OSLO, Norway - Seorang pembunuh kejam, Anders Behring Breivik
tersenyum angkuh apabila sebuah mahkamah di sini semalam mendapati dia
waras semasa melakukan pembunuhan dan dihukum penjara selama 21 tahun.
Breivik membunuh 77 orang dalam kejadian tembakan dan serangan bom di Norway pada 22 Julai tahun lalu.
Ketika memasuki ruang mahkamah selama beberapa minit sebelum hukuman
dijatuhkan, Breivik sempat menunjukkan tumbukannya menerusi tangan
kanannya.
Breivik, 33, yang merupakan anak seorang diplomat didakwa melakukan
kejadian itu kerana menentang imigrasi penduduk Muslim yang menyebabkan
penduduk Eropah berpecah-belah. - Agensi
No comments:
Post a Comment