Jom Buat Duit

Showing posts with label Jue Aziz. Show all posts
Showing posts with label Jue Aziz. Show all posts

Wednesday, 3 October 2012

Saya kasihan dengan orang itu - Jue Aziz


JUE menegaskan ada orang tertentu yang menjaja gosip skandal dirinya dengan Aidil. 
 

GOSIP ‘panas’ yang melanda pelakon seksi, Jue Aziz atau nama sebenarnya, Zuliana Abd. Aziz, 29, yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami aktres Rita Rudaini, 36, iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, seakan-akan tidak pernah surut.
Malah, ia semakin hebat diperkatakan sama ada menerusi media massa mahupun blog-blog tempatan.
Walaupun Jue pernah bertindak mendiamkan diri sebelum akhirnya memberikan komen menafikan gosip liar tersebut di sebuah akhbar tempatan sekitar Ogos tahun ini namun apa yang pasti, gosip tersebut tetap kembali.

Gosip yang sama muncul semula dengan cerita yang tidak diketahui akan kebenarannya walaupun realitinya ia baru sahaja surut daripada diperkatakan.
Gosip melibatkan pelakon drama Nilapura itu sebenarnya sudah mula tersebar kepada umum sejak Ogos senyap seketika apabila Jue dan Aidil bertindak untuk tidak cepat melatah.
Malangnya, semalam, gosip tersebut sekali lagi ‘dijulang’ oleh sebuah akhbar yang mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini dikatakan semakin serius dan sedang memasuki fasa panggilan sayang-menyayang.
Lebih hebat, apabila gosip tersebut mendakwa Jue mendapat sebuah beg tangan berjenama mewah pemberian Aidil.
Menurut gosip tersebut lagi, beg tangan tersebut dibeli Aidil di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dengan harga yang agak mahal untuk memujuk Jue yang kononnya dikatakan merajuk. Apa yang menarik, gosip tersebut langsung tidak menampilkan sebarang kenyataan baik daripada pihak Jue mahupun Aidil.
Justeru, bagi mendapat kepastian dan kebenaran hakiki mengenai gosip tersebut, Kosmo!, semalam telah menghubungi Jue Aziz sendiri untuk mendapatkan komen daripadanya mengenai isu tersebut.
Kosmo!: Boleh Jue komen sedikit mengenai gosip hubungan Jue dengan Aidil Zafuan?
JUE: Saya dah tak nak komen apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang perlu dikomen. Last comment mengenai isu saya dan Aidil saya buat menerusi sebuah akhbar tempatan (sekitar Ogos tahun ini) dan saya memang tidak mahu komen apa-apa lagi sekarang ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
RITA dan Aidil masih bergelar suami isteri di atas kertas, biarpun keutuhan rumah tangga mereka sudah lama goyah.
Namun sebuah akhbar semalam ada menyatakan bahawa Jue telah mendapat hadiah mahal daripada Aidil selain mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini semakin serius dengan panggilan sayang. Apa komen Jue? Bagi Jue, ini semua mengarut dan tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul.
Jika semua gosip itu tidak benar, kenapa Jue mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan?
Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang.

Jadi, Jue tahu siapa yang buat (cipta) semua (gosip) ini?
Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.
Apa Jue akan buat apabila orang asyik mengata sahaja?
Sebelum ini Jue dah bagi komen tentang benda (gosip) Jue dan Aidil, namun terpulang kepada orang tersebut. Sebab itu urusan dia dengan Allah.
Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya Jue sekarang ini?
Sekarang ini, Jue sedang sedang menjalani penggambaran sebuah program TV 26 episod untuk stesen Radio Televisyen Malaysia. Tawaran lain ada tapi buat masa ini Jue mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program tersebut memandangkan Jue pun baru sahaja habis penggambaran episod yang menjalani penggambaran di Sabah. Bila sudah selesai semuanya, insya-Allah kalau ada tawaran lain, Jue tidak akan tolak.

