Jom Buat Duit

Showing posts with label Ella. Show all posts
Showing posts with label Ella. Show all posts

Saturday, 4 August 2012

Ella selepas bergelar isteri


MENURUT Ella, suaminya tiada melarang dirinya untuk berubah.


DIA kelihatan tidak berubah sama seperti zaman bujang, biarpun dirinya kini sudah bergelar isteri orang. Sikapnya masih ceria dan manja seperti kebiasaan.
Sudah biasa hidup membujang, Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin,46, sebenarnya beberapa hari lagi bakal genap sebulan menjadi isteri kepada juruterbang, Anuar Husaini Ghazali,31. Mereka berkahwin pada 7 Julai lepas.
Sehubungan itu, sudah pasti ramai yang ingin mengetahui apakah perasaan Ella ketika ini. Ikuti temu bual Kosmo! bersama insan yang bergelar Ratu Rock Negara ini.

Kosmo!: Apa perasaan Ella selepas bergelar isteri sekarang ini?
ELLA: Saya cuba untuk belajar lagi dan sesuaikan diri saya sebagai seorang isteri. Saya memang dalam proses belajar. Memang kita akan rasa kita mempunyai kehidupan yang berbeza ketika solo dan setelah berumah tangga.

Bagaimana perjalanan proses tersebut, adakah ia menyukarkan atau Ella teruja untuk menempuh semua itu?
Dia membawa kita kepada perkara positif yang mana ia memang bagus, Alhamdulillah. Seperti apabila kita keluar rumah perlu minta kebenaran, itu merupakan perkara yang harus. Banyak juga yang perlahan-lahan saya melakukannya dan biasakan diri.

Ella kelihatan tetap Ella yang manja dan ceria. Jadi, adakah suami menerima seadanya sikap Ella yang sebegitu?
Saya juga tidak pasti namun dia kata dia sayang kepada saya. Dia tiada melarang saya untuk berubah atau minta itu dan ini. Mungkin apabila dia nampak kelemahan Ella, dia akan tegur secara perlahan-lahan. Tapi, setakat ini, katanya dia suka.

Apa perkara yang kekok untuk anda lakukan selepas berkahwin?
Saya tidak boleh untuk fikir bagi mengisi perut sendiri kerana kini sudah berdua. Dua itulah kita hendak jadikan satu. Tapi yang bagusnya, dia tidak paksa dan dia lebih semangat untuk perkara yang menggembirakan saya.

Bagaimana penerimaan pihak lelaki terhadap Ella semasa sesi suai kenal?
Alhamdulillah, sangat baik. Kedua-dua belah keluarga juga memberi respons yang baik.
Perasaan Ella menyambut Ramadan tahun ini?
Sudah tentu gembira kerana pada Ramadan kali ini Ella dapat mengerjakan solat tarawih bersama suami.

Bagaimana persiapan raya Ella dan suami?
Ringkas sahaja kerana kami berdua kerja. Ella pun tidak ambil cuti lama, mungkin dalam sehari atau dua. Kami hanya akan ke rumah saudara-mara yang terdekat dan mula kerja semula. Kami belum putuskan mahu pulang ke rumah siapa dahulu. Kelak kami akan duduk berbincang untuk menentukan perkara itu.

KOSMO

Sunday, 8 July 2012

Ella sah jadi isteri Azhar


AZHAR HUSAINI menyarungkan cincin pada jari Ella selepas mereka diijabkabulkan di Klang malam tadi.


KLANG - Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di sini malam tadi.
Pasangan itu ditunangkan pada pukul 10 malam sebelum majlis akad nikah kira-kira 30 minit kemudian yang diuruskan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar.
Pada majlis yang berlangsung di rumah abangnya, Mohd. Noor Izam, Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.Ella ketika ditemui malam tadi bersyukur kerana majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu berjalan lancar.

Sunday, 1 July 2012

'Kesederhanaan Ella buat gua suka'

SEORANG lelaki tinggi, tegap dan berkulit hitam manis masuk ke dalam sebuah kedai bunga. Memilih bunga pilihan dan menyusun kata untuk diberikan kepada tangkai jiwanya. Situasi ini terjadi beberapa kali sewaktu sang bunga berdepan dengan peristiwa penting seperti konsert dan pentas akhir Mentor musim keenam.

Jejaka romantis yang dimaksudkan itu, Azhar Ghazali, 30, masih misteri di pandangan mata khalayak. Wajahnya mahu diketahui malah ditinjau-tinjau oleh para pengikut industri tempatan khususnya peminat Norzila Aminuddin atau Ella, 46.
Tambahan lagi, sepanjang minggu tiupan berita yang mengatakan si penyanyi dengan status Ratu Rock Malaysia itu bakal menamatkan zaman solonya, nama Azhar menjadi sebutan dan pertanyaan ramai.
Si jejaka yang bertugas sebagai juruterbang syarikat penerbangan Firefly turut berdepan debaran. Debar mahu berubah status malah goncangan itu mungkin semakin dirasai apabila kelak dia bakal menjadi perhatian kerana menjadi lelaki yang berjaya membuka pintu hati Ella untuk masuk ke gerbang rumah tangga.
Buat Ella, Azhar adalah lelaki yang sangat memahami dan menerima dirinya seadanya malah vokalis Sepi Sekuntum Mawar Merah itu yakin jodohnya sudah tiba. Melihatkan sokongan Azhar sendiri terhadap perjalanan karier Ella termasuk hadiah jambangan bunga di hari-hari penting kerjaya wanita itu, sudah tertanda sikap mendokong dan romantis jejaka tersebut. Mungkin itu juga kriteria yang menyebabkan hati Ella bertaut dengan Azhar.

Pastinya setiap tahun sang puteri itu berdepan dengan pertanyaan yang sama oleh khalayak. Soalan bila mahu menamatkan zaman solo pasti sudah masak dan klise benar di telinga penyanyi yang melangkah masuk ke dunia hiburan pada tahun 1985 ini.
Saban tahun, Ella dihinggapi soalan yang sama dan untuk tahun ini akhirnya dia dapat menjawab dengan tepat. Tanggal 7 Julai ini telah dicatatkan sebagai hari bersejarah buat penyanyi kesayangan ramai itu. Bakal disatukan secara tertutup di rumah keluarga Ella di Klang, Selangor, satu resepsi akan dilanjutkan pula pada 1 Disember mendatang.

Menurut Ella dalam satu temu ramah, perkenalan selama sembilan tahun berlangsung secara jarak jauh. Namun menurut sumber terdekat, pertemuan semula di konsert Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mines pada 17 Disember 2011 seakan-akan menandakan jodoh mereka. Pertemuan itu merapatkan semula hati yang sedang sama-sama kosong waktu itu.
Sampai seru, ikatan jodoh itu didekatkan dengan majlis merisik yang diadakan pada 17 Jun lalu. Bak kata orang tua-tua, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.
Azhar sewaktu dihubungi Sensasi Bintang mulanya enggan mengulas lanjut kerana katanya semua itu berada di luar lingkungan kerjaya dan kuasanya.
Dipujuk jejaka yang bakal menjadi pelindung Ella itu, dia berlembut. Itu suatu langkah mula untuk kelak dia 'terlibat' dalam dunia hiburan setelah beristerikan seorang ratu kelak.
"Kesederhanaan yang ada pada Ella itu buat gua suka. Keserasian dalam kita berkata-kata serta keyakinan gua dan Ella pada kuasa Yang Maha Esa juga merupakan faktor gua sukakan dia," ujarnya ringkas dalam bahasa 'lu' dan 'gua' menampakkan jiwa rocknya yang sangat sebati dengan Ella.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters