PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi.
Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn,
Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka
dilakukan pagi ini.
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan
seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin
popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok. SH
Jom Buat Duit
Showing posts with label Aziz Satar. Show all posts
Showing posts with label Aziz Satar. Show all posts
Tuesday, 6 May 2014
Monday, 26 November 2012
Aziz Satar rujuk isteri kembali
Aziz Satar dan Hashimah Delan
KUALA LUMPUR – Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

