Sebuah syarikat pengeluar filem lucah Jepun telah dilaporkan sedang
menjalankan pengambaran sebuah filem porno yang menampilkan Aoki Misora
di beberapa tempat di Singapura, termasuklah di Hotel Marina Bay Sands.
Menurut laporan sebuah akhbar China Lianhe Wanbao, filem berdurasi 160
minit itu mengisahkan sepasang warga Jepun, yang menampilkan Misora
sebagai watak perempuannya, telah tinggal di hotel berkenaan dalam
percutian mereka ke Singapura.
Pasangan itu turut merakamkan pengambaran mereka bersiar-siar disekitar
tempat-tempat menarik di Singapura seperti Bugis, Shenton Way dan
Chinatown sambil menikmati makanan tempatan China seperti nasi ayam
Hainan.
Di dalam filem itu juga, ada babak kedua-dua mereka berenang-renang di kolam renang di Sand Skypark.
Adengan-adengan seks pasangan ini dilihat dirakamkan seperti di dalam bilik hotel Marina Bay Sands.
Laporan tersebut juga ada memaklumkan filem ini mencetuskan kontroversi
dikalangan penduduk tempatan yang menontonnya, ada yang berpendapat
ianya salah satu langkah Singapura mempromosikan industri
pelancongannya.
No comments:
Post a Comment