DIA pernah dikritik kerana berpakaian seksi dengan menyarung gaun terdedah bahagian belakang ketika majlis perkahwinan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza tahun lalu.
Terbaharu, penyanyi Amanda Imani, 20, terpalit lagi dengan kontroversi apabila dikatakan mempunyai tatu pada kakinya ketika membuat kemunculan pada majlis pembukaan sebuah butik terkenal luar negara di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tidak melatah gosip berkenaan, figura bertubuh montok dan berbibir seksi ini menganggap isu dia dikatakan mempunyai tatu adalah satu gurauan dan asam garam sebagai anak seni yang sedang membina nama.
“Saya tak pernah ada tatu. Tatu pada kaki saya semasa majlis itu adalah pelekat tatu sahaja, ia pemberian seorang kawan dari Amerika Syarikat, saya letak di pergelangan kaki hanya untuk suka-suka,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Amanda yang ditemu bual ketika sedang menjalani penggambaran video muzik single terbaharunya, Fobia Cinta mengakui dia tidak langsung tidak menyangka perbuatannya meletakkan pelekat tatu di kakinya akan menjadi buah mulut ramai.
“Saya terkejut apabila ada peminat tanya saya di akaun Twitter, selepas itu ada wartawan hubungi saya untuk minta penjelasan, saya tidak sangka ia akan jadi isu besar pula,” jelasnya.
Tidak tersinggung gosip berkenaan, Amanda menganggap, kontroversi tersebut sebagai satu lumrah yang terpaksa ditempuhi dirinya selaku anak seni.
Pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik tahun lalu itu juga memberitahu, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan sensitiviti masyarakat agar ia tidak disalah anggap nanti.
Dia mengakui baki pelekat tatu itu masih banyak lagi dalam simpanannya.
“Pelekat tatu itu ada banyak lagi, tak tahu hendak buat apa selepas ini. Mungkin nak lekat di tangan pula selepas ini,” ujarnya berjenaka.
Bercerita lanjut mengenai dirinya pula, Amanda yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menghabiskan pengajiannya di Universiti SEGi, Kuala Lumpur yang dijadualkan pada akhir tahun ini.
Dia yang mengambil ijazah dalam bidang psikologi itu sudah empat tahun mengikuti pengajian tersebut dan kini menunggu masa menamatkan pengajian untuk menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.
“Sebelum ini, aktiviti seni saya terbatas. Jika ada jemputan ketika peperiksaan dan tugasan, saya akan tolak. Selepas ini bila tamat belajar, saya bebas untuk atur jadual menyanyi,” jelasnya yang meminati drama penyiasatan CSI: Crime Scene Investigation.
Amanda juga bertekad selepas ini mahu dirinya lebih dikenali peminat dengan lebih menonjol dalam acara sosial yang melibatkan ramai artis lain.
“Saya rasa nama Amanda hanya dikenali oleh kelompok tertentu, mungkin sebab banyak terima undangan majlis tertutup untuk syarikat korporat. Jadi, selepas ini saya akan menonjolkan diri dalam acara lain yang lebih mudah dikenali peminat,” katanya.
Tambah Amanda, setakat ini dia juga banyak berinteraksi dengan peminat melalui akaun Twitter dan Facebook dan menganggap perkara itu masih tidak memadai untuk dia lebih dikenali.
Disoal mengenai kebolehannya dalam menulis lirik ketika berusia 16 tahun lagi, dia berkata, semua itu hasil tunjuk ajar komposer terkenal, Ajai yang memberi keyakinan terhadapnya untuk menulis lagu sendiri ketika usia itu.
“Kalau Ajai tidak yakin dengan kebolehan saya pada ketika itu, saya tidak akan berada pada tahap sekarang dan saya juga tidak tahu sikap yang suka tulis isi hati dalam sebuah buku boleh menjadi sebuah lirik lagu pula,” ujarnya.
Kata Amanda lagi, dia sebenarnya yang suka memendam rasa jika kecewa dan marah dengan mencatat dalam sebuah buku.
“Ketika kecewa, marah dan sebagainya perasaan itu membuahkan idea untuk saya tulis lirik pula sekarang, idea itu juga datang untuk lirik lagu Fobia Cinta hasil perasaan saya putus cinta akhir tahun lalu,” jelasnya.
Dia mengakui, biarpun perit akibat putus cinta berkenaan, dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mahu menumpukan sepenuh jiwa dan raga terhadap dunia nyanyian kini.\
Kosmo
Jom Buat Duit
Showing posts with label Amanda Imani. Show all posts
Showing posts with label Amanda Imani. Show all posts
Saturday, 6 October 2012
Tuesday, 28 August 2012
Amanda Imani Gondol 2 Anugerah Di Sepanyol
Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi berbakat besar, Amanda Imani
apabila berjaya mencipta kejayaan di pertandingan Universong Music
Festival kali ke-12 yang diadakan di Tenerife iaitu sebuah pulau dalam
Kepulauan Canary.
Dalam pertandingan yang berlangsung dari 18 hingga 22 Julai lalu,
Amanda telah dianugerahkan 'Best Stage Present Award' dan 'Special Award
for Vocal Presentation and Artistic Qualities' di festival yang turut
menampilkan beberapa penyanyi dari seluruh dunia.
“Syukur Alhamdulillah, di pentas Universong Music Festival saya telah
menyanyikan lagu 'Jatuh Cinta Kasih', iaitu lagu hasil ciptaan saya dan
Ajai dan lagu tersebut telah memberi peluang saya menggondol dua
anugerah tersebut.
