Jom Buat Duit
Monday, 21 May 2012
Peminat desak konsert Lady Gaga dibenarkan
JAKARTA - Kira-kira 50 peminat Lady Gaga menari secara spontan di Dataran Monumen Nasional di sini bagi menuntut supaya konsert penyanyi terkenal itu dibenarkan di Indonesia.
Mereka menari tarian seperti yang pernah dipersembahkan oleh penyanyi tersebut.
Para peminat itu turut membawa sepanduk yang menyatakan mesej bahawa mereka mahu penyanyi tersebut berada di sini.
Pada minggu lalu, polis Indonesia mengumumkan ia tidak akan mengeluarkan permit konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun depan.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam menyifatkan persembahan Lady Gaga tidak sesuai dengan budaya Indonesia.
Beberapa promoter menyatakan mereka akan berunding dengan polis untuk membenarkan konsert itu.
"Saya dan beribu-ribu peminat lain kecewa dengan keputusan polis untuk melarang konsert Lady Gaga.
"Lady Gaga tidak berbahaya kerana dia cuma seorang artis," kata seorang peminat penyanyi itu yang dikenali sebagai Simon.
Lebih 50,000 tiket konsert jelajah Lady Gaga di Stadium Nasional Gelora Bung Karno di sini telah dijual.
Sementara itu, Menteri Koordinasi Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto bertindak campur tangan dalam kontroversi itu dan meminta satu kata sepakat dicapai.
"Mungkin konsert itu boleh disesuaikan kepada budaya Indonesia," katanya kepada akhbar harian Kompas kelmarin. - Agensi
Labels:
Lady Gaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment