GARA-gara paparan statusnya yang semakin menarik
perhatian ‘haters’ artis versatil Azwan Ali sanggup mengupah seorang
pembantu atau ‘PA’ hanya untuk menyekat kesemua ‘haters’ dari terus
mengecamnya.
Menurut sebuah blog hiburan, ketegangan tercetus saat Azwan memuat
naik sebuah paparan status yang menghina juadah berbuka puasa yang
dijual di bazar Ramadan.
“Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah !
Maaf ! Just face the facts ! So?” katanya menerusi akaun Twitternya
Susulan daripada itu, pelbagai pihak mula menggerumuni laman sosial
miliknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung status
yang dimuat naik Azwan.
Kontroversi berterusan apabila Azwan nyata tidak berdiam diri dan mula
menganggap ‘haters’ dan pihak yang mengecamnya bertarafkan anak setan.
Akhirnya, Azwan mengambil keputusan untuk membayar seorang pembantu
sebanyak RM3,000 seminggu untuk menyekat dan menghalang ‘haters’ dari
terus menyerangnya. Sinar
No comments:
Post a Comment