PEMINAT Jang Geun-suk di China berang apabila penyanyi Korea itu menegur mereka dengan cara yang agak kasar.
Insiden itu berlaku ketika Geun-suk yang juga pelakon mengadakan konsert The Cri Show 2 di Shanghai, China baru-baru ini.
Ketika tiba di lokasi persembahan, dia diserbu peminat sehingga ada yang sanggup mengejar Geun-suk manakala sejumlah lagi menyentuh kereta yang dinaikinya. Situasi itu memaksa Geun-suk mengarahkan para peminat fanatiknya agar menjaga tingkah laku.
Namun, kata-kata tersebut mengundang kemarahan dan mengguris perasaan peminatnya.
Antara kata-kata Geun-suk seperti dipetik sebuah akhbar di China berbunyi: "Saya dah cakap supaya kamu tidak melampaui sehingga melebihi garisan tengah. Tetapi kamu semua degil.
"Pihak berkuasa memaksa saya meninggalkan tempat itu kerana faktor keselamatan. Semua kena faham, kalau perkara ini berterusan saya tidak dibenarkan membuat persembahan di sini. Saya tidak boleh datang ke China."
Bagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan sebahagian peminatnya sehingga memaksa Geun-suk meluahkan kemarahannya di laman Twitter. Bagaimanapun mesej tersebut dipadamkan seketika kemudian.
Sekalipun berlaku sedikit kekecohan, Geun-suk tetap berjaya melakukan persembahan memukau dengan menyampaikan sebanyak 20 buah lagu.

No comments:
Post a Comment