Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.
Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang
dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan
remaja perempuan terbabit.“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14
tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah
di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan
pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.
Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya,
lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas
buaian di halaman rumah.Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa
yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan
tersebut.Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di
Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang
menimpa anaknya.
“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek
dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.Kamaruddin
berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur
berumur 18 tahun berhubung kes itu.Dia kini ditahan reman sehingga 25
Mei ini untuk siasatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara
maksimun 20 tahun dan sebatan.sumber
No comments:
Post a Comment