Jom Buat Duit

Showing posts with label Nora Danish. Show all posts
Showing posts with label Nora Danish. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Anuar Zain suka Nora Danish

“NORA DANISH memiliki ciri-ciri seorang wanita yang saya idamkan.” Kata-kata yang terlontar daripada mulut Anuar Zain membuatkan seluruh ruang di White Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur terdiam seketika.

Harus diakui bahawa pengumuman yang berbaur soal jodoh dan pilihan hati si jejaka kacak yang tidak dimamah usia itu merupakan penantian yang membuahkan hasil yang selama ini dinanti-nantikan banyak pihak.
Bicara Anuar, 42, semasa sidang akhbar bersempena tayangan khas klip video dua single terbaharunya, Ajari Aku dan Sempurnakan Aku itu pantas mengaitkan dirinya dengan aktres comel,
Nora Danish.

“Selain memiliki skil lakonan yang bagus, Nora juga berjaya memberikan perasaan luar biasa sehingga menusuk jauh ke dalam lubuk jiwanya,” luah pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini.
Tambahnya: “Nora amat tepat untuk dipilih sebagai seorang isteri. Saya suka melihat dia sejak daripada siri Puteri lagi dan dia nampak manja serta mempunyai raut wajah yang murni.
“Jika wajahnya sudah kelihatan seperti seorang bidadari, pastinya dia memiliki sekeping hati yang suci.”
Tidak menolak sekiranya takdirnya bertemu seorang wanita yang pernah menjadi suri di hati orang lain sebelumnya, kata Anuar lagi status seseorang bukan penghalang untuk lebih mengenali.

ANUAR mengakui bersedih dengan sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap dua singlenya sebelum ini, Ku Berjanji Kerna Cinta dan Cinta Tak Harus Memiliki.


“Saya mahu mencari seorang wanita yang lebih kurang seperti Nora Danish. Saya terima jika jodoh saya dengan wanita yang berstatus sepertinya. Tapi, buat masa sekarang saya belum terfikir akan soal hati.

“Kami bersama atas dasar kerja saja, peribadi atau personal belum terlintas. Saya juga tidak rasa ada cetusan perasaan sama antara kami berdua,” hurainya lanjut.
Hal yang harus diakui sebenarnya, Anuar telah memilih Nora untuk membintangi klip video untuk dua single terbaharunya, Ajari Aku dan Sempurnakan Aku.
Hubungan profesional antara dirinya dan Nora di set penggambaran kedua-dua video klip itu tegas Anuar, tidak melarat sehingga ke peringkat yang lebih mendalam.

Tegas Anuar: “Setakat ini saya masih solo.”
Pemilihan Nora hasil perbincangan dengan pengarah klip video tersebut, Ghaz Abu Bakar, kata Anuar dirasakan amat tepat.
Ini memandangkan Nora merupakan aktes yang berupaya menjiwai watak sebagai suri hatinya dalam klip video itu dengan berkesan.
“Naik bulu roma saya apabila bersama dengan Nora dalam set penggambaran yang sama. Dia seorang pelakon yang hebat dan boleh memberikan perasaan kepada kita.
“Nora merupakan jenama yang ada kredibiliti. Kalau bekerja, dia tidak akan mencampuradukkan dengan hal peribadi. Biasanya kami akan meluangkan masa bersembang seketika sementara menantikan penggambaran bermula,” ulas Anuar lagi.

Dua single
Selain Nora Danish, Anuar turut memilih Datuk Rahim Razali yang mendukung peranan sebagai bapanya dalam kedua-dua klip video tersebut.
“Banyak yang saya dapat belajar daripada mereka dan saya harapkan magis kali ini menjadi. Mereka adalah bintang dalam klip video ini,” luncur harapan Anuar.

INILAH dua keping foto gandingan mesra Anuar dan Nora di set penggambaran klip video Ajari Aku dan Sempurnakan Aku yang dimuatkan dalam Istagram Nora.


Single Ajari Aku dan Sempurnakan Aku dipilih Anuar selepas beberapa single terdahulu daripada album Anuar Zain 2011 iaitu Ku Berjanji Kerna Cinta dan Cinta Tak Harus Memiliki dilancarkan dua tahun lalu.

