SEPERTI yang disebut-sebut sebelum ini, bakat yang ada
pada pelawak tanah air, Zizan Razak dan penyanyi antarabangsa, Yuna
terus diiktiraf dalam setiap anugerah yang dianjurkan di negara ini.
Terbaru, menerusi Shout! Award anjuran 8TV, yang berlangsung di Surf
Beach, Sunway Lagoon malam kelmarin, menyaksikan Yuna dan Zizan membawa
pulang dua anugerah.
Yuna memenangi kategori Wired Celebrity Awards dan Popstar Award yang
mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Hafiz, Jaclyn Victor
serta Najwa.
Sementara Zizan meraih Favourite TV Personality Awards dan Best
On-Screen Chemistry Awards bersama rakan seangkatannya yang cukup
sinonim, Johan.
“Saya tak sangka gandingan saya dan Johan menang lagi buat kali kedua
dan ini membuktikan masyarakat sudah semakin menerima kami sebagai
pelawak.
“Malah, saya juga berbangga apabila peminat mengundi saya sebagai
pengacara TV kegemaran mereka walaupun jarang muncul di TV," kata Zizan.
Yuna yang baru pulang dari New York meluahkan rasa bersyukur di atas sokongan peminat yang diterima sehingga hari ini.
"Saya berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya. Anugerah
ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk semua," katanya yang turut
mengadakan persembahan pada malam itu.
Shila rampas takhta Faizal Tahir
Selepas kejayaan demi kejayaan, Nur Shahila Amir Amzah, 22, atau Shila
Amzah, diumumkan pula sebagai pemenang bagi kategori Power Vocal.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Shila berjaya merampas takhta
penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Syurga, Faizal Tahir, dua tahun
lalu.
Penyanyi dan komposer Patah Seribu ini turut menewaskan saingannya yang
cukup hebat, Yuna, Faizal Tahir, Azlan, Black dan Jaclyn Victor.
Aura Aaron & Nora Danish
Pelakon kacak, Aaron Aziz dan aktres seksi, Nora Danish mencuri
perhatian penonton apabila masing-masing dinobatkan sebagai Hot Guy
Awards dan Hot Chick Awards.
Aaron menewaskan, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shahiezy Sam dan Zizan Razak, yang tercalon dalam anugerah itu.
Meskipun tidak dapat hadir pada anugerah tersebut, Aaron tetap
memberikan ucapan penghargaan kepada peminatnya menerusi sebuah video
yang dimuat naik menerusi Twitternya.
"Saya bersyukur di atas kemenangan ini. Terima kasih buat semua pengundi, peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong saya.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Shout! Awards kerana
memberi peluang untuk saya berada dalam kategori ini," katanya.
Sementara Nora yang berjaya menewaskan selebriti yang tidak kurang
hebatnya, Scha Al Yahya, Fazura, Lisa Surihani, Maya Karin dan Marion
Rose Counter.
"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua peminat, keluarga dan
juga anak lelaki saya yang sentiasa menjadi pendorong saya," kata Nora
menerusi Twitternya.
Kelainan pembukaan
Acara pembukaan Shout! Awards 2012 memukau penonton dengan kemunculan ikon robot seolah-olah Transformers.
Kumpulan penari, Luxy Boyz dari Taiwan yang menari bersama robot itu
berjaya mencipta suasana yang cukup gamat. Kreativiti mereka menggunakan
lampu dan percikan api mengundang tepukan gemuruh penonton.
Menurut Pengurus Urban Brand 8TV, Kit Yow, pihaknya cuba untuk mencari apa saja yang terbaru untuk tatapan penonton.
“Ikon robot itu menunjukkan sisi kreatif jenama Shout! Awards kerana kami cuba mencari sesuatu yang baru untuk penonton kami.
“Kami sangat berpuas hati dengan penganjuran kali ini. Pastinya ada kelemahan di sesetengah perkara dan perlu diperbaiki.
“Walaupun semalam hujan (renyai-renyai) pada awal acara, pihak kami
sudah bersedia dengan ‘back-up plan’ sekiranya cuaca semakin buruk,”
katanya.
Shout! Awards turut dihadiri Datuk Jalaluddin Hassan, Hujan, Amy Search, Bunkface, Izara Aishah dan Farid Kamil.
Antara artis yang membuat persembahan, Yuna, Go Gerila, Nu’est, Vixx dan Diandra Arjunaidi.
SH
Jom Buat Duit
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Monday, 26 November 2012
Monday, 19 November 2012
Penantian 12 tahun Shila
TAHUN 2012 pastinya memberikan kenangan tersendiri buat penyanyi
Shila Amzah dengan kejayaan berganda apabila muncul juara dalam
pertandingan Asian Wave 2012 dan lagu nyanyian dan ciptaannya iaitu
Patah Seribu dinobatkan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 19 (AIM
19).
Sudah tentu kejayaan pada AIM 19 itu cukup bermakna buat Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memandangkan ia kejayaan pertama buat dirinya dalam anugerah tersebut sepanjang 12 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.
Lebih bermakna lagi, Patah Seribu merupakan lagu pertama hasil ciptaannya sendiri yang dihasilkan kira-kira dua tahun lalu di biliknya dalam tempoh yang cukup singkat iaitu selama 20 minit sahaja.
Jadi, apakah kekuatan yang terkandung di dalam lagu tersebut apabila dinobatkan Lagu Terbaik sehingga menewaskan penyanyi dan komposer yang lebih senior?
Bercerita lebih lanjut tentang lagu Patah Seribu itu, Shila yang ditemui selepas berakhirnya acara AIM 19 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 17 November lalu mengakui lagu berkenaan memang sangat istimewa buat dirinya.
“Kalau hendak mengulas mengenai kekuatan lagu Patah Seribu, apa yang boleh dikatakan lagu ini saya cipta lebih kepada mahu mencurahkan sepenuh kecintaan saya kepada bidang seni.
“Lagipun, ia merupakan lagu pertama hasil ciptaan sendiri yang berani saya tampilkan dan mungkin secara kebetulan lagu ini juga telah memberikan kejayaan pertama buat diri saya di pentas AIM,” ujarnya.
Ditanya mengenai persepsi yang akan timbul apabila kejayaannya itu adalah bersandarkan kepada kemenangannya di Asian Wave 2012, penyanyi itu berharap ia seharusnya tidak menjadi isu.
Menurut Shila, dia tidak merasakan keputusan para juri dipengaruhi oleh kemenangan tersebut, malah dia juga tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk dijulang sebagai juara. Sebaliknya, dia melihat apa yang diraih itu merupakan satu anugerah daripada Allah.
“Saya sedar, barangkali akan timbul perasaan tidak puas hati oleh sesetengah pihak, namun saya anggap semua kejayaan dan kemenangan yang diperoleh itu merupakan satu rezeki.
“Lagipun segala bakat yang saya miliki ini merupakan pinjaman sementara sahaja. Jadi saya berharap agar para peminat dapat terus mendoakan kejayaan saya dalam bidang nyanyian,” jelas kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu.
Pada masa yang sama, Shila melihat kejayaan meraih dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik sebagai satu tanggungjawab yang besar dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.
“Sekarang tanggungjawab saya bukan sekadar penyanyi, malah sebagai
seorang komposer dan penulis lirik. Bagaimanapun, saya menghasilkan lagu
untuk diri sendiri dan hanya akan menghasilkan lagu untuk orang lain
sekiranya saya tidak lagi menjadi penyanyi,” ujarnya.
Mengenai perancangannya selepas ini, penyanyi tersebut sedang dalam proses menghasilkan sebuah lagu berbahasa Mandarin sebagai langkah untuk mengembangkan karier nyanyiannya di China.
Ujarnya, lagu Patah Seribu juga akan dirakamkan semula untuk versi bahasa Mandarin serta dia akan melancarkan sebuah lagi single berjudul Terima Kasih yang dibikin khas buat para peminat yang menyokong karier seninya.
Kejutan
Mengulas lanjut mengenai acara AIM 19 yang berlangsung, tidak dinafikan terdapat beberapa kejutan yang berlaku terutamanya anugerah kepada pemenang yang tercalon.
