SEJUMLAH anggota penyelamat berusaha untuk mengapungkan beberapa ekor ikan paus pilot yang terdampar di Pittenweem kelmarin.
LONDON - Sebuah pertubuhan penyelamat hidupan liar menyatakan 13 ekor
ikan paus pilot mati selepas terdampar di luar pantai Pittenweem, timur
Scotland.
Pertubuhan Penyelamat Hidupan Marin dan Penyelam Britain menyatakan
haiwan itu merupakan antara 26 ekor ikan paus pilot yang terdampar
kelmarin.
Sejumlah anggota pengawal pantai, bomba, polis dan kakitangan
sukarelawan kesihatan haiwan turut berusaha untuk menyelamatkan haiwan
tersebut. - AP
No comments:
Post a Comment