Jom Buat Duit

Showing posts with label Robert Pattinson. Show all posts
Showing posts with label Robert Pattinson. Show all posts

Monday, 20 August 2012

Putus cinta ibarat dunia sudah berakhir - Robert Pattinson

PELAKON kacak Hollywood, Robert Pattinson muncul membuat penampilan umum pertama selepas pembongkaran berita kecurangan kekasihnya, Kristen Stewart bersama pengarah filem Snow White and The Huntsman, Rupert Sanders menerusi rancangan bual bicara The Daily Show, Isnin lalu.

Pattison yang terkenal dengan watak Edward Cullen dalam siri filem Twilight tampil membuat pengakuan apabila hos rancangan bual bicara itu, Jon Stewart bertanyakan kepadanya “putus cinta bagi sesetengah orang muda, mereka seperti berasakan dunia ini sudah berakhir, adakah ianya begitu?”

Lantas, Pattinson mengiakan pertanyaan hos The Daily Show itu dan sepanjang program berlangsung, pelakon terbabit tidak pernah sekali pun menyebut nama bekas kekasihnya itu.

Dalam rancangan itu juga, Stewart sempat bergurau dengan memberikan secawan ais krim untuk dijamah Pattinson seperti mana adegan yang biasa dilihat dalam filem Barat di mana gadis-gadisnya akan menikmati semangkuk besar ais krim kerana ia didakwa dapat merawat kekecewaan akibat putus cinta.

Sehari selepas rancangan itu, Pattinson, 26, kemudiannya membuat penampilan khas pada majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Cosmopolis di Muzium Modern Art, New York.

Ketika menghadiri sesi menandatangani autograf, Pattinson yang juga terkenal dalam filem Remember Me dan Water for Elephant ini sempat menitipkan kata-kata buat peminat setianya, “terima kasih semua kerana berada di sini.”

Aktor berbakat itu sebelum ini dilaporkan tidak akan menghadiri majlis ‘red carpet’ untuk filem yang akan menemui penonton pada hari ini. Bagaimanapun dia tetap memunculkan dirinya kerana dia berasa gembira dapat terlibat serta bekerjasama dengan produksi filem yang cukup dibanggakannya itu.

Sehingga kini, jejaka Hollywood pujaan ramai gadis itu masih lagi menumpang di rumah pelakon, Reese Witherspoon di Ojai, California dan dia turut dilaporkan sempat mengunjungi bar terdekat untuk berhibur bersama rakan-rakannya.

Kedua-dua Stewart dan Sanders sebelum ini sudah membuat pengakuan maaf terbuka kepada pasangan masing-masing tetapi Pattinson dilihat seperti benar-benar sudah patah hati untuk kembali bersama bekas kekasihnya itu.

Thursday, 2 August 2012

Robert Pattinson rasa terhina

Bintang Twillight, Robert Pattinson mengakui dirinya terlalu marah dan rasa terhina ekoran penyebaran berita skandal antara teman wanitanya, Kristen Stewart bersama pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders.

Menurut laporan Showbizspy, Pattinson telah menghubungi Kristen dan meluahkan segala perasaan terkilannya itu. Malah dia juga menjelaskan sudah hilang percaya kepada teman wanitanya itu.

"Pattinson terlalu kecewa terhadap apa yang berlaku kerana dia tidak pernah curang sepanjang tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan bersama kekasihnya itu.

"Kristen juga merayu supaya diberi peluang kedua untuk meneruskan hubungan mereka. Namun buat masa ini, Pattinson enggan menerimanya," kata sumber.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters