KUALA LUMPUR – Pelakon Zuliana Abd. Aziz, 29, atau Jue Aziz menafikan
dakwaan dia memiliki hubungan istimewa dengan suami pelakon Rita
Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Jue turut menegaskan, dia tidak suka menjadi peruntuh rumah tangga
orang, apatah lagi Aidil merupakan suami kepada rakan pelakonnya.
“Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia.
“Bagaimana kami boleh bercinta kalau tidak pernah berjumpa? Dakwaan
tentang hubungan kami sangat tidak berasas,” luah Jue sewaktu dihubungi
Kosmo! semalam.
Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.
Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak
mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu
yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.”
No comments:
Post a Comment