Baru-baru ini, kisah percintaan di antara pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Jue Aziz mula bertebaran.
Menerusi kenyataan Jue yang sebelum ini menyelar tindakan individu yang
menyebarkan gosip tidak berasas itu, dia turut mengaitkan dengan
pelakon drama Ameera ini.
Lalu, tanpa menunggu lama untuk mengeluarkan kenyataan balas, Rita
telah mencabar Jue untuk mengemukakan bukti sekiranya dia terlibat dalam
penyebaran berita itu.
"Kenyataan Jue amat jelas menuduh saya adalah individu itu sedangkan
saya tidak pernah menyebarkan kisah tersebut walaupun saya sudah tahu
sejak Mac lalu.
"Sehinggalah ada wartawan yang bertanya kepada saya mengenai perkara
ini. Saya tiada masalah dengan hal itu asalkan ia tidak menyusahkan
saya. Saya bertanya kepada Aidil, tetapi dia beritahu yang dia tidak
mengenali Jue.
"Jika dia (Jue) tidak tampil dengan sebarang bukti, saya akan menuntut
permohonan maaf secara terbuka kerana menuduh tanpa usul periksa," kata
ibu kepada dua anak ini.
No comments:
Post a Comment