SABAK BERNAM - Seorang warga emas bakal berhadapan tindakan
undang-undang setelah dipercayai cuba mencabul kehormatan cucu
saudaranya yang berusia enam tahun, Ahad lalu.
Difahamkan, kejadian sekitar jam 11.30 pagi tersebut berlaku apabila
suspek dipercayai membawa mangsa bersiar-siar di kawasan berhampiran
dengan menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd
berkata, suspek kemudiannya berhenti di satu lokasi di kawasan kebun di
Parit 7 Sungai Leman sebelum mengarahkan mangsa untuk membuka seluar dan
kemudian meraba mangsa.
“Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan kemudian menangis dan merayu supaya suspek menghantarnya pulang ke rumah," katanya.
Menurutnya, suspek kemudian menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya sekitar jam 12 tengah hari.
“Kira-kira jam 8 malam, bapa mangsa mendapati mangsa menangis dan selepas didesak, mangsa memberitahu kejadian sebenar.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Klang oleh bapanya bagi menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya bapa
mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar.
Noor Mushar berkata, selepas menerima laporan, polis bertindak menahan
suspek yang berusia lingkungan 68 tahun itu sekitar jam 2 pagi di
kediamannya.
“Polis masih menjalankan siasatan dan suspek kini ditahan di bawah
Seksyen 377E Kanun Keseksaan sementara siasatan dijalankan,” katanya
kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan ibu bapa agar mengawasi
pergerakan anak mereka agar kes sebegini dapat dielakkan pada masa
hadapan.
"Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan polis dalam mengambil tindakan awal terhadap mana-mana pesalah undang-undang negara ini,” katanya.
Sinar
No comments:
Post a Comment