“Di beri anugerah sebegini membuatkan saya mahu terus gigih berkarya
dan mencuba pelbagai lagi genre muzik agar tampil versatile dan dapat
memenuhi selera peminat muzik tempatan. InsyaAllah lepas raya nanti saya
akan tampil dengan lagu berkonsep baru, 'Fobia Cinta' yang menampilkan
pemain biola Dennis Lau merupakan ciptaaan saya 100 peratus,” ujar
penyanyi yan kini popular dengan lagu 'Cemburu'.
Pemergian Amanda ke Sepanyol telah mendapat sebahagian tajaan daripada
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai bantuan untuk
menyertai festival muzik tersebut.
MH
Sunday, 11 December 2011
Sesal Hubungan Berlaku - Amanda Imani
KUALA LUMPUR: “Saya bukan perampas, tapi dia adalah playboy yang
menyembunyikan status sebenar,” kata penyanyi muda berbakat, Amanda
Imani, 20, yang dituduh menjalin kasih dengan seorang penyanyi tampan
dari negara jiran, sedangkan lelaki itu bakal bertunang tidak lama lagi.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Selamilah Cinta itu, dia berkawan rapat dengan penyanyi berkenaan kerana lelaki itu tidak pernah memberitahu sudah memiliki kekasih ketika peringkat awal perkenalan.
Akibat salah faham, peminat kedua-dua artis berkenaan yang mengetahui kisah percintaan mereka mula menuding jari ke arah Amanda dan melepaskan kata-kata kesat, termasuk menggelarnya perampas menerusi laman sosial Facebook dan twitter.
Ikuti luahan hati dan penjelasan Amanda terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Sebenarnya, saya berfikir panjang sebelum membawa perkara ini kepada media. Lagipun, ini sekadar kisah percintaan biasa dan tidak bersangkut paut dengan isu besar yang boleh dikongsikan bersama.
Namun, hari demi hari saya menjadi tertekan dan murung apabila setiap kali membuka twitter dan Facebook, pasti ada peminat saya atau peminatnya menghentam saya dengan pelbagai tuduhan.
Sebab itu, atas nasihat mama dan kawan yang lebih lama dalam industri ini, saya memberanikan diri untuk bercerita mengenai perkara ini dengan tujuan membersihkan nama saya serta menceritakan kisah sebenar.
Saya mula mengenali penyanyi terbabit ketika berada di negara berkenaan untuk menghadiri satu majlis anugerah popular yang diadakan awal tahun ini. Kebetulan, kami sama-sama terbabit dalam anugerah itu dan berkolaborasi mencipta lagu dan sebagainya.
Kemudian, hubungan sebagai kawan menjadi lebih akrab. Begitupun,
sebelum mengenali hati budi masing-masing, saya bertanya sama ada dia
mempunyai hubungan dengan wanita lain dan dia menafikannya.
Pada mulanya saya keberatan untuk mempercayainya tetapi selepas melihat kesungguhannya bersama saya dan dia begitu baik kepada keluarga saya, saya menerimanya.
Selama enam bulan berkawan, setiap hari dia menelefon untuk bertanya khabar. Malah, jika tidak dapat menghubungi saya, dia menelefon mama untuk bertanya keadaan saya.
Ketika saya dan keluarga bercuti di sana, pasti dia menawarkan diri menemani kami dan membawa kami bersiar-siar. Malah, dia benar-benar menunjukkan dia tidak mempunyai hubungan di sana dan tanpa segan silu membawa kami berjalan sekitar negara itu.
Begitupun, baru-baru ini saya menerima mesej dihantar seorang wanita menerusi laman twitter yang meminta saya tidak mengganggu penyanyi itu lagi.
Saya kebingungan, kemudian wanita terbabit menjelaskan dia adalah kekasih lelaki itu dan mereka akan bertunang tidak lama lagi.
Selaku wanita, pastinya saya patah hati dan kecewa apabila mengetahui hubungan terbabit adalah pembohongan semata-mata, lebih-lebih lagi mama juga merestuinya.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan beberapa kali menghubungi saya melalui mesej di laman sosial untuk meminta saya meninggalkan teman lelakinya supaya mereka dapat hidup bersama. Dia juga menuduh saya sebagai perampas.
Akhirnya, saya cuba mendapatkan kepastian daripada penyanyi itu dan selepas berkali-kali didesak, dia hanya meminta maaf atas apa jua yang berlaku tetapi masih tidak mahu mengakui kesalahannya.
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila rakannya turut menuduh saya dan mengatakan saya bersalah dalam hal ini, sedangkan mereka juga tahu perkara sebenar.
Pada masa sama, cerita ini merebak kepada peminat dan ramai meminta saya mengundur diri. Saya tidak salahkan peminat dan wanita itu kerana mereka tidak tahu cerita sebenar.
Mungkin ini strategi lelaki itu dalam mencari kepuasan hidup dan mereka pelbagai cerita kepada teman wanitanya. Mungkin juga dia menyatakan saya yang mengganggu hidupnya dan mencipta cerita supaya nampak ‘mulia’ pada kaca mata orang ramai dan peminat.
Yang pasti, saya malu diperlakukan begini dan seakan-akan menjadi mangsa seorang ‘playboy’. Sebagai penyanyi, sudah tentu cerita sebegini sungguh memalukan dan boleh ‘membunuh’ kerjaya saya.
Jika ia tidak berpanjangan dan tidak membabitkan sesiapa, sudah pasti saya juga berdiam diri dan berundur cara baik. Lagipun, ramai lagi lelaki lebih mulia di dunia ini untuk dijadikan teman.
Saya menyesali hubungan ini dan seakan-akan tersalah langkah memilih walaupun pada mulanya saya tidak mencari lelaki untuk dijadikan teman. Semuanya datang dengan sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)