Paling mengejutkan apabila album berjudul Salam Musik yang dihasilkan oleh kumpulan Salam Musik berhasil meraih salah satu anugerah utama iaitu kategori Album Terbaik.
Biarpun tewas di tangan kumpulan Mojo untuk kategori Artis Baharu Terbaik, namun untuk Album Terbaik mereka berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Hujan, Nora, Pesawat dan Stacy.
Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Ashraaf A. Azlan atau lebih dikenali sebagai Salam berkata, mereka sendiri tidak menyangka dengan kemenangan yang diraih.
“Sejujurnya kami tidak mengharapkan apa-apa termasuk memperoleh anugerah pada malam ini kerana tujuan kami hadir semata-mata mahu membuat persembahan supaya lebih ramai yang menyedari kewujudan Salam Musik.
“Jadi, dengan kemenangan yang diraih ini pastinya menjadi satu
pemangkin semangat untuk menghasilkan album yang lebih baik serta
berharap Salam Musik akan lebih dikenali ramai selepas ini,” ujarnya
yang sebelum ini popular menerusi lagu Cerita Kedai Kopi.
Apabila ditanya sama ada dia risau sekiranya akan ada pihak yang bangkit mempertikaikan kemenangan kumpulannya itu, Salam menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tidak pernah mengharapkan kemenangan menjadi milik mereka.
“Kami menghasilkan album bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata, sebaliknya matlamat kami lebih kepada memperjuangkan muzik-muzik Melayu dan kemenangan malam ini kami sebagai satu pengiktirafan atas usaha kami,” jelasnya.
Sementara itu, Jaclyn Victor yang meraih tiga anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Wanita) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik turut gembira meskipun lagu nyanyiannya gagal dinobat Lagu Terbaik.
Menariknya, kejayaan ketiga-tiga kategori yang dimenanginya itu adalah menerusi lagu Inggerisnya yang berjudul Counting Days hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan Lin Li Zhen.
“Sudah tentu kejayaan ini cukup bermakna kerana persaingan yang cukup hebat terutamanya bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik, namun saya tetap berpuas hati kerana apa yang saya hajatkan akhirnya tercapai.
Mengakui lagu nyanyiannya itu kurang popular dan tidak mesra pendengar, namun dia percaya pemilihan Counting Days sebagai Lagu Inggeris Tempatan Terbaik berdasarkan kepada kualiti yang ada pada lagu berkenaan.
Sementara itu, penyanyi senior Jamal Abdillah berhasil membawa pulang dua anugerah termasuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Bahagia Sementara).
“Ini merupakan anugerah kedua yang saya raih dalam anugerah ini selepas kali pertama saya menang kategori Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir pada AIM yang pertama,” ujarnya sewaktu berucap di atas pentas. Kosmo
Sudah tentu kejayaan pada AIM 19 itu cukup bermakna buat Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memandangkan ia kejayaan pertama buat dirinya dalam anugerah tersebut sepanjang 12 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.
Lebih bermakna lagi, Patah Seribu merupakan lagu pertama hasil ciptaannya sendiri yang dihasilkan kira-kira dua tahun lalu di biliknya dalam tempoh yang cukup singkat iaitu selama 20 minit sahaja.
Jadi, apakah kekuatan yang terkandung di dalam lagu tersebut apabila dinobatkan Lagu Terbaik sehingga menewaskan penyanyi dan komposer yang lebih senior?
Bercerita lebih lanjut tentang lagu Patah Seribu itu, Shila yang ditemui selepas berakhirnya acara AIM 19 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 17 November lalu mengakui lagu berkenaan memang sangat istimewa buat dirinya.
“Kalau hendak mengulas mengenai kekuatan lagu Patah Seribu, apa yang boleh dikatakan lagu ini saya cipta lebih kepada mahu mencurahkan sepenuh kecintaan saya kepada bidang seni.
“Lagipun, ia merupakan lagu pertama hasil ciptaan sendiri yang berani saya tampilkan dan mungkin secara kebetulan lagu ini juga telah memberikan kejayaan pertama buat diri saya di pentas AIM,” ujarnya.
