Jom Buat Duit

Showing posts with label Rihanna. Show all posts
Showing posts with label Rihanna. Show all posts

Wednesday, 26 December 2012

Rihanna derma RM5.3 juta

Rihanna telah mendermakan RM5.3 juta kepada sebuah hospital di Barbados sebagai tanda mengenang neneknya yang meninggal dunia Jun lalu.

Penyanyi berusia 24 tahun ini berkata hadiah itu merupakan caranya "memberi semula kepada Barbados."

“Saya percaya ini akan memberi kesan yang besar kepada masyarakat di Barbados. Ini dilakukan untuk menyelamatkan atau setidak-tidaknya untuk memanjangkan nyawa mereka,” katanya.

Jumlah itu boleh menampung perbelanjaan tiga peralatan perubatan.

Neneknya, Clara ‘Dolly’ Braithwaite meninggal  dunia, Jun lalu selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Unit Radioterapi hospital itu telah dinamakan semula Clara Braithwaite Center for Oncology and Nuclear Medicine.

Rihana atau nama sebenar Robyn Fenty membuat pengumuman dalam lawatannya di hospital itu yang ditemani ibunya, Monica dan datuknya, Lionel Braithwaite.

Dia sangat rapat dengan neneknya, malah sempat mengambil cuti secara tergesa-gesa daripada siri jelajah Eropah, Jun lalu untuk menemani neneknya di hospital.

Apabila neneknya meninggal pada 30 Jun, penyanyi ini memuat naik beberapa keping gambar bersama neneknya itu dengan menulis "hati saya tersenyum dan menangis sekali."

Wednesday, 22 August 2012

Rihanna masih mencintai Brown


GAMBAR yang dirakamkan pada 4 Ogos lalu menunjukkan Rihanna (kiri) diwawancara Winfrey di rumah penyanyi itu di Barbados.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Rihanna mengaku dia masih mencintai penyanyi Chris Brown walaupun selepas tiga tahun dia dipukul oleh bekas kekasihnya.
Penyanyi lagu Umbrella itu juga menganggap Brown mungkin kekasih untuk sepanjang hidupnya.
Dia meluahkan perasaan itu kepada pengacara program bual bicara popular, Oprah Winfrey ketika diwawancara televisyen yang disiarkan pada Ahad lalu.
Rihanna memberitahu, dia dan Brown kembali mempercayai antara satu sama lain dan hubungan mereka kini sangat rapat.

Brown, 23, didapati bersalah pada tahun 2009 kerana memukul Rihanna dalam satu serangan ganas menjelang majlis Anugerah Grammy.
Dia meminta maaf secara terbuka kerana melakukan perbuatan itu.
Brown dihukum menjalani tempoh pemerhatian selama lima tahun, melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat, menghadiri kaunseling tentang keganasan domestik dan diarahkan untuk tidak mendekati Rihanna.

Perintah larangan itu telah ditarik balik pada tahun lalu.
Mereka turut kembali bergandingan menerusi lagu Birthday Cake dan Turn Up the Music pada tahun ini sekali gus mencetuskan spekulasi kedua-duanya telah kembali menjadi kekasih.
"Kami mengekalkan hubungan yang sangat rapat sejak arahan larangan digugurkan.
"Kami membina semula kepercayaan. Kami saling mencintai dan kemungkinan tidak akan cuba mengubahnya," kata Rihanna kepada Winfrey.

Bintang berusia 24 tahun itu berkata, sukar untuk dia menyembunyikan perasaannya apabila bertemu Brown.
"Ia janggal kerana saya masih mencintainya. Saya harus membuat muka yang selamba. Saya menganggap ia merupakan cinta buat seumur hidup saya," katanya. - Reuters

Saturday, 24 March 2012

Pengalaman luar biasa Rihanna

pix_middle

RIHANNA adalah satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Meneliti vokal dan gerak persembahannya, tidak bimbang bagi meletak label bintang muda ini antara yang paling berjaya di gelanggang antarabangsa.
Menerima pelbagai pengiktirafan di majlis-majlis anugerah termasuk Anugerah Grammy, Rihanna kini sudah mampu tersenyum kerana apa yang diperjuangkan selama ini bukanlah satu angan kosong.

Usia muda dan masih jauh perjalanan, anak kelahiran Saint Michael, Barbados ini sudah mampu melihat masa depannya.

Walaupun kisah kontroversi pernah terpalit padanya selepas dikhabarkan dipukul bekas kekasihnya penyanyi popular, Chris Brown hingga terpaksa membatalkan konsertnya di Kuala Lumpur dua tahun lalu, Rihanna yang mula dikenali menerusi lagu Umbrella lima tahun lalu masih bertahan, malah namanya kian tinggi menjulang.


Katanya, gosip dan spekulasi bukanlah perkara besar yang mampu menggoyang perjalanannya.

“Saya gembira kerana menerima pelbagai dugaan dan cabaran di usia semuda ini kerana setidak-tidaknya saya tidak mudah melatah di kemudian hari. Ia semakin mematangkan saya dan menguatkan semangat untuk terus bekerja keras lagi,” katanya dalam satu temu bual di majlis sidang media antarabangsa, di sini, baru-baru ini.

Puas menghimpun koleksi lagu-lagu popular dengan peminat seluruh dunia, pemilik nama sebenar, Robyn Rihanna Fenty ini mula menongkah satu lapangan seni iaitu lakonan.

Meskipun tanpa pengalaman dan pendedahan kemas, penyanyi popular dengan lagu Don’t Stop the Music, Take a Bow, Disturbia, Russian Roulette dan Rude Boy yang kini berusia 24 tahun yakin menerima tawaran bagi membintangi filem Battleship.

Filem sains fiksyen sentuhan pengarah terkenal, Peter Berg yang diadaptasi daripada video permainan klasik kanak-kanak, Hasbro itu mengangkat Rihanna memegang watak Cora Raikes.

Pengalaman sebelum ini berlakon sebagai bintang undangan dalam filem Bring It On: All or Nothing pada 2006 menjadi bekalan buatnya tatkala meneliti keseluruhan skrip Battleship.

Menyifatkan lapangan lakonan sesuatu yang berbeza dan membuka dimensi baru kepadanya sebagai anak seni, pemegang lima trofi Grammy dan 18 pengiktirafan Billboard ini yakin untuk lebih serius menjadi pelakon.

“Saya terkejut apabila pengarah dan penerbitan filem Battleship menghubungi untuk menawarkan watak Raikes. Maklumlah, profil saya kuat sebagai penyanyi dan tidak terfikir ada pihak yang akan memandang bakat saya dari aspek berbeza. Namun, itulah rezeki dan ruang yang sentiasa terbuka jika kita benar-benar ikhlas dan bersungguh dengan apa dilakukan,” katanya lagi.

Filem ini ringkas pada plot ceritanya, namun padat dengan aksi hebat, dan visualnya sarat dengan kesan khas. Selain penonton akan tertarik dengan pertarungan antara tentera khas laut di Amerika Syarikat dengan sekumpulan makhluk asing yang ingin menakluk dunia, Battleship turut memaparkan erti peperangan sebenar mengikut idea asal pada permainan video klasiknya dulu.

Bercerita mengenai Battleship yang akan mula ditayangkan pada 12 April depan, Rihanna yang bergandingan dengan bintang muda, Taylor Kitsch, Alexander Skarsg�rd, Brooklyn Decker dan aktor terkenal Liam Neeson menyifatkan filem hebat ini sesuatu yang sangat dinantikan kaki wayang seluruh dunia.

“Raikes adalah seorang gadis yang kental dan begitu kuat berdiri bersama rakan sekerja yang semuanya lelaki sebagai tentera khas laut, USS John Paul Jones, berpusat di Pearl Harbour. Namun, sebaik mengetahui wujudnya makhluk asing, The Regents yang ingin membina empayar senjata bagi menakluk bumi, bermulalah adegan ngeri dan penuh debaran apabila sekumpulan tentera khas ini terpaksa berdepan menyelamatkan dunia.

