SECARA tidak semena-mena ahli kumpulan Super Junior, Siwon terpalit
dengan kontroversi gara-gara melakukan retweet di akaun laman sosial
Twitter miliknya.
Penyanyi tersebut baru-baru ini melakukan retweet mesej orang lain
untuk berkongsi pandangan mengenai perebutan Pulau Dokdo membabitkan
Korea Selatan dan Jepun.
Tindakan retweet itu menggambarkan bahawa Siwon bersetuju dengan
mesej Twitter milik kerajaan Korea Selatan itu. Bagaimanapun dia
seharusnya lebih sensitif kerana mempunyai peminat serata dunia.
Antara kandungan mesej tersebut berbunyi: "Dokdo ialah wilayah kami
dan itu adalah tempat berharga yang akan kami lindungi dengan jiwa kami.
Mari kita lindunginya dengan kehormatan."
Sebahagian peminat Super Junior di Jepun memprotes kenyataan itu manakala media mulai memboikot kumpulan K-Pop.
Majalah Cyzi Woman turut menyiarkan kekecewaan peminatnya di Jepun.
Ada antara peminat kumpulan itu mengancam untuk membaling telur busuk ke
arah Siwon apabila bertemu kelak.
No comments:
Post a Comment