BUENOS AIRES, Argentina - Tweet penyanyi yang sering tampil dengan
imej pelik, Lady Gaga semakin mendapat perhatian menjelang konsertnya di
sini pada Jumaat depan.
Gaga yang mempunyai seramai 30 juta pengikut laman Twitter dikatakan
berkongsi satu pautan bagi membolehkan peminatnya menonton satu klip
video pendek.
Klip video itu menunjukkan Gaga membuat tarian tiang dan bergurau
dengan dua orang wanita lain di dalam sebuah tab mandi. "Ini satu
kejutan untuk anda semua. Sudah sedia untuk anda rasainya," kata Gaga.
Sebelum ini, di antara konsert di Brazil dan Argentina, Gaga pernah
menghantar satu gambar ke laman Twitternya. Gambar itu memaparkan dia
memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi di atas sisa kek strawberi.
Selepas Argentina, Gaga dijadual meneruskan siri jelajah konsert Born This Way Ball
ke Santiago, Chile; Lima, Peru; dan Asuncion, Paraguay. Konsert sama
juga bakal diadakan di Afrika, Eropah dan Amerika Utara. - Agensi
Jom Buat Duit
Showing posts with label Lady Gaga. Show all posts
Showing posts with label Lady Gaga. Show all posts
Monday, 19 November 2012
Saturday, 16 June 2012
Aduan polis dibuat tentang sikap Lady Gaga
GAMBAR fail menunjukkan Lady Gaga membuat persembahan di sebuah stadium di Bangkok pada 25 Mei lalu.
BANGKOK – Kementerian Kebudayaan Thailand memfailkan aduan kepada polis semalam terhadap penyanyi terkenal, Lady Gaga.
A
duan itu berhubung perbuatan penyanyi tersebut yang menggunakan bendera Thailand semasa dia membuat persembahan di sini pada bulan lalu.
Sebelum ini, penyanyi tersebut telah mengaibkan ramai penduduk Thailand dengan menyatakan di laman Twitter bahawa dia merancang untuk membeli seutas jam tangan Rolex di pasar malam Bangkok selepas tiba di negara ini.
Namun, Lady Gaga kini berdepan dengan aduan berhubung penggunaan bendera Thailand semasa dia menunggang motosikal dengan memakai bikini di atas pentas.
Seorang pegawai kementerian itu memberitahu akhbar Bangkok Post bahawa menggunakan bendera kebangsaan adalah tidak sesuai dan melukakan perasaan penduduk Thailand.
Menurut akhbar tersebut, pihak kementerian bagaimanapun tidak meminta polis untuk mendakwa Lady Gaga.
Seorang pegawai kementerian itu menyatakan tujuan aduan tersebut dikemukakan adalah untuk menunjukkan perasaan tidak berpuas hati terhadap perbuatan berkenaan.
Bendera Thailand mempunyai tiga warna iaitu merah untuk negara, biru mewakili institusi beraja dan putih untuk agama.
Thailand mempunyai undang-undang kesalahan terhadap raja dan kerajaan yang dikenali sebagai lese-majesty.
Berdasarkan undang-undang itu, hukuman sehingga 15 tahun penjara akan dikenakan terhadap kesalahan menghina raja, permaisuri atau waris takhta.
– Agensi
Saturday, 9 June 2012
Cinta Lady Gaga kembali bertaut?
Penyanyi penuh kontroversi, Lady Gaga, dikhabarkan sudah kembali ke
pangkuan bekas kekasihnya, Taylor Kinney. Menurut sumber, khabar angin
ini mula tersebar apabila Gaga sentiasa dilihat bersama bekas kekasihnya
itu sepanjang konsert jelajahnya di Thailand dan Singapura, minggu
lalu.
Lebih menguatkan gosip ini, apabila pasangan ini kelihatan begitu mesra dan sentiasa berpegangan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Apa yang pasti, kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sepanjang bersama.
Bagaimanapun, keduanya masih belum bersedia untuk menjelaskan status hubungan terbaru mereka.
Lebih menguatkan gosip ini, apabila pasangan ini kelihatan begitu mesra dan sentiasa berpegangan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Apa yang pasti, kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sepanjang bersama.
Bagaimanapun, keduanya masih belum bersedia untuk menjelaskan status hubungan terbaru mereka.
Wednesday, 6 June 2012
Lady Gaga menangis isu konsert di Jakarta
BEBERAPA peminat menari di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada 27 Mei lalu.