Kosmo

Wednesday, 5 September 2012

Rita Rudaini mahu Jue Aziz buat permohonan maaf

Baru-baru ini, kisah percintaan di antara pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Jue Aziz mula bertebaran.
Menerusi kenyataan Jue yang sebelum ini menyelar tindakan individu yang menyebarkan gosip tidak berasas itu, dia turut mengaitkan dengan pelakon drama Ameera ini.
Lalu, tanpa menunggu lama untuk mengeluarkan kenyataan balas, Rita telah mencabar Jue untuk mengemukakan bukti sekiranya dia terlibat dalam penyebaran berita itu.
"Kenyataan Jue amat jelas menuduh saya adalah individu itu sedangkan saya tidak pernah menyebarkan kisah tersebut walaupun saya sudah tahu sejak Mac lalu.
"Sehinggalah ada wartawan yang bertanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya tiada masalah dengan hal itu asalkan ia tidak menyusahkan saya. Saya bertanya kepada Aidil, tetapi dia beritahu yang dia tidak mengenali Jue.
"Jika dia (Jue) tidak tampil dengan sebarang bukti, saya akan menuntut permohonan maaf secara terbuka kerana menuduh tanpa usul periksa," kata ibu kepada dua anak ini.

Friday, 31 August 2012

Rita Rudaini Cabar Jue Aziz

“SAYA cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.
“Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka,” kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.


Rita Rudaini yang menghubungi Rap, Rabu lalu, melahirkan rasa kesal, terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue seperti disiarkan menerusi akhbar ini pada hari yang sama, Jue mendakwa Rita menuduhnya dan Aidil mempunyai hubungan.

Antara petikan kenyataan Jue: “Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya dengan suaminya untuk meraih simpati masyarakat.”

Satu lagi kenyataan Jue: “Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota.”

Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya keterlaluan.

“Seperti yang saya jelaskan dalam siaran akhbar ini, Rabu lalu, saya sendiri dimaklumkan gosip mengenai hubungan Aidil dan Jue melalui rakan media yang menghubungi saya untuk mendapatkan komen apabila suami saya dikatakan rapat dengan pelakon itu.

“Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue.

“Saya bertanya kepada Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen.

“Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri,” katanya.

Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas oleh Rita apabila wanita itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua.

“Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita dari mana dan siapa yang kononnya saya berkata begitu?

“Ini kerana saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta penjelasan daripadanya sejak gosip itu berlegar Mac lalu kerana seperti yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil ingin buat.

“Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya.

“Saya lebih makan garam berbanding dirinya (Jue) dalam bidang seni ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur atau bangga diri, tapi sila jaga bahasanya itu.

“Kalau saya pernah senyap seketika pun, itu bukan sebab tiada ‘job’ tetapi saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

“Sepanjang lebih 10 tahun berlakon, saya jarang terbabit dengan kontroversi melainkan isu ‘kahwin lari’ itupun kerana ingin melakukan perkara baik, sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya.

“Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya dan jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri bukan seorang artis yang boleh dianggap ‘bersih dan bebas’ kontroversi,” kata Rita.

Berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM Aidil dan pemain bola sepak itu, baru-baru ini ada berhubung dengan Jue untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua, Rita serahkan pada umum untuk menilai.

“Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue sebagai dilaporkan Harian Metro, Rabu lalu menilai sendiri. Saya percaya pembaca bijak menilai.

“Menurut Jue, suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya yang masih lagi isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat ‘retak menanti belah’.

“Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar, sekali gus menafikan jika ia tidak benar. Bukannya kita menuduh dan menghina isteri lelaki itu pada umum,” katanya.

Metro

Thursday, 23 August 2012

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz

NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak kebelakangan ini. Jue seperti sudah terhakis dengan sebarang kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.
Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.
Kosmo!: Apakah reaksi Jue apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil?
JUE: Sudah tentu saya berasa sedih dan kecewa kerana ketika sambutan
1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.

Apa yang boleh anda katakan apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang?
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.

AIDIL ZAFUAN

Adakah anda tahu individu atau pihak yang telah mengaitkan nama anda dalam kontroversi ini?
Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.

Setelah kontroversi berkenaan tersebar, adakah ia memberi impak kepada anda?
Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.

Bagaimana pula dengan tindakan anda selanjutnya untuk berhadapan dengan kontroversi ini?
Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada
hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.

Kosmo

Jue Aziz Nafi mencintai suami Rita

KUALA LUMPUR – Pelakon Zuliana Abd. Aziz, 29, atau Jue Aziz menafikan dakwaan dia memiliki hubungan istimewa dengan suami pelakon Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Jue turut menegaskan, dia tidak suka menjadi peruntuh rumah tangga orang, apatah lagi Aidil merupakan suami kepada rakan pelakonnya.
“Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia.

“Bagaimana kami boleh bercinta kalau tidak pernah berjumpa? Dakwaan tentang hubungan kami sangat tidak berasas,” luah Jue sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.
Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.
Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.”

Klik Untuk Saya k... :)

free counters