“Hampir separuh penggambaran dilakukan di atas laut kerana Raikes bersama teman-teman lain termasuk Taylor Kitsch yang memegang watak Lt Alex Hopper, Alexander Skarsg�rd (Stone Hopper) dan Liam Neeson (Shane). Kononnya Raikes pakar dalam analisa senjata dan penggunaannya untuk berperang dengan makhluk asing.

“Saya begitu seronok sepanjang penggambaran dan pastinya tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti,” katanya.

Mengakui watak Raikes penuh cabaran kerana terpaksa bermain dengan emosi dan ekspresi wajah, bagaimanapun katanya, dia bertuah kerana pihak produksi termasuk pengarah dan barisan pelakon tidak jemu memberi tunjuk ajar kepadanya menghasilkan sebuah lakonan lebih bersahaja.

Memerhati gelagat si empunya vokal memukau ini khayal berkongsi pengalaman dalam dunia lakonan, terlintas pula persoalan mengenai karier nyanyiannya.
Bagaimana pula si penyanyi yang kini popular dengan lagu terbarunya, We Found Love ini ingin membahagikan masa?

“Memang tidak dinafikan lakonan adalah sesuatu yang berbeza berbanding nyanyian. Meskipun ramai beranggapan ia adalah lapangan seni sama, pengalaman dan corak kerjanya jauh berbeza. Saya sendiri tidak menyangka mampu merealisasikan impian pihak pengarah bagi menghidupkan watak Raikes yang awalnya membimbangkan saya.

“Bagaimanapun, selepas duduk hampir sebulan di lokasi penggambaran dan melalui pelbagai proses termasuk alih suara, penyuntingan dan kemudian melihat hasilnya, saya merasa satu nikmat kepuasan kerana segala penat lelah dan hasil kerja di lokasi akhirnya mengundang rasa berbaloi. Itulah yang membezakan rasa puas daripada lapangan nyanyian.

“Malah, lakonan juga menuntut saya meletak sepenuh fokus pada lokasi dan masa yang sama. Berhari-hari kita akan ‘berumah tangga’ di lokasi dan bekerja dengan orang sama. Apa yang penting adalah pemahaman dan keselesaan dalam menghidupkan watak. Namun, sebagai penyanyi, saya mengembara dan menempuh perbezaan zon masa setiap hari.

“Bayangkan, hampir setiap hari saya akan ke lapangan terbang dan bertemu orang berbeza. Ia adalah satu karier yang saya fikir mencabar dan membuka ruang diri untuk lebih matang dan berfikir. Namun, itulah keseronokan yang dialami. Kedua-duanya adalah cabang seni namun kepuasan dan gerak kerjanya sangat berbeza.

“Namun, jika ditanya soal masa dan minat, saya sukar meletak jawapan kerana semuanya masih baru. Jika diberi peluang dan kelapangan, pastinya saya tidak menolak untuk mencuba watak lain pula. Itu juga adalah satu impian saya untuk menjadi anak seni yang lebih versatil dan berupaya mencuba sesuatu tidak disangka.

“Bagaimanapun, dunia nyanyian tetap menjadi keutamaan dan pastinya, saya akan lebih fokus kepada penghasilan album, melakukan konsert seluruh dunia dan menghiburkan peminat yang tidak henti menyokong,” katanya.

Sementara itu, sekiranya anda ingin memenangi 10 cenderahati istimewa Hasbro bagi filem Battleship, jawab soalan mudah, Namakan pelakon yang memainkan watak Alex Hopper. Di manakah pertembungan pertama antara manusia dengan makhluk asing dan bilakah tarikh tayangan filem ini?

Sila e-mel butiran peribadi anda dan jawapan kepada murshid@hmetro.com.my bagi merebut 10 hadiah istimewa. Siapa cepat dia dapat!

Klik Untuk Saya k... :)

free counters