Ditanya mengenai persepsi yang akan timbul apabila kejayaannya itu adalah bersandarkan kepada kemenangannya di Asian Wave 2012, penyanyi itu berharap ia seharusnya tidak menjadi isu.
Menurut Shila, dia tidak merasakan keputusan para juri dipengaruhi oleh kemenangan tersebut, malah dia juga tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk dijulang sebagai juara. Sebaliknya, dia melihat apa yang diraih itu merupakan satu anugerah daripada Allah.
“Saya sedar, barangkali akan timbul perasaan tidak puas hati oleh sesetengah pihak, namun saya anggap semua kejayaan dan kemenangan yang diperoleh itu merupakan satu rezeki.
“Lagipun segala bakat yang saya miliki ini merupakan pinjaman sementara sahaja. Jadi saya berharap agar para peminat dapat terus mendoakan kejayaan saya dalam bidang nyanyian,” jelas kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu.
Pada masa yang sama, Shila melihat kejayaan meraih dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik sebagai satu tanggungjawab yang besar dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.
KUMPULAN Nirwana dari Indonesia
membawa pulang trofi Lagu Bahasa Melayu Oleh Artis Luar Negara menerusi
lagu Sudah Cukup Sudah.
Mengenai perancangannya selepas ini, penyanyi tersebut sedang dalam proses menghasilkan sebuah lagu berbahasa Mandarin sebagai langkah untuk mengembangkan karier nyanyiannya di China.
Ujarnya, lagu Patah Seribu juga akan dirakamkan semula untuk versi bahasa Mandarin serta dia akan melancarkan sebuah lagi single berjudul Terima Kasih yang dibikin khas buat para peminat yang menyokong karier seninya.
Kejutan
Mengulas lanjut mengenai acara AIM 19 yang berlangsung, tidak dinafikan terdapat beberapa kejutan yang berlaku terutamanya anugerah kepada pemenang yang tercalon.
Paling mengejutkan apabila album berjudul Salam Musik yang dihasilkan oleh kumpulan Salam Musik berhasil meraih salah satu anugerah utama iaitu kategori Album Terbaik.
Biarpun tewas di tangan kumpulan Mojo untuk kategori Artis Baharu Terbaik, namun untuk Album Terbaik mereka berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Hujan, Nora, Pesawat dan Stacy.
Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Ashraaf A. Azlan atau lebih dikenali sebagai Salam berkata, mereka sendiri tidak menyangka dengan kemenangan yang diraih.
“Sejujurnya kami tidak mengharapkan apa-apa termasuk memperoleh anugerah pada malam ini kerana tujuan kami hadir semata-mata mahu membuat persembahan supaya lebih ramai yang menyedari kewujudan Salam Musik.
MEMANG layak. Kumpulan Alleycats yang telah berada dalam industri hiburan selama 43 tahun diberi Anugerah Wirama pada AIM 19.
Apabila ditanya sama ada dia risau sekiranya akan ada pihak yang bangkit mempertikaikan kemenangan kumpulannya itu, Salam menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tidak pernah mengharapkan kemenangan menjadi milik mereka.
“Kami menghasilkan album bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata, sebaliknya matlamat kami lebih kepada memperjuangkan muzik-muzik Melayu dan kemenangan malam ini kami sebagai satu pengiktirafan atas usaha kami,” jelasnya.
Sementara itu, Jaclyn Victor yang meraih tiga anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Wanita) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik turut gembira meskipun lagu nyanyiannya gagal dinobat Lagu Terbaik.
Menariknya, kejayaan ketiga-tiga kategori yang dimenanginya itu adalah menerusi lagu Inggerisnya yang berjudul Counting Days hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan Lin Li Zhen.
“Sudah tentu kejayaan ini cukup bermakna kerana persaingan yang cukup hebat terutamanya bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik, namun saya tetap berpuas hati kerana apa yang saya hajatkan akhirnya tercapai.