Anuar bagaimanapun turut meluahkan rasa kesal mengenai hasil kedua-dua single sebelum ini yang kurang memberikan impak kepadanya.
“Single Ku Berjanji Kerna Cinta kurang mendapat sambutan. Sedih memang sedih tetapi saya tidak berputus asa. Lagu seterusnya (Cinta Tak Harus Memiliki) juga mempunyai banyak jiwa, tapi mungkin kurang pendedahan untuk lebih diterima ramai.

“Peminat mendengar dan menilai sesebuah lagu yang dimainkan di radio, mereka juga ada hak untuk memilih. Saya tidak akan mengubah muzik dan nyanyian saya selama ini kerana saya fikir kita perlu memberikan kepelbagaian dengan cara sendiri,” getus pelantun lagu Sedetik Lebih itu.

Konsert
Pengumuman penting sebenarnya berhubung konsertnya pada 16 Februari tahun depan merupakan klimaks kepada pertemuan dengan penyanyi berbakat besar itu.
Konsert mega Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu kata Anuar akan menterjemahkan dirinya di kaca mata peminat sepanjang 30 tahun berkarya.

Bakal diiringi oleh pengarah muzik tersohor, Mac Chew, kembara konsert itu akan dipersembahkan dengan iringan 26 orang pemuzik berserta lagu-lagu hit sepanjang zaman.
“Lagu-lagu akan dipetik daripada album saya sejak tahun 1998 dan ditukar sedikit susunan muziknya. Selain itu, akan dipaparkan gambar-gambar saya dari kecil hingga sekarang.
“Pertama kali menjayakan konsert sendiri pastinya perasaan gemuruh itu ada, tapi tetap teruja memberikan yang terbaik kepada peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya yang sebelum ini berdepan dengan masalah kewangan sehingga terpaksa menunggu hingga tiba detik ini.
Konsert tersebut akan berlangsung pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sunday, 21 October 2012

Status cinta Nora Danish

SEJAK memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2008, pelakon cantik, Nora Danish sudah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menempuh kehidupan seharian.

Sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki termasuk penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, aktres kacukan Myanmar-Melayu itu pernah berhadapan dugaan paling besar apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga aktor Adi Putra yang juga heronya dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengelirukan, Nora sering memberi kenyataan yang berbeza sewaktu memberi jawapan tentang kekasih hati baharu.
Sebelum ini, dia pernah membuat kenyataan sedang mengenali seseorang, rapat dengan ahli perniagaan dan mengaku ada kekasih, tetapi selepas semua kenyataan tersebut keluar, Nora sering menafikan hal tersebut. Dia sebaliknya menuding jari dengan mengatakan pihak media kerap membuat andaian kurang benar terhadap kenyataan yang diberikannya.

Ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Aku Terima Nikahnya di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli, 4, itu bertindak memberikan jawapan terhadap status dirinya yang sebenar.
Ia sekali lagi jauh menyimpang daripada jawapan tentang dirinya telah dimiliki seperti yang dilaporkan beberapa minggu lalu.

Kosmo!: Sebelum ini Nora ada menyatakan sedang mengenali hati budi seseorang. Namun, Nora pernah juga membuat kenyataan tidak memiliki kekasih. Kemudian baru-baru ini Nora menyatakan sedang rapat dengan seorang ahli perniagaan pula. Boleh jelaskan yang mana satu betul?
NORA: Secara jujurnya saya memang sangat terkejut apabila dikatakan rapat dengan ahli perniagaan, sedangkan saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian sewaktu ditemu bual sebuah akhbar dua minggu lalu. Dalam temu bual tersebut, saya memberitahu buat masa sekarang saya memang berkawan dengan ramai lelaki, namun tidak terfikir untuk memilih salah seorang daripadanya untuk menjadi teman hidup saya.

Jadi, bagaimana boleh timbul kenyataan sedemikian?
Semasa saya memberi penjelasan yang sebenar ketika rakan-rakan wartawan bertanyakan soalan yang menyentuh tentang kehidupan peribadi terutamanya berkenaan teman istimewa, mungkin ada yang memberi interpretasi atau tafsiran berbeza terhadap kenyataan saya itu. Misalnya, apabila saya menyatakan berkawan dengan ramai lelaki, tetapi tidak mustahil salah seorang daripadanya serasi dengan saya. Tiba-tiba saya dikatakan sudah rapat dengan seseorang, sedangkan pada hakikatnya tiada sebarang hubungan istimewa yang wujud.

