KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami
kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin selamat menjalani
pembedahan selama enam jam di Hospital Southland, Invercargill, New
Zealand semalam.
Difahamkan, Datuk K dibawa ke bilik pembedahan kira-kira pukul 9.30
pagi semalam waktu Malaysia (pukul 1.30 petang waktu New Zealand).
Beliau selesai menjalani pembedahan pada kira-kira pukul 4 petang waktu Malaysia (pukul 8 malam waktu New Zealand).
Pembedahan itu melibatkan bahagian belakang badannya, bagaimanapun
tidak dinyatakan sama ada ia membabitkan tulang belakang atau
sebaliknya.
Siti menerusi akaun laman sosial Twitter @CTNurhaliza11 memberitahu,
pembedahan ke atas suaminya yang mengambil masa kira-kira enam jam itu
berjalan lancar.
"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. Mohon doakan
terus. Terima kasih semua, hanya Allah yang akan membalas jasa baik
kalian," katanya.
KOSMO
No comments:
Post a Comment