JAKARTA - Penyanyi pop dari Amerika Syarikat, Lady Gaga menyatakan dia menangis apabila melihat rakaman video peminatnya yang menari secara spontan di Indonesia pada 27 Mei lalu, lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Reaksi itu dinyatakan Lady Gaga, 26, menerusi laman Twitternya kelmarin.
"Ia membuatkan saya menangis. Saya amat menyayangi kamu.
"Kamu merupakan peminat terbaik di dunia," katanya di Twitter merujuk kepada video yang dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube.
Sejumlah peminat yang dikenali sebagai Little Monsters menari secara spontan di sebuah pusat beli-belah di sini bagi menuntut supaya polis membenarkan konsert Lady Gaga.
Video tersebut dimuat naik ke YouTube pada 2 Jun lalu oleh seorang pengguna dikenali sebagai projectlilmod.
Namun, polis Indonesia tidak mengeluarkan permit untuk konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun lepas selepas beberapa kumpulan Islam menganggap persembahan Lady Gaga tidak sesuai dengan budaya Indonesia. - Agensi
Monday, 28 May 2012
Konsert Lady Gaga di Indonesia dibatal
PENUNJUK perasaan berarak memprotes konsert Lady Gaga di Jakarta pada Jumaat lalu.
JAKARTA - Konsert Lady Gaga di Indonesia dibatalkan semalam atas sebab keselamatan selepas beberapa kumpulan Islam memberi amaran akan menghuru-harakan keadaan jika bintang pop tersebut memasuki negara Islam berkenaan.
"Keputusan ini dibuat pihak pengurusan Lady Gaga pada saat-saat akhir," kata Minola Sebayang yang merupakan peguam untuk promoter konsert tersebut di Indonesia, Big Daddy.
"Kami membuat keputusan ini selepas mengambil beberapa faktor lain termasuk keselamatan peminat yang akan menonton persembahan Lady Gaga," tambahnya.
Pada awal bulan ini, polis Jakarta enggan meluluskan permit konsert Lady Gaga selepas Barisan Pembela Islam mengancam keganasan akan berlaku jika konsert Lady Gaga diadakan di sini.
Terdahulu, promoter tersebut memberitahu, satu persetujuan diusahakan dengan pihak berkuasa supaya penyanyi lagu Poker Face itu tidak beraksi terlalu seksi ketika beraksi di pentas.
Namun, pihak pengurusan Lady Gaga, 26, atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta enggan melayan permintaan tersebut.
Mengulas keputusan tersebut, Presiden Bid Daddy, Michael Rusli berkata, beliau kesal kerana konsert Lady Gaga yang dijadualkan pada 3 Jun depan di sini terpaksa dibatalkan.
"Sejak beberapa hari lalu, kami berbincang dengan pemerintah dan pihak Lady Gaga. Pembatalan ini sebenarnya tiada kaitan dengan isu permit kerana konsert ini telah diluluskan," kata Rusli.
"Pembatalan ini sebenarnya atas sebab ancaman keselamatan," tambahnya.
Lebih 50,000 tiket telah dijual untuk acara tersebut yang merupakan sebahagian konsert jelajah Born This Way Ball.
Sebelum ini, konsert Lady Gaga berdepan bantahan daripada beberapa kumpulan Kristian di Filipina dan Korea Selatan kerana dianggap tidak bermoral.
Lady Gaga akan mengadakan tiga buah konsert di Singapura pada minggu ini.
Dia dijadual mengadakan persembahan berikutnya di sini sebelum berlepas ke New Zealand dan Australia dan seterusnya Eropah. - AFP
Friday, 25 May 2012
Lady Gaga batalkan konsert jelajah Asia
PENUNJUK perasaan memegang poster membantah konsert Lady Gaga di Indonesia
pada 3 Jun depan. - AFP
pada 3 Jun depan. - AFP
SINGAPURA - Bintang pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga yang sebelum ini berhasrat menunda tarikh konsert jelajahnya bercadang mahu membatalkan terus konsert tersebut, kata pengurusnya, Troy Carter semalam.
Ia berikutan beberapa konsert jelajahnya yang dicadangkan berlangsung di Asia mendapat bantahan keras daripada kumpulan-kumpulan agama dan konservatif.