Setelah empat tahun bergelar ibu tunggal, adakah Nora sudah bersedia menamatkan zaman janda?
Memang saya akui sekarang mempunyai ramai kawan lelaki, namun tiada langsung perancangan untuk berkahwin dan saya selesa dengan keadaan sekarang. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada kerjaya dan membesarkan Rayqal.

Dalam sebuah akhbar baru-baru ini menampilkan gambar Nora dan aktor Adi Putra dalam keadaan yang sangat romantik. Tidak risau sekiranya peminat kembali membangkitkan isu yang mengaitkan anda sebagai punca berlakunya masalah perkahwinan Adi sebelum ini?

Bagi saya, gambar-gambar tersebut tidak memberi sebarang makna terhadap kontroversi yang pernah berlaku dan tujuannya sekadar untuk mempromosikan filem Aku Terima Nikahnya memandangkan kami berlakon sebagai pasangan suami isteri. Lagipun, kami berdua juga pernah bergandingan menerusi drama bersiri Tentang Dhia, namun tidak timbul pula sebarang cerita yang negatif. Sebagai pelakon, kami perlu bertindak profesional dan saya rasa gambar tersebut tidaklah melampau.

Bagaimana pula dengan gambar Nora yang cukup seksi itu?
Itu semua adalah gambar-gambar lama yang telah diambil sebelum saya mengerjakan umrah dahulu. Saya tahu ada segelintir peminat yang memberi persepsi negatif terhadap gambar berkenaan memandangkan mereka sangat berharap agar saya tidak lagi tampil seksi sekarang.
Apatah lagi, ketika mereka membaca kenyataan yang mengatakan saya akan bertudung. Saya menyatakan hasrat untuk mengubah penampilan memang ada cuma tidaklah terlalu drastik, tetapi tidak pernah pula berkata akan bertudung dalam masa terdekat ini.

Kosmo

Monday, 23 July 2012

Nora Danish Sedang mengenali seseorang

SUDAH menjadi lumrah buat mana-mana wanita yang bergelar seorang janda pastinya tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai, apatah lagi sekiranya bergelar seorang selebriti atau artis.
Begitulah yang turut dialami oleh pelakon cantik yang kini sudah empat tahun bergelar janda, Nora Danish Mohd. Hanif, 30, tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.
Pernah digosipkan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, lebih menarik lagi Nora juga turut dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Malaysia dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikenali sebagai Apek sebelum ini.

Bagaimanapun, segala gosip hangat yang melanda ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu seolah-olah tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang berkaitan dengan dirinya berlalu begitu sahaja.

Ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga semula memandangkan bekas suaminya sendiri sudah berkahwin lain, Nora menjelaskan semuanya terserah kepada jodoh.
"Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia bukan keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.

"Lagipun saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anak saya yang semakin membesar, manakala kerjaya seni saya juga semakin berkembang. Jadi, saya jarang terfikir sangat mengenai perkahwinan," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman program Irama di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Akui Nora, sepanjang dirinya bergelar janda tidak dinafikan memang ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, malah ada yang menyatakan rasa sanggup untuk menerima status dirinya serta anak tunggalnya itu.
Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama Puteri itu menyatakan tidak mahu terlalu terburu-buru mencari teman hidup agar tidak tersalah dalam membuat pilihan.
"Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.

"Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita," ujarnya yang tidak mahu mendedahkan lelaki yang sedang cuba menambat hatinya.

Berhati-hati
Selain digosip mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa lelaki, Nora Danish juga turut berhadapan dengan kontroversi hangat beberapa bulan lalu gara-gara gambar seksinya yang tersiar di sebuah majalah.

FIGURA manis ini menghentikan kegiatan seninya buat seketika sepanjang bulan Ramadan ini.


