PENYAMPAI radio HotFM, Fara Fauzana Mohd. Fadzil yang juga pengacara
program terkenal Nona, seringkali diajukan persoalan tentang rumah
tangga.
Memandangkan umurnya sudah berganjak 33 tahun, persoalan teman lelaki
dan rumah tangga sering menjadi bahan perbualan antara dirinya bersama
pendengar radio dalam segmen AM Krew setiap hari di HotFM.
Ketika ditemui pada pelancaran program terbaharu TV9 di The Curve,
Mutiara Damansara, Fara Fauzana berkongsi mengenai isi hatinya tentang
isu rumah tangga dan syarat yang mesti dipatuhi jika dia perlu
bermadu.
Kosmo!: Jika tidak keberatan, mahu tanya adakah Fara kini sudah mempunyai teman lelaki sekarang?
FARA: Saya masih berusaha, pernah ada (teman lelaki) dahulu, kira-kira dua tahun lepas.
Adakah anda rasa sunyi kerana umur sudah mencecah 33 tahun tetapi masih solo?
Saya tidak terlalu sunyi, saya bertuah kerana ada tiga sahabat baik yang sentiasa membuatkan hidup saya tidak sunyi.
Adakah Fara akan menolak jika ditakdirkan berkahwin dengan suami orang?
Saya tidak kisah berpoligami tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang meminang saya.
Kenapakah perlu begitu?
Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung.
Kenapakah Fara masih solo, adakah kerana terlalu memilih dengan status anda yang popular?
Saya tidak mencari teman lelaki tetapi saya berusaha, pintu hati saya sentiasa terbuka tidak pernah tertutup.
Adakah anda ada letakkan sasaran umur atau masa untuk mendirikan rumah tangga kelak?
Tidak ada sasaran tetapi saya jenis yang pentingkan keluarga dan saya memang hendak anak memandangkan umur sekarang.
Adakah keluarga anda mendesak untuk mendirikan rumah tangga segera?
Sesiapa pun tidak pernah desak saya untuk berumah tangga, rasanya ibu
rasa bersalah kepada saya sebab masa berumur 21 tahun saya hendak
berkahwin tetapi dihalang.
Bolehkah ceritakan sedikit mengenai cinta anda dihalang itu?
Masa itu saya baru tahun pertama belajar di universiti, saya hendak
berkahwin dengan teman lelaki saya ketika itu, memanglah mendapat
halangan keluarga.
Mengenai karier pula, adakah kontrak anda mengendalikan Nona akan disambung?
Ya, ia disambung setahun lagi. Kali ini lebih banyak bergandingan dengan Neelofa.
Adakah pandangan Fara jika Neelofa menang mengalahkan anda dalam
Anugerah Bintang Popular bagi kategori kategori Pengacara TV Wanita
Popular?
Saya sudah menang hampir tujuh kali rasanya, tidak kisah Neelofa
menang. Kami dalam program yang sama itu prinsip saya, menang dia
maknanya program kami berjaya.
KOSMO
No comments:
Post a Comment