MASIH belum lagi berumah tangga pada usia yang sudah memasuki 35
tahun, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad menyatakan bahawa kegagalan
cinta terdahulu sedikit memberi kesan terhadap perancangannya untuk
berkahwin.
Mendedahkan bahawa masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan
istimewa dengan mana-mana wanita, dia memberitahu, saat ini dirinya
selesa dengan kehidupan yang dilalui serta fokus kepada bidang kerjaya
yang diceburinya sekarang.
Namun begitu, bekas pengacara program Sehati Berdansa itu mengakui
tentang timbulnya persepsi segelintir pihak yang beranggapan bahawa dia
lebih meminati kaum sejenis memandangkan status bujangnya itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fahrin yang ditemui semasa majlis
pelancaran Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang berlangsung di
Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kosmo!: Usia Fahrin sudah menjangkau 35 tahun tetapi masih lagi belum
berumah tangga. Adakah anda tidak pernah terlintas untuk berkahwin
dalam masa terdekat ini?
FAHRIN: Kalau ditanya tentang perkahwinan, saya akui tidaklah terlalu
mencari gadis yang mahu dijadikan teman hidup, namun saya tidaklah
menunggu jodoh itu datang sendiri.
Apa yang saya nampak sekarang ini, berkemungkinan besar jodoh saya
adalah dalam kalangan rakan-rakan wanita yang saya kenali. Tidak
mustahil juga saya akan bercinta selepas berkahwin dengan pasangan saya
nanti.
Adakah dalam kalangan rakan-rakan wanita anda yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius?
Buat masa ini, saya melihat mereka lebih selesa untuk sekadar
menjalinkan hubungan persahabatan sahaja. Mungkin salah satu puncanya
kerana status saya sebagai seorang selebriti serta kisah lampau saya
dengan beberapa orang selebriti dahulu.
Biarpun kini selebriti yang pernah dikaitkan dengan saya dahulu sudah
selamat mendirikan rumah tangga, ia langsung tidak memberikan sebarang
tekanan kepada diri saya dan berasa tenang dengan kehidupan yang dilalui
sekarang.
Bagaimanakah pula kalau ada yang melabelkan anda seorang gay memandangkan status anda sekarang ini?
Kalau ada yang cuba melabelkan sebegitu, saya cuma boleh katakan
bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat mengarut. Orang yang
mengenali diri saya dengan lebih rapat sudah tentu tahu diri saya yang
sebenar.
Pernahkah Fahrin cuba didekati oleh golongan lelaki yang meminati kaum sejenis?
Tidak dinafikan yang perkara itu memang pernah berlaku sebelum ini,
malah lebih teruk lagi ada yang menghantar gambar separuh bogel kepada
saya menerusi aplikasi WhatsApp.
Saya ini bukanlah jenis yang suka memilih kawan dan tidak kisah untuk
berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi kalau ada yang melakukan
perbuatan melampau sebegitu, sudah tentu saya akan menjauhkan diri.
Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?
Ketika ini drama bersiri lakonan saya berjudul Yes Boss masih lagi
ditayangkan di TV3 dan tidak lama lagi saya akan terbabit pula dalam
penggambaran telemovie Abang Samseng Jemur Kain.
Pada masa yang sama, saya kini turut aktif sebagai pengacara sukan
bola sepak iaitu Liga Malaysia di TV1 serta telah dipilih mengacara
program sukan iaitu Sukan Malaysia (Sukma) XVII, Piala Dunia 2014 dan
Sukan Komanwel 2014 yang bakal berlangsung nanti.
Boleh ceritakan tentang penglibatan anda dengan produk Power Root?
Sebenarnya ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta kepada produk
tersebut dan kini sedang giat mempromosikan peraduan Power Root Anda
Boleh Jadi Jutawan 4 yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM1 juta
serta sagu hati sebanyak RM10,000 untuk lima pemenang.
Selain itu, peraduan yang bermula pada 1 Mei hingga 31 Disember 2014
ini turut menawarkan hadiah harian (RM500), mingguan (RM1,000) dan
bulanan RM5,000. Bagi yang berminat menyertai peraduan tersebut boleh
mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web
www.powerroot.com.my. Kosmo
Jom Buat Duit
Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts

Friday, 11 April 2014
Friday, 15 February 2013
Fahrin Ahmad akui kekok jadi penyanyi
KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran
aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa
dendangannya sendiri buat pertama kali.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza.
Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.
“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
“Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja,” kata Fahrin.
Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi?
“Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini.
“Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba,” ujarnya.
Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya.
“Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.
“Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya,” tuturnya.
Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah.
“Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi.
“Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
“Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur,” balasnya.
Abu Dhabi
Berbicara tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya itu mampu menarik perhatian peminat.
“Drama ini cukup menarik jalan ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah novel popular.
“Saya berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi,” ungkapnya.
Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri.
Namun, keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri.
“Abu Dhabi memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik, di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat,” terangnya.
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah.
Angkara fitnah tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila). kosmo.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)