Jom Buat Duit

Thursday, 31 July 2014

Israel Bom Sekolah PBB di Gaza

GAZA - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 20 terbunuh selepas Israel memperhebatkan serangan darat dan udara dengan membedil sebuah sekolah milik  Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Jamaliyah, kelmarin.

Serangan ganas itu dilancarkan selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa menemui sejumlah senjata di beberapa sekolah dan pusat penempatan sementara sebelum ini.

Seorang petugas di pejabat PBB yang enggan dikenali berkata, dua bilik darjah yang dikelolakan oleh Badan Bantuan dan Petugas PBB musnah sama sekali.

“Sasaran itu dilancarkan di kem perlindungan penduduk Palestin. Selepas bedilan itu, kami lihat penduduk mencari cebisan mayat dan membawa keluar mayat berlumuran darah. Ramai anggota keluarga menangis dan pengsan apabila melihat mayat anak dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PBB, Chris Gunness mengutuk keras serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.

“Ini adalah pusat perlindungan dan sekolah. Serangan ini adalah pelanggaran hak dan mencabuli perjanjian PBB. Mereka juga memusnahkan harta benda milik PBB dan serangan ini amat melampau,” katanya, dipetik dari laporan  AFP/ IB Times.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters