Penyampai radio Hot FM, Kieran menafikan dia telah bercerai dengan
isterinya, Yang Azliyang Mohd Yunus selepas empat tahun mendirikan
rumahtangga.
MH Online berjaya menghubungi pengacara 'Kaki Bola' ini untuk mendapatkan kenyataannya.
"Sebenarnya kami masih suami isteri dan saya belum lafazkan apa-apa.
Saya tidak nafikan kami memang sedang mempunyai masalah tetapi belum
sampai tahap bercerai. Saya sendiri tidak tahu siapa yang menyampaikan
berita ini dan bagaimana mereka boleh katakan kami sudah bercerai.
"Saya akui mengambil pendekatan untuk tidak tinggal sebumbung bagi
mencari penyelesaian. InsyaAllah kalau ada perkembangan terbaru, saya
tidak akan sembunyikan," ujar bapa kepada dua anak ini.
MH
No comments:
Post a Comment