Lebih menarik lagi, gambar tersebut telah disiarkan sewaktu pelakon tersebut sedang mengerjakan ibadah umrah di Mekah sehingga menimbulkan persepsi negatif ramai pihak.

"Walaupun gambar-gambar yang disiarkan itu sudah lama diambil iaitu pada bulan Januari lalu, namun secara kebetulan ia telah disiarkan oleh majalah tersebut pada masa saya sedang mengerjakan umrah.
"Apabila tersiarnya gambar-gambar tersebut memang banyak maklum balas negatif yang diterima, tetapi saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak memandangkan semuanya dah berlaku," jelasnya.
Bertitik tolak daripada peristiwa yang berlaku itu, Nora menjelaskan, kini dia akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju untuk menjalani sesi fotografi dengan mana-mana penerbitan.

Ujarnya, dengan kontroversi yang melanda dirinya itu akan dijadikan pengajaran yang lebih berguna, malah dia juga akan lebih mengambil berat terhadap soal pemakaian untuk fotografi.

"Semenjak pulang daripada mengerjakan umrah saya memang sudah berhasrat untuk menjaga penampilan diri termasuk pakaian. Malah, segala kritikan dan teguran yang dilemparkan saya terima dengan hati terbuka untuk berubah ke arah yang lebih positif," ujarnya.

Tolak tawaran
Ditanya mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan, Nora menjelaskan pada bulan yang mulia ini dia akan berehat seketika daripada aktiviti seni serta tidak terbabit dalam sebarang penggambaran.
Jelasnya, dia terpaksa menolak tiga tawaran berlakon drama yang sangat menarik memandangkan jadual penggambaran ketiga-tiga drama berkenaan dilakukan pada bulan puasa.

"Pada tahun-tahun yang sebelumnya saya ada juga berlakon semasa bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya buat keputusan untuk berehat buat sementara waktu kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi filem 2 Kalimah bersama Shaheizy Sam dan selepas itu saya cuma menerima tawaran untuk mengacarakan program Irama yang akan disiarkan di TV3 pada hari raya ketiga," jelasnya.
Berkenaan dengan kerjaya lakonan pula, Nora memberitahu, dia gembira kerana semakin diberi kepercayaan untuk membawakan watak-watak yang lebih berat seperti filem Aku Terima Nikahnya dan 2 Kalimah serta drama bersiri Tentang Dhia.
"Sebelum ini saya kerap membawakan watak sebagai gadis remaja, kini saya berpeluang memegang watak yang lebih mencabar. Sebagai pelakon sudah tentu saya mahu membawakan watak yang berbeza dan sangat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan," ujarnya.

Kosmo

Sunday, 20 May 2012

Nora bukan punca cerai - Adi Putra

ADI bersama Nora Danish ketika sama-sama mengerjakan umrah, baru-baru ini. 

"SAYA dan Adi hanyalah teman dalam bekerja. Kami sama-sama terlibat dengan drama dan filem, itu sahaja," tegas Nora Danish menafikan hubungan istimewanya apabila dikaitkan dengan perceraian aktor terkenal Adi Putra bersama isterinya, Aida Yusof.
Jelas Nora lagi, dia sebenarnya terkejut dengan hasrat Adi untuk bercerai.

"Saya akui, masyarakat mudah membuat tanggapan kerana saya dilihat sebagai wanita yang paling rapat dengan Adi. Kami berlakon bersama. Kami pergi menunaikan umrah bersama-sama. Semasa saya hendak ke Mekah, orang kata saya mahu membawa hati kerana bekas suami, Jejai berkahwin dengan Fasha Sandha. Bila balik orang kata saya pergi berseronok dengan Adi. Kami sebenarnya pergi atas jemputan Triways Travel bersama rombongan peminat. Projek itu dibuat selepas kejayaan drama Tentang Dhia lakonan kami bersama," kata Nora ketika dihubungi Sensasi Bintang semalam.
Pengakuan jujur Adi yang mahu bercerai tambah mengejutkan apabila tindakan itu dibuat dua hari selepas dia pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Adi memfailkan permohonan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu. Saat itu juga, aktor berumur 31 tahun dan isterinya, Aida Yusof itu baru sahaja menyambut ulang tahun keenam perkahwinan mereka yang dimeterai pada 14 April 2006.

Siapa sangka, impian pasangan yang selama ini mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga itu bakal bertemu penamat yang menyedihkan.

Bercakap kepada Sensasi Bintang, ketegasan Adi berhubung isu itu kedengaran jelas. Dia langsung tidak melenting saat nama Nora Danish ditebak sebagai orang ketiga yang menjadikan rumah tangganya gagal dipertahankan.

Khabar angin itu diperkuatkan dengan tersebarnya gambar-gambar Nora dan Adi sepanjang mereka mengikuti rombongan umrah pada 27 April hingga 8 Mei lalu.
"Kerja tetap kerja dan masalah rumah tangga adalah masalah rumah tangga, itu dua perkara yang berbeza," kata Adi tenang menolak spekulasi.

Ditanya punca retaknya cinta terhadap Aida, Adi enggan menuding jari terhadap mana-mana pihak. Secara ringkas, kata Adi, semuanya berpunca daripada masalah dalaman mereka sendiri.
Berbanding Adi yang lebih terbuka dalam kes ini, isterinya, Aida memilih untuk bersikap tertutup. Barangkali tidak mahu merumitkan keadaan, Aida meminta semua pihak mendoakan kebaikan buat mereka berdua.

Menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas, Aida menulis: "Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas panjang. Saya berada di luar negara. Minta doakan yang baik-baik untuk kami. Apabila semuanya selesai nanti, akan saya jelaskan."
Aida memilih untuk merahsiakan lokasi 'persembunyiannya' buat masa ini. Ternyata dia mahu menyendiri dan membiarkan Adi membuat keputusan terbaik pada perbicaraan kes perceraian mereka yang dijadualkan bermula esok.

Berikut petikan perbualan Adi bersama Sensasi Bintang:
Mungkin boleh berkongsi sedikit tentang punca timbulnya isu antara kalian?
Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, biarlah saya dan isteri sahaja yang simpan masalah itu. Kalau saya cerita tentang masalah keluarga sendiri, ia seperti membakar pihak di kiri dan kanan.
Sejauh mana benarnya gosip yang mendakwa anda rapat dengan Nora akibat terlalu kerap berlakon bersama?

Ikut hukum akal, soalan itu tidak bernas untuk ditanya. Umum tahu saya berlakon dengan ramai heroin. Kerja tetap kerja dan masalah rumah tangga tetap masalah rumah tangga, itu dua perkara yang berbeza. Saya tidak mahu muncul artikel dalam akhbar bercerita tentang perceraian saya disebabkan orang itu atau orang ini. Kalau pergi mahkamah syariah pun, hakim tidak bertanya tentang gosip. Memang sudah prinsip saya tidak mencampurkan antara kerja dan kehidupan peribadi, kerana bagi saya, kerja juga satu ibadah.

Adakah keputusan dibuat kerana anda dapat petunjuk ketika melakukan umrah baru-baru ini?
Soal petunjuk, biarlah antara saya dengan Allah. Masalah rumah tangga hanya melibatkan saya dan isteri sahaja.

Ada khabar mengatakan anda dan isteri sudah tinggal berasingan?
Itu tidak benar! Walaupun saya telah menghantar permohonan cerai secara hakikatnya kami masih tinggal sebumbung dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.
Bagaimana emosi anda ketika ini?
Emosi saya masih terkawal kerana kita ada akal fikiran yang mengawal emosi.

Tolong jangan kaitkan saya - Nora Danish


KUALA LUMPUR - Pelakon popular Nora Danish menyangkal khabar angin yang tersebar di internet mendakwa dia punca pergolakan rumah tangga aktor Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.
Tegas Nora, dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan antara dia dan Adi memang tiada hubungan istimewa.

"Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi.
"Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya," jelas Nora ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aida di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu iaitu dua hari selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.
Adi dan Nora sama-sama menunaikan umrah kerana kedua-duanya merupakan duta kepada sebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah.

Nora turut menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan Adi itu kerana aktor kacak tersebut dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah rumah tangga semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

'Saya mohon maaf' - Nora Danish

GAYA seksi Nora Danish yang disiarkan dalam sebuah majalah mengundang kontroversi. 


KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya.
"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.
Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters