Beberapa penduduk melihat kubur yang meragut nyawa Zailan (gambar kecil) di Kampung Penak, Mentakab semalam.
TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus
selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah
Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang
menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah
Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam
sebelum itu.
Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian,
Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang
lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam
kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan
jenazah Minah.
"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja
terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur
tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur
hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.
Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.
Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter
dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari
timbunan tanah.
"Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur," kata Nizri.
Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula
menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala
dan badan mangsa yang tertimbus.
No comments:
Post a Comment