NOME, Alaska - Seorang nelayan Amerika Syarikat (AS), Frank McFarland
berjaya menangkap seekor ketam luar biasa yang berwarna biru baru-baru
ini.
McFarland menangkap ketam itu di dalam sangkarnya ketika memancing di Nome pada 4 Julai lalu.
Ketam biru itu yang kini disimpan di Pusat Makanan Laut Norton Sound di sini pada asalnya berwarna merah.
Ketam luar biasa itu menjadi terkenal apabila orang ramai yang mengunjungi pusat itu mengambil gambar dengannya.
Seorang kakitangan Jabatan ikan Alaska di Dome, Scott Kent berkata,
dia tidak mengetahui mengapa ketam raja merah itu menjadi biru.
Namun, dia mengesyaki haiwan itu mengalami mutasi. - Agensi
No comments:
Post a Comment