Jom Buat Duit

Showing posts with label Madonna. Show all posts
Showing posts with label Madonna. Show all posts

Friday, 10 August 2012

Madonna dikritik galak homoseks

ST PETERSBURG: Madonna dikecam ramai, termasuk Timbalan Perdana Menteri Russia yang menggunakan Twitter dan menganggap ikon pop itu “menyebarkan propaganda homoseksual,” semalam.

Madonna berdepan kritikan itu menjelang konsertnya di St Petersburg hari ini. Ketika beraksi awal minggu ini, ratu pop Amerika Syarikat itu menggesa pihak berkuasa membebaskan tiga anggota kumpulan punk Pussi Riot yang kini dibicarakan kerana menyanyikan lagu mengkritik Presiden Vladimir Putin di sebuah gereja terkenal di Moscow.

Kali ini, Madonna berjanji untuk menyatakan sokongan terhadap komuniti gay St Petersburg melalui gelang merah jambu yang bakal diedarkan kepada orang ramai pada konsertnya. - AFP

Sunday, 29 July 2012

Madonna dicemuh


MADONNA beraksi di pentas pada konsert di Dewan Olympia di Paris Khamis lalu.  


PARIS - Bintang pop, Madonna dicemuh pada sebuah konsert mini di Perancis kerana meninggalkan pentas selepas melakukan persembahan cuma 45 minit.

Sebahagian penonton yang tidak berpuas hati ekoran tempoh singkat konsert berkenaan, menjerit: "Kembalikan wang kami."
Berlangsung di Dewan Olympia di sini, Khamis lalu, konsert tersebut turut disiarkan secara langsung di laman perkongsian video YouTube.
Kelmarin, saluran yang menyiarkan konsert itu menutup komen untuk klip video berkenaan selepas ruangan tersebut mencatat 12,000 komen negatif. - Agensi

Friday, 20 July 2012

Peminat tinggalkan konsert Madonna


SALAH satu aksi Madonna dalam konsertnya di Hyde Park, London pada Selasa lalu.


LONDON - Beratus-ratus peminat fanatik penyanyi terkenal, Madonna bertindak meninggalkan konsert penyanyi terkenal itu di Hyde Park pada Selasa lalu, lapor akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.
Sebahagian peminat berpendapat persembahan pada malam itu adalah yang terburuk pernah mereka lihat.
Kebanyakan mereka enggan menunggu sehingga konsert tersebut berakhir atas alasan kualiti bunyinya yang rendah, cuaca buruk dan Madonna gagal menyanyikan lebih banyak lagu hit klasiknya.
Madonna turut menanggalkan seluarnya sekali gus mendedahkan seluar dalamnya di hadapan penonton.
Antara lagu yang dinyanyikan Madonna ialah Like A Virgin serta beberapa lagu hit dalam album terbaharunya, MDNA.

Pihak pengurusan Madonna sebelum ini mengaku bahawa buat kali pertamanya mereka gagal menjual semua tiket konsert tersebut.
Harga sekeping tiket ialah AS$120.4 (RM380) dan ia mungkin antara punca konsert tersebut kurang mendapat sambutan.
Komen-komen tentang konsert itu dibuat oleh beberapa peminat Modonna di Twitter. - Agensi

Klik Untuk Saya k... :)

free counters