BINTANG pop terkenal, Britney Spears, 31, yang memutuskan pertunangan
dengan Jason Trawick, 41, selepas 13 bulan bertunang dilaporkan telah
memulangkan cincin pertunangan 3.5 karat kepada bekas tunangnya itu
baru-baru ini.
Menurut laman gosip TMZ.com, Britney yang mempunyai dua orang
anak lelaki, Sean Preston, 7, dan Jayden James, 6, hasil perkahwinannya
sebelum ini dengan Kevin Federline bertindak memutuskan pertunangan
tersebut kerana Jason enggan memiliki anak.
"Jason amat menyayangi anak-anak Britney tetapi dia tidak mahu
memiliki anaknya sendiri," kata sumber yang rapat dengan pasangan itu.
Tambah sumber itu lagi, pasangan tersebut kerap bertengkar tentang
penambahan bilangan anak dan ia menjadi punca utama mereka berpisah.
Britney tidak diminta untuk memulangkan kembali cincin yang diberi
ketika Jason melamarnya tetapi dia membuat keputusan itu sendiri.
Trawick merasakan hubungannya bersama Britney telah merampas sikap
individu dirinya sehingga dia tidak boleh mengambil pelanggan lain dan
kini dia tidak sabar untuk kembali fokus terhadap kerjayanya sebagai
agen publisiti di Hollywood.
Pasangan itu dikatakan telah berpisah secara baik. Britney merupakan
pemilik tunggal kepada rumah yang didiami mereka berharga RM25 juta dan
tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.
Penyanyi yang mengumumkan perpisahan mereka pada 11 Januari lalu
mengatakan dia selalu kagum dengan Trawick dan akan kekal sebagai teman
baik.
Jom Buat Duit
Showing posts with label Britney Spears. Show all posts
Showing posts with label Britney Spears. Show all posts
Friday, 18 January 2013
Friday, 14 September 2012
Psy ajar Britney Spears tarian kuda
AKSI penyanyi rap, Psy semasa mengadakan persembahan pada festival lagu Asia di bandar Yeosu, Korea Selatan pada 3 Ogos lalu.
SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), Psy mengajar bintang sensasi, Britney Spears (gambar) menari tarian kuda Isnin lalu, lapor akhbar New York Daily News.
Dia memberi tunjuk ajar tarian dalam muzik video Gangnam Style itu semasa muncul dalam program bual bicara tempatan popular, The Ellen DeGeneres Show.
Kehadiran Psy menyebabkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Ops I Did It Again terkejut.
Psy yang berusia 34 tahun muncul dengan gaya sinonimnya, kot dan seluar hitam bersama kasut tenis.
Sebelum ini Spears, 30, menghantar mesej di laman Twitter menyatakan hasratnya mempelajari tarian kuda dengan betul.
Aksi penyanyi berbadan gempal itu turut mendapat perhatian selebriti terkenal Katy Perry serta pengurus Justin Bieber, Scooter Braun.
Klip video Gangnam Style kini telah ditonton lebih 150 juta kali di YouTube.
Bahkan, populariti Psy melonjak di AS selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.
Minggu lepas, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang turut diberi penghormatan menari tarian kuda di Anugerah Muzik Video MTV di Los Angeles. - Agensi
Wednesday, 1 August 2012
Britney Spears tunda kahwin
BRITNEY (kiri) dan Jason Trawick.
BRITNEY SPEARS yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Jason Trawick pada sambutan perayaan Krismas tahun ini sedang mempertimbangkan untuk menunda perkahwinannya.
Ini kerana penyanyi tersebut keliru sama ada mahu mengadakan majlis secara mewah atau sederhana dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja.
"Jason mahu mereka berkahwin pada sambutan Krismas ini. Tapi Spears pula masih merancang sesuatu yang belum pasti. Malah tarikh dan lokasi juga belum ada lagi," ujar satu sumber kepada Femalefirst.
Tambah sumber tersebut, Spears bingung untuk menentukan konsep majlis sama ada ia mewah atau sebaliknya kerana memandangkan ia perkahwinan ketiga bagi dirinya.
Spears sebelum ini pernah berkahwin dengan kekasih masa kecilnya Jason Alexander yang hanya bertahan 55 jam. Dia juga sempat berkahwin dengan penari Kevin Federline pada 2004 dan memiliki dua orang anak, Sean Preston, 6, dan Jayden James, 5. Britney dan Jason bertunang pada Disember 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)


