelum ini, Blanc mengambil-alih tugas Raymond Domenech selepas Les Bleus tersingkir pada peringkat kumpulan kempen Piala Dunia 2010.
Beliau kini dikaitkan dengan kelab England, Tottenham Hotspur yang telah pun memecat Harry Redknapp sebelum ini.
Deschamps pula merupakan kapten Perancis dan pernah beraksi bersama Blanc semasa mendakap trofi Piala Dunia 1998.
Ketika ini, Deschamps merupakan jurulatih Olympique Marseille sejak 2009.
Selepas ini, Perancis bakal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Finland pada September depan. - Reuters

UEFA mahu pembaharuan
LONDON – Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini bersedia melakukan pembaharuan pada kempen Euro selepas ini.
Selain tidak lagi mahu kejohanan tersebut dikendalikan dua negara sebagai tuan rumah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah penyertaan pasukan.
Kali terakhir UEFA mengubah format Euro ialah pada 1996 apabila menambah penyertaan menjadi 16 pasukan yang menyaksikan Jerman muncul juara menerusi jaringan emas Oliver Bierhoff.
Selain itu, tradisi tuan rumah bersama juga bermula pada 2008 menerusi Austria dan Switzerland. Menurut Platini, buat masa ini ia masih di peringkat perbincangan dan mungkin dilaksanakan pada Euro 2020.
“Pada kempen Euro 2020 nanti, saya rasa ia patut diadakan di seluruh Eropah. “Ini bermakna tidak ada lagi mana-mana pasukan bertindak sebagai tuan rumah dan ia dijangka membabitkan 12 stadium seluruh Eropah.
“Malah, saya juga bercadang supaya kempen Euro 2020 nanti membabitkan 32 pasukan,” kata Platini. Ketika ini, Turki yang tidak layak ke saingan Euro 2012 merupakan calon utama menjadi tuan rumah pada 2020 nanti, namun negara itu dilaporkan turut menjadi tuan rumah temasya Olimpik pada tahun yang sama.
Mengulas lanjut, Platini menjelaskan bahawa segala-galanya bakal diketahui selewat-lewatnya Februari tahun depan.
“Bagi saya ia satu idea yang menarik, sudah tentu perbincangan mengenai perkara itu cukup hangat untuk diperdebatkan,” katanya. Untuk rekod, Perancis bakal menjadi tuan rumah Euro 2016. – Agensi

Sunday, 1 July 2012
Iniesta sumber inspirasi kami - Fabregas
KIEV, Ukraine - Cesc Fabregas enggan mendedahkan formasi yang bakal
digunakan Sepanyol pada aksi final Euro 2012 menentang Itali di Stadium
Olimpik awal pagi esok.
Bagaimanapun, pemain tengah skuad La Roja itu berkata, Andres Iniesta mampu menyuntik keyakinan rakan-rakan sepasukan untuk memenangi gelaran juara, sekali gus melakar sejarah baharu.
Pada kempen Euro 2008, Fabregas sekadar menjadi pembantu kepada penyerang utama, David Villa.
Dia diletakkan di belakang Fernando Torres dalam misi untuk membantu penyerang Chelsea itu menjaringkan gol kemenangan Sepanyol ketika menewaskan Jerman 1-0 pada final.
Ketiadaan David Villa pada kempen di Poland dan Ukraine kali ini telah membuka peluang kepada Fabregas dan Torres untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Vicente del Bosque.
Perebutan tempat semakin sengit selepas Alvaro Negredo telah disenaraikan di posisi penyerang tengah ketika aksi menentang Portugal di separuh akhir.
Bagaimanapun, kehebatan Fabregas ketika menyempurnakan sepakan terakhir penalti bagi menyingkirkan Itali pada saingan suku akhir empat tahun lalu memberikan kelebihan kepadanya untuk menjadi pilihan utama berbanding Torres, Negredo dan Fernando Llorente.
Bekas pemain Arsenal itu yakin del Bosque mempunyai strategi yang tersendiri untuk memilih pemain yang sesuai pada aksi menentang Itali nanti.
"Iniesta sentiasa menunjukkan kemajuan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.
"Iniesta menghadapi musim yang sukar bersama kelab kerana sering dihimpit masalah kecederaan.
"Namun, dia telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam kariernya pada Euro kali ini, sekali gus memberi kesan yang besar kepada cara permainan kami.
"Dia sangat kreatif ketika membawa bola dan pasti akan melakukan hantaran-hantaran yang menarik pada final nanti.
"Jadi dia merupakan sumber inspirasi kami. Ketika sedang menghadapi perlawanan, Iniesta menjadi rujukan kami," kata Fabregas.
Untuk rekod, Fabregas menjadi pemain yang membantu Iniesta menjaringkan gol kemenangan Sepanyol ketika menewaskan Belanda pada final Piala Dunia 2010. - Agensi

Ramos mahu lakar sejarah baharu
KIEV, Ukraine - Pemain pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos mengakui
pasukan itu mempunyai misi besar pada final Euro 2012 menentang Itali di
Stadium Olimpik awal pagi esok.
Ramos berkata, skuad La Roja mahu meneruskan usaha mereka bagi menguasai bola sepak dunia sejak memenangi gelaran juara Euro 2008 di Vienna, Austria.
Sepanyol menambah satu lagi trofi apabila menjuarai Piala Dunia 2010 dan kemenangan ke atas Itali nanti bakal menjadi skuad La Roja sebagai pasukan pertama yang memenangi tiga gelaran utama berturut-turut.
Skuad bimbingan Vicente del Bosque juga akan menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertahankan gelaran juara Eropah, sekali gus menyamai rekod Jerman yang memenangi tiga gelaran pada kejohanan di benua itu selepas kali pertama merangkulnya pada 1964.
"Kami mahu terus meletakkan kualiti hasil kerja keras kami di tahap yang lebih tinggi.
"Malah, jika boleh saya mahu meletakkannya di tahap yang sukar untuk dipercayai kerana belum ada pasukan yang memenangi tiga gelaran berturut-turut.
"Kami berpeluang untuk melakukannya. Ia memerlukan kerja keras, perasaan rendah diri dan kepuasan untuk beberapa tahun.
"Sepanyol sudah bersedia untuk melakar sejarah tetapi ia masih belum berakhir dan kami mahu memenangi trofi itu (Euro 2012)," kata pemain pertahanan Real Madrid itu.
Ramos berkata, meskipun ada sesetengah pihak yang tidak akan menghargai segala pengorbanan mereka selama ini sekiranya pasukan itu tewas kepada Itali, dia tetap pulang dengan perasaan bangga.
Dalam pada itu, Ramos mengakui Andrea Pirlo merupakan nadi utama skuad The Azzurri, sama seperti Xavi Hernandes dan dia perlu dirantai bagi mengekang pergerakannya. - Agensi

Prandelli dijangka letak jawatan
WARSAW, Poland - Cesare Prandelli memberi bayangan bahawa beliau
tidak akan mengekalkan jawatannya selaku jurulatih Itali selepas final
Euro 2012.
Skuad bimbingan Prandelli akan berdepan cabaran Sepanyol pada final kejohanan Eropah yang akan berlangsung di Stadium Olimpik, Ukraine awal pagi esok.
Prandelli, 54, menyuarakan respons itu selepas kecewa dengan skandal mengatur perlawanan yang berlaku dalam saingan liga bola sepak di Itali.
"Ia merupakan satu tempoh yang sukar sepanjang dua bulan lalu. Selain hubungan baik saya bersama pasukan dan Persekutuan Bola Sepak Itali, tempoh tersebut memberikan tekanan kepada saya. Tidak ada ketenangan lain yang saya peroleh selama tempoh itu.
"Perlukah saya meneruskan karier saya? Saya pernah memberitahu mengenai kualiti dalam kehidupan dan saya perlu membuat keputusan dengan tenang.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana kami perlu memberi tumpuan pada misi sebenar iaitu menghadapi Sepanyol pada final nanti," kata Prandelli yang dilantik menjadi jurulatih skuad The Azzurri selepas tamat Piala Dunia 2010.
Prandelli berjaya membawa Itali ke final kejohanan berprestij Eropah itu selepas menewaskan Jerman 2-1 pada aksi separuh akhir kelmarin.
Berdasarkan rekod, Prandelli pernah meletakkan jawatan sebagai jurulatih AS Roma pada tahun 2005 ekoran masalah kesihatan kronik yang dialami isterinya sebelum meninggal dunia akibat kanser dua tahun kemudian. - AFP

Itali tidak gentar
WARSAW, Poland - Cesare Prandelli sangat kagum dengan corak permainan yang ditampilkan Sepanyol.
Bagaimanapun, jurulatih Itali itu berkata, beliau tidak rela anak-anak buahnya 'mengikut telunjuk' Sepanyol pada final Euro 2012 di Stadium Olimpik, Ukraine awal pagi esok.
"Kami tidak perlu takut kepada mereka. Kami berada di sini atas faktor merit dan kami akan melakukan yang terbaik bagi menewaskan mereka," kata pengendali berusia 54 tahun itu.
Prandelli berkata, beliau yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya selepas berjaya mengejutkan Jerman 2-1 pada aksi separuh akhir kelmarin.
"Kami berasa sangat bangga kerana berjaya sampai ke peringkat ini.
"Kejayaan ini menyebabkan kami berasa bangga untuk mewakili negara tetapi apabila kami berada di luar negara, saya yakin kami akan lebih berbangga untuk mengibarkan bendera.
"Kelmarin, kami berjaya mengikut segala perancangan dan para pemain memberi reaksi yang sangat baik. Mereka sangat menakjubkan, kami dianggap sebagai sebuah pasukan kerdil pada sesi latihan tetapi berjaya mencuri tumpuan pada aksi sebenar," katanya.
Meskipun mengakui para pemain Itali berada dalam situasi keletihan selepas bekerja keras untuk menempah slot ke final, Prandelli yakin mengenai prospek pasukan itu.
"Saya mahu melakukan persiapan dengan baik meskipun kami hanya ada masa sehari. Sama seperti yang kami lakukan ketika bertemu Jerman, kami perlu mencari kelemahan mereka dan mengambil peluang itu.
"Ia bukan satu tugas mudah kerana Sepanyol telah bermain bersama sejak beberapa tahun lalu. Mereka memenang trofi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 dan mereka mara ke final sekali lagi.
"Ini bermakna, mereka tidak hanya hebat dari segi taktikal tetapi mereka juga mempunyai moral yang tinggi dan sumbangan peribadi yang boleh kami jadikan sebagai rujukan.
"Namun, kami juga berjaya berada di sini (final). Kami semakin matang menjelang perlawanan terakhir dalam kejohanan ini," katanya.
Untuk rekod, Itali dan Sepanyol bertemu pada perlawanan pembukaan Kumpulan C yang berkesudahan seri 1-1 pada 10 Jun lalu. - Agensi

Hiddink tidak minat bimbing Belanda
AMSTERDAM, Belanda - Jurulatih Anzhi Makhachkala, Guus Hiddink telah
menolak tawaran untuk menggantikan Bert van Marwijk sebagai pengendali
baharu Belanda.
Sebaliknya, Hiddink menegaskan beliau memilih untuk kekal mengemudi kelab mewah Rusia itu.
Van Marwijk telah meletakkan jawatan pada Rabu lalu selepas menyaksikan skuad The Oranje tersingkir dari Euro 2012 tanpa memungut sebarang mata pada saingan Kumpulan B.
Hiddink, yang pernah menjadi jurulatih Belanda pada Euro 1996 berkata: "Saya bukan seorang yang sesuai untuk menggantikan van Marwijk kerana saya harus menghormati kontrak bersama Anzhi dan mustahil untuk saya meninggalkan kelab ini.
"Saya terkejut apabila van Marwijk memutuskan untuk meletakkan jawatan terutama selepas menyaksikan apa yang telah terjadi tetapi saya yakin Belanda akan bangkit semula daripada kekecewaan pada Euro 2012.
"Saya menyedari ia merupakan satu tugasan sukar yang mana saya masih belum bersedia untuk menjadi jurulatih Belanda dan perasaan itu tidak bagus buat saya," ujarnya.
Selepas tersingkir daripada Euro 2012, Belanda kembali beraksi pada kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil bermula September depan. - Agensi

Kelibat dua 'Jeneral'
KIEV, Ukraine - Dua penjaga gol veteran, Iker Casillas dan Gianluigi
Buffon bakal mencuri tumpuan pada final Euro 2012 di Stadium Olimpik
awal pagi esok.
Selain mengawal pintu gol daripada dibolosi, Casillas dan Buffon turut mempunyai tugas penting selepas masing-masing dilantik menjadi kapten.
Casillas, 31, akan mengetuai skuad La Roja manakala Buffon, 34, memimpin skuad The Azzurri.
Meskipun sudah berada di penghujung karier, kedua-dua pemain ini masih lagi memegang status penjaga gol terbaik di dunia dan menjadi sumber inspirasi barisan generasi muda.
"Gigi (Buffon) adalah seorang pemain yang hebat.
"Dia adalah seorang idola buat kami semua. Dia memulakan karier bola sepak lebih awal. Dia tua tiga tahun daripada saya tetapi dia mencapai kejayaan dengan pantas. Dalam tempoh beberapa tahun, dia sudah menjadi penjaga gol terbaik di dunia.
"Sangat menakjubkan. Meskipun kedudukan penjaga gol terbaik lain sering berubah, dia tetap menjadi yang terbaik. Dia telah meraikan kejayaan yang besar, dia memenangi Piala Dunia 2006, liga Itali beberapa kali, Piala Itali dan Piala Super Itali bersama Juventus.
"Bagi peminat bola sepak di seluruh dunia, dia telah menjadi legenda dan sesuatu yang hebat apabila dia masih lagi bermain.
"Bagi saya, sesuatu yang baik untuk bermain dan menambah kemahiran bersama-sama seorang penjaga gol yang hebat," kata Casillas.
Bagaimanapun, Casillas turut dianggap sebagai penjaga gol yang hebat dan berpengalaman terutamanya selepas membantu Sepanyol memenangi trofi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Kemenangan ke atas Itali awal pagi esok bakal menjadikannya sebagai pemain pertama yang mencapai kejayaan 100 peratus bersama pasukan kebangsaan negara itu.
Selain muncul pemain yang paling banyak membuat penampilan dan merangkul anugerah penjaga gol terbaik di dunia sebanyak empat kali dari 2008 hingga 2011, Casillas turut melakar kejayaan bersama Real Madrid termasuk memenangi liga trofi Liga Sepanyol dan dua gelaran Liga Juara-Juara.
Casillas memainkan peranan utama ketika Sepanyol menewaskan Itali pada aksi suku akhir Euro 2008.
Dia menyelamatkan sepakan penalti Antonio Di Natale dan Daniele De Rossi sebelum Cesc Fabregas meledakkan gol kemenangan, sekali gus menamatkan kemarau trofi utama selama 44 tahun. - Agensi

Saturday, 30 June 2012
Bahana Euro 2012
ORANG ramai berkumpul di sebuah
restoran di Kuching, Sarawak yang menyediakan skrin besar yang
menayangkan salah satu siaran langsung Euro 2012 - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Simptom yang dikaitkan dengan Euro 2012 amat ketara dengan meningkatnya desakan untuk bertaruh dan berjudi, lebih banyak cuti sakit, ponteng dan ramai yang lewat ke tempat kerja.
JobStreet.com dalam kenyataan yang dibuatnya berdasarkan satu penyelidikan memberitahu, banyak aktiviti telah dapat dikesan di pejabat sepanjang musim demam bola sepak, yang akan berakhir hujung minggu ini.
Antara yang paling menonjol - judi dan pertaruhan membabitkan wang ringgit.
"Tiga syarikat telah dapat mengesan aktiviti perjudian di kalangan pekerja," katanya.
Fabregas bimbang kelibat Balotelli
FABREGAS anggap Balotelli sebagai ancaman utama Sepanyol pada final Euro 2012 awal pagi Isnin ini.
KIEV, Ukraine - Cesc Fabregas menegaskan bahawa Sepanyol perlu memberi perhatian yang lebih kepada Mario Balotelli sekiranya mahu menewaskan Itali pada final Euro 2012 di Stadium Olimpik awal pagi Isnin ini.
Penyerang kontroversi Itali itu menampilkan aksi yang cemerlang di pentas antarabangsa selepas meledakkan kedua-dua gol ketika menewaskan Jerman 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium National, Poland awal pagi semalam.
Kini, penyerang Manchester City itu berpeluang untuk memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak selepas berkongsi tiga gol.
Fabregas berkata, persembahan Balotelli ketika menentang Jerman telah membuktikan bahawa dia adalah seorang pemain yang hebat.
"Balotelli merupakan seorang pemain yang hebat.
"Dia telah membuktikan semalam (awal pagi semalam) apabila meledakkan dua gol yang cantik pada aksi separuh akhir menentang sebuah pasukan yang hebat seperti Jerman.
"Dia bakal menjadi ancaman, sama seperti (Antonio) Cassano dan barisan penyerang yang lain," kata pemain tengah Barcelona itu semalam.
Ketika diminta untuk menilai kekuatan utama Itali, Fabregas berkata, skuad bimbingan Cesare Prandelli memiliki ramai pemain yang berbahaya di setiap posisi.
"Mereka (Itali) adalah sebuah pasukan yang kompetitif.
"Mereka sangat berpengalaman di posisi pertahanan dan serangan. Mereka dibarisi pemain-pemain yang melalui musim cemerlang bersama AC Milan, Inter Milan dan Juventus.
"Barisan pertahanan Itali sangat berpengalaman dan mereka tahu bila untuk melancarkan serangan dan bertahan.
"Selain itu, mereka memiliki penjaga gol yang hebat (Gianluigi Buffon). Seorang kapten yang semula jadi tetapi Sepanyol juga mempunyai penjaga gol yang tidak kurang hebatnya, Iker Casillas.
Sekiranya berjaya menewaskan Itali, Sepanyol akan melakar sejarah baharu menjadi pasukan pertama yang mempertahankan gelaran juara Eropah.
Selain itu, mereka juga akan menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut selepas Euro 2008 dan Piala Dunia 2010. - AFP
Loew pertahan strategi
PEMAIN-PEMAIN Jerman kecewa selepas tewas 1-2 kepada Itali dan gagal melayakkan diri ke final Euro 2012.
WARSAW, Poland - Jurulatih Jerman, Joachim Loew tetap mempertahankan persembahan anak-anak buahnya meskipun tewas 1-2 kepada Itali pada aksi separuh akhir Euro 2012 awal pagi semalam.