Menurut Carter, konsert jelajah Lady Gaga mendapat bantahan di Korea Selatan, Indonesia dan Filipina sejak dari awal ia diumumkan lagi.
"Kami akan membatalkannya," kata Carter dalam satu persidangan muzik di Singapura.
Penganut Kristian konservatif di Korea Selatan, Filipina dan kumpulan agama Islam di Indonesia mengkritik penyanyi berimej pelik itu kerana sering mempromosikan tingkah laku tidak bermoral, manakala kebanyakan lirik lagunya disifatkan sebagai memuja syaitan.
Polis Indonesia tidak mengeluarkan permit kepada penganjur bagi konsert yang dijadualkan pada 3 Jun depan di Jakarta selepas mendapat ancaman keganasan daripada kumpulan-kumpulan militan.
Lady Gaga dijangka mengadakan 110 buah konsert pada tahun ini berikutan kejayaan album Born This Way yang terjual lebih enam juta unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada Mei 2011. - AFP
Monday, 21 May 2012
Peminat desak konsert Lady Gaga dibenarkan
SEJUMLAH peminat berhimpun bagi mendesak konsert Lady Gaga dibenarkan di Jakarta semalam.
JAKARTA - Kira-kira 50 peminat Lady Gaga menari secara spontan di Dataran Monumen Nasional di sini bagi menuntut supaya konsert penyanyi terkenal itu dibenarkan di Indonesia.
Mereka menari tarian seperti yang pernah dipersembahkan oleh penyanyi tersebut.
Para peminat itu turut membawa sepanduk yang menyatakan mesej bahawa mereka mahu penyanyi tersebut berada di sini.
Pada minggu lalu, polis Indonesia mengumumkan ia tidak akan mengeluarkan permit konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun depan.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam menyifatkan persembahan Lady Gaga tidak sesuai dengan budaya Indonesia.
Beberapa promoter menyatakan mereka akan berunding dengan polis untuk membenarkan konsert itu.
"Saya dan beribu-ribu peminat lain kecewa dengan keputusan polis untuk melarang konsert Lady Gaga.
"Lady Gaga tidak berbahaya kerana dia cuma seorang artis," kata seorang peminat penyanyi itu yang dikenali sebagai Simon.
Lebih 50,000 tiket konsert jelajah Lady Gaga di Stadium Nasional Gelora Bung Karno di sini telah dijual.
Sementara itu, Menteri Koordinasi Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto bertindak campur tangan dalam kontroversi itu dan meminta satu kata sepakat dicapai.
"Mungkin konsert itu boleh disesuaikan kepada budaya Indonesia," katanya kepada akhbar harian Kompas kelmarin. - Agensi
Saturday, 19 May 2012
Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga
SEJUMLAH penduduk berhimpun di Manila semalam bagi membantah konsert Lady Gaga yang akan berlangsung pada Isnin depan.
MANILA - Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan.
Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.
Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.
Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.
Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.
Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. - Agensi
Thursday, 17 May 2012
Lady Gaga tiba di Taipei
LADY GAGA berjalan di depan para peminatnya semasa dia memasuki sebuah hotel di Taipei semalam.
TAIPEI - Penyanyi terkenal, Lady Gaga tiba di sini semalam dengan sebuah pesawat sewa khas bagi memenuhi janjinya untuk membuat persembahan di Taiwan, menurut satu laporan semalam.
Menurut laporan laman berita Focus Taiwan News Channel, pesawat yang dinaiki Lady Gaga, 26, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei.
Dia kelihatan memakai pakaian berwarna hijau dan cermin mata gelap.
Para peminat penyanyi berimej pelik itu berkumpul di luar lapangan terbang tersebut.
Bintang pop itu tidak bercakap dengan pemberita tetapi dia melambaikan tangan sebelum menuju ke hotel penginapannya.
Semasa tiba di hotel, dia beramah mesra dengan para peminat dan menandatangani autograf.
Penyanyi lagu Poker Face itu akan membuat persembahan pada hari ini dan esok di Dewan Pameran Nangang di sini.
Setiap tiket berharga AS$433.9 (RM1,353).
Konsert tersebut merupakan janji Lady Gaga kepada para peminatnya di Taiwan selepas konsert mininya di Taichung pada Julai tahun lalu.
Kelmarin, polis Indonesia semalam enggan membenarkan konsert penyanyi terkenal, Lady Gaga diadakan di Jakarta.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)








