Jom Buat Duit

Showing posts with label Si Tanggang. Show all posts
Showing posts with label Si Tanggang. Show all posts

Wednesday, 22 August 2012

Tikam bapa hingga mati

JAKARTA: Polis Jakarta Timur berkata, mereka menahan dua beradik yang disyaki menikam mati bapa mereka dalam satu pergaduhan di Pondok Kopi, semalam.
Ketua polis Jakarta Timur, Dian Perri, berkata pihaknya menahan Ahmad Zaenuri, 35, dan adik lelakinya, Welly, 30, di Cipinang.

Dua beradik itu mengaku menikam bapa mereka, Tarwasdi ketika disoal siasat.
Tarwasdi ditikam ketika dia menemui dua anak lelakinya yang terbabit dengan pergaduhan antara dua kumpulan malam Khamis lalu. Ahmad Zaenuri dan Welly yang menjadi anggota kepada satu daripada kumpulan terbabit menyangka bapa mereka berpihak kepada kumpulan musuh. Tidak puas hati dengan bapa mereka, kedua-duanya lalu menikam Tarwasdi hingga mati. Polis masih mencari objek tajam yang digunakan dua beradik itu untuk membunuh bapa mereka.

Selain dua beradik itu, tiga lagi anggota kumpulan yang terbabit dengan pergaduhan itu turut ditahan. - Kompas.com

Wednesday, 15 August 2012

Dipenjara akibat acu pisau ke arah ibu

Tertuduh (kiri) diarah menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan, semalam.

KOTA BHARU - Perlakuan luar batasan seorang anak mengacu pisau kepada ibunya Jun lalu, mendapat balasan apabila dia dihukum 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor selepas Razman Ab Rashid, 19, mengaku salah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Che Mah Abdullah di rumah tidak bernombor Kubang Edang, Peringat, Melor pada jam 4 petang, 18 Jun.
Dalam kejadian itu, tertuduh tiba-tiba mengamuk sambil mengacu pisau dan buluh ke arah pengadu.
Tertuduh juga mengugut untuk membakar rumah pengadu kerana marah ibunya itu tidak memberikan RM100 yang dimintanya.
Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tuesday, 7 August 2012

Tak mahu mengaku ibu

SINGAPURA: Sebuah akhbar melaporkan, seorang akauntan di Singapura enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan ibunya, walaupun ibunya sudah meninggal dunia, hanya kerana kos perbelanjaan menguruskan pengebumian sebanyak S$2,000 (RM5,000).
Akauntan wanita, dalam lingkungan 30-an itu, tidak datang walaupun diberitahu mengenai kematian ibunya di pusat penjagaan orang tua.

Dia dikatakan tidak mahu membelanjakan wangnya lagi untuk pengurusan pengebumian.

Seorang pengurus mayat yang tahu mengenai kejadian itu, menderma sebuah keranda dan melakukan upacara untuk si mati. Dia berkata, dia sedih dengan kelakuan akauntan itu.

Akhbar itu tidak menyebut di mana wanita itu meninggal dunia, tetapi melaporkan akauntan itu mengaku beliau hanya saudara jauh ketika menghantar ibunya ke pusat penjagaan orang tua itu kira-kira 10 tahun lalu.

Dia melawat ibunya beberapa kali dan setiap kali berbuat demikian, dia akan mengaku sebagai kawan atau jiran. - Straits Times

TT: Nak kawin supaya ada anak. Dah dapat anak n dah besar cam ni jg jadinya. Nasib2

Tuesday, 31 July 2012

Mati dipercayai dibelasah anak

KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul anak lelaki sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak semalam selepas menerima rawatan hampir dua minggu.

Jeni Kaderi, 77, dipercayai bergaduh dengan anaknya yang berusia 41 tahun pada 17 Julai lalu di rumah mereka di Kampung Sinar Bumi Lama di sini sehingga cedera di rusuk, lebam di mata kiri, telinga kanan dan pendarahan di paru-paru kanan.
Bagaimanapun, suspek yang juga dikenali sebagai 'Ribut' pandai memperdayakan jiran-jiran mereka bahawa bapanya cedera selepas terjatuh tangga.

Namun, rahsia itu terbongkar selepas adik perempuannya datang ke rumah tersebut dan menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta anak saudaranya membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad (gambar) berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 1 pagi dan doktor mengesahkan sembilan tulang rusuk kanan mangsa patah.
Serentak dengan itu, polis menahan reman suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Friday, 1 June 2012

Si Tanggang - Drama ‘jiran’ buang ayah

UZUR...kakitangan Pusat Jagaan Nur Ehsan menyalin baju warga emas terbabit.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.

Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.


“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters