IPOH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas
pertuduhan merogol serta meliwat seorang remaja perempuan berusia 15
tahun pada Februari lalu, di sini hari ini.
Tertuduh, Liew Kar Chuan, 29, membuat pengakuan tersebut terhadap
pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.
Kar Chuan didakwa telah merogol gadis berusia 15 tahun itu di alamat
No.2, Kampung Rawa Baru, Gopeng di Kampar kira-kira pukul 11 malam pada 1
Februari lalu.
Tertuduh turut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap
mangsa sama antara 1 Februari hingga 6 Julai lalu di alamat No.137 Jalan
Sejahtera Taman Gopeng Jaya, Gopeng dekat sini. Kosmo
No comments:
Post a Comment