KACAK dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David
Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan
menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy
dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan
luar biasa sebagai duta beberapa produk.
Menurut laporan, dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk
untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu,
Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta.
Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya,
Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di
bawah payung H&M.
"Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan
bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan
model atau duta produk. Malah untuk tahun ini, pendapatan Beckham
dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya
sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur," ujar seorang sumber
kepada The Sun.
No comments:
Post a Comment