KUALA LUMPUR – Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada karya
Fauziah Ashari mungkin hanya rekaan semata-mata, namun kisah hampir
serupa turut dialami seorang gadis yang kini berada di bawah
perlindungan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di pinggir
Kuala Lumpur.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Izza, 20, tidak menyangka dapat
keluar daripada cengkaman seorang ‘bapa ayam’ selepas diselamatkan oleh
seorang lelaki warga Nigeria dengan bayaran wang tunai ribuan ringgit.
“Selama empat bulan saya menjadi pelacur dan pegawai perhubungan pelanggan di sebuah pusat hiburan.
“Saya tidak menyangka dibebaskan oleh orang yang saya tidak kenali
langsung,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Anak yatim dari Pulau Pinang itu menceritakan, dia telah dibawa ke
sebuah hotel di Jalan Chow Kit di sini dan dijaga oleh adik ipar lelaki
tersebut selama tiga bulan.
“Saya diberitahu lelaki ini tidak mahu saya bergelumang dengan dunia
pelacuran lebih-lebih lagi pada ketika itu saya baru berusia belasan
tahun.
“Lelaki Nigeria ini sudah berkahwin dengan seorang rakyat tempatan
dan sampai sekarang saya tidak pernah berjumpa dengannya,” ujarnya.
Kosmo
No comments:
Post a Comment