WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meneruskan tradisi mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam.
"Saya dan Michelle memanjangkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam di
Amerika Syarikat dan juga di seluruh dunia yang menyambut Hari Raya
Aidilfitri," kata Obama dalam kenyataan dikeluarkan oleh White House.
Di Amerika Syarikat, menurut laporan AFP, Ramadan 30 hari berakhir semalam dan disusuli dengan 1 Syawal hari ini.
Obama juga berkata, sambutan perayaan di AS mencerminkan keadaan
sebenar bahawa "kepercayaan komuniti termasuk masyarakat beragama Islam
memperkayakan kehidupan kebangsaan, memperkukuh demokrasi dan
mempertahankan kebebasan, termasuk kebebasan beragama."
"Itu sebabnya kami berdiri bersama kesemua kepercayaan, di Amerika
Syarikat dan juga seluruh dunia, dalam melindungi dan menggalakkan hak
asasi manusia universal," kata beliau yang akan bertanding
mempertahankan jawatannya pada pemilihan November ini.
Jom Buat Duit
Showing posts with label Obama. Show all posts

Monday, 20 August 2012
Wednesday, 15 August 2012
Obama minta diberitahu penemuan makhluk asing
PASADENA, California - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama
(gambar kecil) kelmarin telah mengusik beberapa saintis Pentadbiran
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab
dalam penerokaan kenderaan Curiosity di Marikh.
Obama memberi arahan kepada mereka agar memaklumkan dengan segera kepadanya jika mereka bertemu dengan makhluk asing di planet tersebut.
"Jika secara kebetulan anda bertemu dengan hidupan asing di Marikh tolong beritahu saya dengan segera," kata Obama sambil bergurau ketika dia menghubungi para saintis di sebuah makmal NASA di California dari pesawat Air Force One.
"Saya mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan namun ia (penemuan itu) akan berada dalam senarai utama saya. Walaupun ia hanya sejenis mikro organisma, saya sangat teruja untuk mengetahuinya," kata Obama.
Kenderaan robotik Curiosity itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.
Ia mendarat di Kawah Gale yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.
Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).
Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum ia tiba di Marikh. - AFP

Monday, 11 June 2012
Obama, Hillary sama nilai 10 ekor unta, 20 ayam
WASHINGTON: Kumpulan militan Islam Somalia menawarkan ganjaran ayam
dan unta atas maklumat mengenai keberadaan Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama dan Setiausaha Negara itu, Hillary Clinton, mempersendakan
jutaan dolar yang ditawarkan AS terhadap tertangkapnya pemimpin kumpulan
yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu.
Fuad Muhammad Khalaf dari Pergerakan Shabaab al-Mujahideen di Somalia membuat tawaran itu selepas solat Jumaat, menurut Kumpulan Perisikan SITE yang memantau organisasi militan.
“Sesiapa saja mendedahkan tempat persembunyian si bodoh Obama akan diberikan ganjaran 10 unta dan sesiapa jua mendedahkan tempat persembunyian wanita tua Hillary Clinton akan diberikan 10 ayam betina dan 10 ayam jantan,” katanya menurut kenyataan SITE.
Khamis lalu, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15.9 juta) setiap seorang bagi maklumat mengenai keberadaan Fuad dan tiga sekutunya, begitu juga dengan AS$7 juta (RM22.3 juta) untuk maklumat mengenai pengasas dan komander al-Shabaab, Ahmed Abdi aw-Mohamed. Sejumlah AS$3 juta (RM9.5 juta) ditawarkan untuk lokasi dua lagi pegawai organisasi itu. - Reuters

Subscribe to:
Posts (Atom)