Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain.
Pagi
semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga dia
dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu.
Ketua
Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata,
kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang
Machang di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
“Pada
masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar
sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku
perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu
terbakar di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya.
Abdul
Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang
penganggur berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan
isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api.
“Namun
api turut menyambar kaki dan tangannya mengakibatkan dia sendiri turut
mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus," katanya.
Menurut
Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar
kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan
bahagian pinggang dan kakinya terbakar.
Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan bomba dan penyelamat.
“Mangsa
dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor
Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital
Tuanku Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.
Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.
Nenek
mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya
mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23
semalam.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan.
Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.
Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.
“Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang terbakar.
“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih.
“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih.
No comments:
Post a Comment