Mengakui lagu nyanyiannya itu kurang popular dan tidak mesra pendengar, namun dia percaya pemilihan Counting Days sebagai Lagu Inggeris Tempatan Terbaik berdasarkan kepada kualiti yang ada pada lagu berkenaan.
Sementara itu, penyanyi senior Jamal Abdillah berhasil membawa pulang dua anugerah termasuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Bahagia Sementara).
“Ini merupakan anugerah kedua yang saya raih dalam anugerah ini selepas kali pertama saya menang kategori Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir pada AIM yang pertama,” ujarnya sewaktu berucap di atas pentas. Kosmo
Saturday, 22 September 2012
Shila Amzah Juara Asian Wave terima hadiah RM1 juta
KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah
(gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi
pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di
Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana
lebih RM1 juta.
Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.
“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.
Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.
Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.
“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.
Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo.
Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.
Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.
Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu.
Kosmo

Tuesday, 7 August 2012
Shila Hamzah mahu kekal bertudung
SELEBRITI terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah
Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal
bertudung.
Sunday, 15 July 2012
Mahal tanda Shila Amzah matang
MENDENGAR khabar tentang Shila Amzah diberi cuti lima hari oleh
doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Pantai pada awal minggu lalu,
satu persoalan tercetus. Sakitkah dia atau tertekan sangatkah anak
sulung penyanyi ND Lala itu terhadap isu naik harga yang baru-baru ini
hangat diperkatakan?
Satu panggilan diajukan kepada ibunya Fauziah Sarman menanyakan situasi sebenar. Mujurlah jawapan yang diberikan tidak menghalang hajat merakamkan satu sesi fotografi bersama Shila sebagai pengisi ruang portfolio minggu ini.
Tiba lengkap dengan pakaian kasual dan solekan yang sedia untuk melangkah ke depan kamera, kesungguhan pelantun Patah Seribu itu menunjukkan keseriusannya memberikan komitmen. Bisik ibu: "Shila cuma migrain. Memang doktor minta dia rehat, tapi dalam jadual, hari ini kami ada sesi latihan untuk rakaman sebuah program raya dengan Astro, tapi tiba-tiba ia ditunda ke tarikh lain, ini rezeki awak."
Agak keletihan barangkali kesan sampingan berjenis ubat yang diambil, Shila bagaimanapun tidak mengecewakan. Puas dibidik lensa kamera, si kekasih aktor Sharnaaz Ahmad itu sudah tahu apa yang dikehendaki daripada bicaranya.
"Saya anggap diri saya dalam laluan yang positif ketika ini. Sepanjang tempoh 12 tahun lepas, sudah banyak cabaran yang saya lalui. Bagi saya, Tuhan tidak akan berikan semua sekali gus apa yang kita mahukan tapi dia berikan kita cabaran, cabaran itulah yang sedang saya depani hari ini," ungkapnya tenang saat definisi kerjaya minta diulas sebagai mukadimah.
Masuk ke topik Mania yang banyak menjadi platform kepadanya untuk menyambung harapan untuk ke Indonesia, kata Shila dia tidak mahu berhenti berharap ke arah itu. Janji Ahmad Dhani mahu dipegang dan jika dipermudahkan Tuhan, cita-cita untuk melebarkan pengaruh ke negara serumpun itu akan terlaksana jua.
Banyak yang cuba Shila kongsikan, paling utama rasa terkilannya terhadap isu yang menjadi buah mulut ramai. Isu menaikkan bayaran nyanyian sebenarnya bukan isu baharu dalam senario nyanyian tanah air. Cuba bayangkan, selama lebih 20 tahun industri, sudah berapa kali agaknya Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain begitu juga Ziana Zain menaikkan tahap bayaran masing-masing.
Kali pertama menjadi perhatian atas isu yang berkait rapat dengan suhu karier seninya, Shila tidak melihat isu bayaran sebagai satu masalah besar.
"Mungkin sebab dahulu orang anggap saya artis suam-suam kuku, nampak tak tegas. Sebab itulah bila saya naikkan fi persembahan, hal itu jadi isu besar. Saya bergerak sendiri, bila orang hubungi dan bertanya tentang bayaran, saya beri harga yang sepatutnya. Sebenarnya, itu harga sejak awal tahun 2012 lagi, sebelum masuk Mania dan selepas Anugerah Juara Lagu lagi.
"Bagi saya, ia tak sepatutnya jadi isu sebalik satu perkara yang normal. Menaikkan harga bermakna saya meletakkan tanggungjawab yang lebih tinggi, mencabar diri saya untuk memberi hasil yang lebih baik, memberi motivasi untuk diri sendiri supaya lebih memuaskan hati dan membuka mata ramai untuk melihat kematangan Shila Amzah," Shila mengusung pendiriannya.
Bukan naik kosong
Usia semuda 22 tahun bukan bermakna Shila kosong pengalaman. Berbelas tahun menyanyi, sudah entah berapa kali dia hanya dibayar dengan harga saguhati sedangkan ada artis lain yang sebaya dengannya menerima bayaran yang sepatutnya dibayar terhadap penyanyi profesional.
"Insiden-insiden begitu buat saya lebih berhati-hati. Dalam diam, saya juga ada membuat perbandingan, orang kata saya sudah pandai naikkan harga sedangkan ada penyanyi lain yang satu generasi dengan saya menetapkan bayaran berganda lebih tinggi berbanding saya.
"Sebelum berada di tahap yang sepatutnya, saya sendiri memang tidak berani letak harga mahal-mahal, saya takut juga tak boleh nak penuhi kehendak orang. Tapi sekarang saya sudah beroleh keyakinan, saya naikkan pada kadar yang berpatutan dengan diri saya. Saya masih sedar diri dan saya percaya isu ini pun pernah terjadi kepada rata-rata artis," katanya yang popular dengan Beribu Sesalan gandingan bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Sharnaaz panas baran, merokok
Sambil menyifatkan Patah Seribu sebagai kayu ukur pencapaian peribadi Nur Shahila Amir Amzah, kemunculan Sharnaaz Ahmad yang kini bertakhta di hati sedikit sebanyak memanaskan keberadaan Shila, di mata peminat.
Sudah resam cinta sesama artis, perhubungan Shila dan Sharnaaz yang mulanya menjadi bahan cerita, kini beransur tenang dek pengakuan dan keintiman yang bersulam restu orang tua.
"Saya baca hampir semua artikel tentang saya dan Sharnaaz. Dahulu saya pernah kata mahu ketepikan cinta demi karier tapi bila dengan Sharnaaz, saya tak tahu macam mana hendak tepis lagi. Orang kata, sekarang masa yang terbaik untuk saya fokus dengan kerja, tapi syukurlah juga, sebab Sharnaaz muncul ketika kerja saya juga sedang menunjukkan 'sesuatu.' Sekarang, rasanya saya sedang ada kedua-duanya (cinta dan karier) pada satu sama masa," ucap Shila tanpa sembunyi.
Belum boleh meramal masa depan, namun Shila yakin sudah ada keberanian untuk percaya pada kata hati. Antara dia dan Sharnaaz, Shila juga sedar, banyak perkara tentang lelaki dari Pulau Pinang itu yang tidak disukainya.
"Rasa 70 peratus apa yang ada pada Sharnaaz ialah perkara yang saya tidak begitu gemar, dia merokok, kasar dan mudah marah. Dia juga kuat cemburu, tapi Allah sudah buka pintu hati saya untuk jatuh cinta dengannya. Sekarang terserah kepada jodoh sahaja," katanya bersaksikan ibu yang tersenyum di sebelah.
Mengakui, biarpun bapanya, ND Lala tidak pernah menghalang hubungan mereka, namun kata Shila: "Ayah saya juga tidak pernah 'ya' atau 'tidak.' Bila jumpa Sharnaaz, dia okey cuma tidak beri kata putus."
Kata orang, cinta itu datang dan pergi, bagi Shila dia juga tidak tahu sama ada cintanya bersama Sharnaaz akan berpenghujung ke destinasi yang diimpikan. Biarlah tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang menjadi waktu untuk mereka mengukuhkan kedudukan.

|
|
|
SHILA AMZAH tidak mahu dianggap meninggi diri kerana naikkan harga bayaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)