Loew berkata, barisan pemain muda skuad The Team telah mempamerkan potensi yang dimiliki pada kempen kali ini.
Pada aksi di Stadium National itu, penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli memusnahkan impian Jerman selepas meledakkan kedua-dua gol skuad The Azzurri pada separuh masa pertama permainan.
Meskipun berjaya menampilkan aksi yang lebih baik pada babak kedua, sekali gus merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Mesut Ozil pada minit ke-92, ia tidak memadai buat Jerman.
Tampil selaku pasukan pilihan bersama-sama Sepanyol selepas memenangi kesemua 10 perlawanan pada kempen kelayakan, rekod tanpa kalah sebanyak 15 perlawanan milik Jerman lebur.
Kekebalan bentang pertahanan Jerman gagal mengekang asakan Balotelli manakala skil pemain tengah, Bastian Schweinsteiger dan Ozil dibayangi kehebatan perancang Itali, Andrea Pirlo dan Riccardo Montolivo.
Loew yang masih mempunyai kontrak sehingga 2014 berkata, kejayaan Jerman akan tiba suatu hari nanti.
"Ini semua adalah sebahagian daripada proses pembangunan buat pasukan. Kamu tidak akan memenangi gelaran dengan bercakap sahaja.
"Sepanyol terpaksa menanti untuk satu tempoh yang panjang (bagi menenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2008).
"Pada babak kedua, kami telah melakukan segala-galanya untuk menguasai permainan. Kami bermain dengan sepenuh hati.
"Selain daripada kekalahan, kejohanan ini sangat baik dan ia adalah satu proses pembelajaran.
"Bermain di tahap tertinggi bersama pasukan-pasukan ini, tidak banyak yang membezakan kami.
"Hanya satu saat yang menentukan sama ada kamu menang atau kalah.
"Pasukan telah banyak meningkat dalam tempoh dua tahun, kami berjaya mengekori rapat negara-negara yang berada di depan kami dan kini, kami sama taraf dengan pasukan-pasukan terhebat ini.
"Kami tidak melakukannya hari ini (awal pagi semalam) tetapi peluang kami pasti tiba pada masa hadapan.
"Kekuatan sudah ada, kami mara ke final dan kami sentiasa berharap tetapi hari ini, pada babak pertama, kami ketinggalan di belakang.
"Sebab itu kami berada di sini dan merasai kekecewaan ini," kata pengendali berusia 52 tahun itu. - AFP
Itali bukan calon pilihan juara
WARSAW, Poland - Jurulatih Itali, Cesare Prandelli hanya tersenyum
sinis apabila ada pihak yang mengatakan pasukan itu sebagai pilihan
untuk menjadi juara Euro 2012.
Prandelli berkata, Sepanyol lebih berhak untuk merangkul gelaran itu meskipun Itali berjaya mengejutkan pasukan pilihan, Jerman 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional awal pagi semalam.
"Pasukan pilihan adalah Sepanyol kerana pemain-pemain mereka sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa bijak menguasai permainan dalam setiap perlawanan.
"Kami menganggap Sepanyol adalah pasukan yang lebih hebat. Dalam kejohanan seperti ini, ia agak memenatkan kerana keadaan fizikal pemain akan turut menjadi penentu pada final nanti," kata Prandelli.
Kedua-dua finalis yang turut diundi dalam Kumpulan C itu sekadar seri 1-1 pada perlawanan peringkat kumpulan, 10 Jun lalu.
Namun, jika diambil kira pertemuan terakhir di luar Euro 2012, Itali pernah menewaskan Sepanyol dalam satu perlawanan persahabatan tahun lalu.
Pada aksi separuh akhir awal pagi semalam, kedua-dua gol Itali dijaringkan Mario Balotelli manakala gol tunggal Jerman menerusi sepakan penalti Mesut Ozil pada masa kecederaan.
Meskipun gembira dengan persembahan keseluruhan anak-anak buahnya, Prandelli masih tidak dapat menyembunyikan kebimbangan berikutan kegagalan menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang menerusi serangan balas pantas pada babak kedua.
"Kami memang sudah keletihan ketika permainan berbaki 10 minit. Empat hari sebelum itu, kami terpaksa bertarung sehingga 120 minit (menentang England).
"Jadi, apabila kami peroleh empat peluang untuk menjaringkan gol ketiga, kami gagal memanfaatkannya. Jika berjaya, sisa perjuangan Jerman akan berakhir.
"Dalam bola sepak, sepakan percuma atau penalti boleh mengubah perlawanan dalam sekelip mata. Ia boleh meletakkan kami dalam kesukaran," tegasnya.
Bagaimanapun, Prandelli mengakui, ini adalah persembahan terbaik Itali di bawah kendaliannya sejak dua tahun lalu sebaik mengambil alih jawatan jurulatih selepas kegagalan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. - AFP

Thursday, 28 June 2012
Gerrard ubah fikiran
GERRARD (kiri) dan Rooney gagal membantu England melangkah lebih jauh pada Euro 2012.
LONDON - Steven Gerrard menegaskan bahawa dia tetap akan menggalas tugas selaku kapten England meskipun mengalami kekecewaan pada Euro 2012.
Gerrard yang mencapai usia 32 tahun bulan lalu mendedahkan bahawa dia akan mempertimbangkan masa depan karier antarabangsanya sebaik tamat kempen Euro kali ini.
Bagaimanapun, perancang Liverpool itu membatalkan hasrat tersebut sejurus skuad The Three Lions tewas kepada Itali pada aksi suku akhir, Isnin lalu.
Pada aksi di Stadium Olimpik, Ukraine itu, England tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.
"Ya, saya masih mahu menggalas tugas selaku kapten England.
"Saya ada bercakap dengan pengurus pasukan mengenai perkara ini. Saya beritahu bahawa saya akan terus beraksi untuk skuad kebangsaan selagi khidmat saya diperlukan.
"Saya suka menjadi kapten. Saya suka dengan tanggungjawab sebagai kapten.
"Secara peribadi, kempen Euro 2012 merupakan aksi terbaik saya sepanjang beraksi di pentas antarabangsa.
"Saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dalam mana-mana kejohanan," kata Gerrard. - Agensi
‘Lupakan sejarah silam’
GDANSK, Poland – Jurulatih Jerman, Joachim Löw mendesak anak-anak
buahnya supaya melupakan kekecewaan lalu. Löw berkata, para pemain hanya
perlu fokus untuk menewaskan Itali pada aksi separuh akhir di Stadium
Nasional, Warsaw awal pagi esok.
Untuk rekod, Jerman tidak pernah menewaskan skuad The Azzurri dalam satu perlawanan kompetitif, tewas tiga kali dan seri beberapa kali pada pusingan akhir Piala Dunia serta kejohanan Eropah.
Selain itu, kedua-dua pasukan bertemu dalam satu aksi kelayakan Piala Dunia 1962 dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Situasi itu telah menyebabkan pemain tengah Itali, Andrea Pirlo mendakwa, Jerman dihantui kebimbangan menjelang aksi separuh akhir di Warsaw itu.
Bagaimanapun, Löw menyangkal dakwaan itu ketika ditanya mengenai kegagalan Jerman menewaskan Itali sejak beberapa tahun lalu.
“Kami tidak boleh mengundurkan masa atau lupakan mengenai perkara itu. Sejarah silam tidak memainkan peranan dalam perancangan kami.
“Rekod menunjukkan yang Jerman tidak pernah menewaskan Itali pada kejohanan utama tetapi kini ia bukan satu masalah besar buat kami.
“Situasi kini sangat berbeza dan ia bukan lagi satu isu penting buat kami,” kata Löw.
Para penyokong Jerman mula mengenali Pirlo ketika pasukan itu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006.
Pemain tengah Juventus berusia 33 tahun itu menjadi watak penting yang membantu kemenangan 2-0 Itali ke atas Jerman pada aksi separuh akhir , sekali gus memusnahkan impian skuad The Team untuk menempah slot ke final.
Namun Löw berkata, beliau tidak berminat untuk bercakap mengenai kemampuan Itali.
Sebaliknya beliau lebih berminat untuk merancang strategi bagi membantu Jerman melebarkan rekod kemenangan kepada 15 perlawanan dalam perlawanan kompetitif sejak tewas kepada Sepanyol pada Piala Dunia 2006. – Agensi

Wednesday, 27 June 2012
Jerman congak final
LOEW (kanan) mengetuai sesi latihan
Jerman menjelang pertemuan menentang Itali pada aksi separuh akhir Euro
2012 di Stadium Nasional, Warsaw awal pagi Jumaat ini.
WARSAW - Mesut Ozil optimis Jerman mampu membenam cabaran Itali pada aksi separuh akhir Euro 2012 di Stadium Nasional, Warsaw, Poland awal pagi Jumaat ini.
Meskipun mengakui The Azzurri merupakan salah satu pasukan berkualiti pada kempen kali ini, pemain tengah Jerman itu tetap percaya mereka mampu menumbangkan Itali.
Terdahulu, Jerman mara ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Greece 4-2 manakala Itali berjaya melepasi pusingan suku akhir apabila menyingkirkan England 4-2 dalam aksi penentuan sepakan penalti.
Bagaimanapun, Jerman dilihat sebagai pasukan pilihan berbanding Itali yang mana skuad kendalian Joachim Loew itu dilihat menampilkan prestasi cemerlang sejak peringkat kumpulan.
Meskipun The Team tidak pernah menewaskan Itali pada kejohanan utama, Ozil percaya badi itu dapat dihapuskan di Warsaw nanti.
"Sejarah lalu tidak penting. Banyak pasukan lain menghormati kami. Matlamat kami adalah untuk membawa pulang kejuaraan Eropah ke Jerman.
"Kami mahu menewaskan Itali, seterusnya menjuarai kejohanan kali ini.
"(Perancang Itali) Andrea Pirlo merupakan seorang pemain bertaraf dunia, Mario Balotelli merupakan seorang penyerang yang hebat.
"Namun, kami tidak berpendapat kemahiran individu dijadikan sebagai kelebihan. Itali merupakan satu pasukan yang hebat tetapi kami yakin mampu menewaskan mereka," ujar Ozil.
Ditanya mengenai aksi menentang Sepanyol yang dikatakan sebagai pasukan pilihan Jerman untuk beraksi di pentas final, Ozil menegaskan, dia tidak kisah untuk menentang mana-mana pasukan.
Sebagai rekod, Jerman tewas kepada Sepanyol pada aksi final Euro 2008 dan separuh akhir kempen Piala Dunia 2010.
"Ia tidak adil untuk mengatakan pertembungan Jerman dan Sepanyol bagaikan 'perlawanan impian' kami.
"Terdapat empat pasukan pada aksi separuh kami dan kami harus melakukan satu demi satu dan menewaskan mana-mana pasukan termasuk Sepanyol.
"Kini, kami mahu memberikan tumpuan kepada Itali sahaja dan kami akan melihat siapakah lawan kami pada peringkat seterusnya (sekiranya Jerman berjaya menewaskan Itali).
"Kami tidak kisah sama ada bakal bertemu Portugal atau Sepanyol di pentas final Euro 2012," kata Ozil. - Agensi
Jerman inspirasi baharu England
REAKSI kecewa Young (kanan) dan Cole
(tengah) selepas England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan
penalti pada aksi suku akhir Euro 2012 di Stadium Olimpik, Kiev
kelmarin.
KRAKOW, Poland - Roy Hodgson percaya Jerman mampu menjadi contoh terbaik buat England dalam usaha beliau mengubah nasib skuad The Three Lions di pentas antarabangsa.
Kelmarin, barisan kendalian Hodgson tersingkir pada aksi suku akhir Euro 2012 apabila tewas 2-4 kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.
Sebagai rekod, kekalahan itu merupakan kali ketujuh skuad The Three Lions tewas kepada lawan menerusi penentuan sepakan penalti.
Sebelum ini, England mengalami nasib yang sama pada kempen Piala Dunia 1990 (separuh akhir), Euro 1996 (separuh akhir), Piala Dunia 1998 (pusingan kedua), Euro 2000 (peringkat kumpulan), Euro 2004 (suku akhir) dan Piala Dunia 2006 (suku akhir).
Pada aksi di Stadium Olimpik, Kiev kelmarin, anak-anak buah Hodgson dilihat lebih banyak dibayangi Itali yang berjaya mendominasi 64 peratus kawalan bola, selain melakukan 35 percubaan tepat ke arah pintu gol pihak lawan.
Sebaliknya, England sekadar melakukan sembilan percubaan ke arah pintu gol skuad The Azzurri itu.
Bagaimanapun, Hodgson percaya England boleh menjadikan Jerman sebagai sumber inspirasi untuk kembali bangkit seperti mana yang dilakukan anak-anak buah Joachim Loew itu selepas beraksi hambar pada Euro 2004.
Jerman dilihat mula mempamerkan taring sebenar mereka sejak kempen Piala Dunia 2006 sehingga kini.
"Jerman beraksi pada kejohanan tersebut (Piala Dunia 2006) dengan kehadiran jurulatih baharu (Loew) dan pemain muda yang kita sendiri tidak banyak tahu mengenai mereka. Pemain-pemain lama (Jerman) yang gagal dalam kejohanan-kejohanan sebelum itu diketepikan.
"Kami sudah lihat bahawa Jerman beraksi sangat baik sejak 2006 dan kami perlu belajar mengenainya," kata Hodgson.
Menurut pengendali berusia 64 tahun itu, barisan pemain muda The Three Lions seperti Danny Welbeck, Andy Carroll, Jordan Henderson dan Alex Oxlade-Chamberlain mempunyai potensi besar untuk berjaya.
Malah dengan kehadiran semula Kyle Walker, Chris Smalling dan Jack Wilshere yang terpaksa diketepikan pada kempen Euro 2012 ekoran kecederaan, Hodgson yakin England mampu untuk kembali bangkit.
"Kami ada sebab tersendiri untuk berasa optimis bahawa England akan kembali bangkit.
"Kami memiliki beberapa pemain yang beraksi dengan baik dalam skuad Bawah 21 Tahun (England) dan saya sangat teruja untuk menyaksikan persembahan mereka pada Sukan Olimpik 2012 nanti.
"Jika Smalling dan Walker tidak mengalami masalah kecederaan, sudah pasti lebih pemain muda akan beraksi bersama kami pada kempen Euro kali ini.
"Kami perlu percaya dengan kemampuan kami sendiri. Kami perlu lihat kegagalan pada kempen Euro 2012 dari sudut yang positif," jelas Hodgson. - AFP
Portugal tak gentar
DONETSK, Ukraine – Portugal tidak berasa tertekan untuk berdepan
dengan Sepanyol pada aksi separuh akhir Euro 2012 di Donbass Arena,
Donetsk awal pagi esok.
Kapten Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa mereka tiada perasaan gentar menentang juara bertahan Euro itu.
Peledak berbisa berusia 27 tahun itu kini berada pada prestasi terbaik apabila meledak tiga gol setakat ini sekali gus membantu The Navigators muncul antara empat pasukan terbaik pada kempen Euro kali ini.
Pada aksi awal pagi esok, Ronaldo bakal berentap dengan sebahagian besar rakan sepasukannya di Real Madrid seperti Xabi Alonso, Sergio Ramos dan Iker Casillas selain seteru utamanya di Barcelona seperti Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas.
Namun, Ronaldo tanpa berselindung mengakui tidak tertekan dengan pertembungan tersebut dan menganggap ia hanya perlawanan biasa seperti mana dalam saingan Liga Sepanyol.
“Tidak ada apa-apa yang istimewa mengenai perlawanan ini kerana bagi saya ia hanya satu perlawanan biasa.
“Apa yang akan saya lakukan hanyalah untuk meledak gol sekali gus membantu Portugal menyambar slot ke final,” kata Ronaldo.
Meskipun La Roja dilabel sebagai pasukan pilihan, Ronaldo tetap optimis mengenai kejutan yang bakal dilakar Portugal seperti mana edisi 2004.
“Jika berjaya melangkah ke final, sudah tentu ia sesuatu yang cukup istimewa.
“Berdepan pasukan yang hebat seperti Sepanyol, perlawanan ini pastinya diibaratkan seperti hidup dan mati bagi kedua-dua pasukan,” katanya. – Agensi

Tuesday, 26 June 2012
Peluang Portugal, Sepanyol 50-50
PEREITA (dua dari kiri) bergurau
seketika bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menjalani latihan di
Stadium Opalenica, Poland kelmarin.
DONETSK, Ukraine - Tonggak pertahanan Portugal, Joao Pereira menganggap pertemuan menentang Sepanyol pada aksi separuh akhir Euro 2012 di Donbass Arena awal pagi Khamis ini adalah 50-50.
Pereira berkata, perlawanan itu akan menjadi berbeza berbanding ketika aksi persahabatan antara kedua-dua pasukan dua tahun lalu.
Biarpun ketika itu Portugal berjaya melakar kemenangan 4-0, namun Pereira menjelaskan bahawa skuad La Roja pasti akan tampil dengan corak permainan yang berbeza kali ini.
"Ia akan menjadi perlawanan 50-50. Saya tidak pasti sama ada kami akan menonton semula rakaman perlawanan persahabatan dua tahun lalu tetapi apa yang pasti, ia akan menjadi perlawanan yang berbeza.
"Ketika kami menang 4-0 ke atas Sepanyol pada perlawanan persahabatan itu, mereka (Sepanyol) beraksi dengan bersahaja dan tidak berada dalam keadaan tertekan.
"Namun, kini ia akan menjadi lebih sukar buat kami. Pada kempen Piala Dunia, kami bersaing hebat untuk menang tetapi akhir Sepanyol mencatatkan kemenangan 1-0.
"Kami yakin kami mampu menewaskan Sepanyol dan saya harap kami akan menang," kata Pereira.
Portugal memulakan kempen Euro kali ini dengan hambar apabila tewas 0-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B menentang Jerman.
Bagaimanapun, skuad kendalian Paulo Bento itu kembali bangkit apabila melakar kemenangan dalam dua baki perlawanan kumpulan iaitu ke atas Denmark 1-0 dan Belanda (2-1).
Meskipun, anak-anak buah Bento dilihat mempamerkan peningkatan tetapi Pereira mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar berhati-hati dengan corak permainan Sepanyol.
"Biarpun kami tewas pada perlawanan pertama tetapi kami telah berjaya mempamerkan peningkatan.
"Saya harap kami tidak akan melakukan kesilapan kerana Sepanyol pasti akan menggunakan kesempatan tersebut bagi menjaringkan gol.
"Kami perlu berhati-hati dengan pemain tengah Sepanyol yang berkebolehan melakukan hantaran-hantaran yang merbahaya dan mengelirukan," jelas Pereira. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)