DATUK K dan Siti Nurhaliza menunggang motosikal berkuasa
tinggi dengan gaya tersendiri semasa menyertai Kembara 1Malaysia tahun
lepas.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami
kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengalami
kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi,
Harley Davidson di Queenstown, New Zealand, semalam.
Kemalangan yang berlaku pada sekitar pukul 12 tengah hari waktu
Malaysia (pukul 4 petang waktu tempatan) itu mengakibatkan Datuk K patah
bahu selain cedera di tangan dan kaki.
Suami Siti Nurhaliza yang berusia 53 tahun itu kini dirawat di
Hospital Southland, Queenstown setelah dia diterbangkan ke hospital itu
dengan sebuah helikopter. Keadaannya dilaporkan stabil.
Hospital tersebut terletak di Invercargill, kira-kira 190 kilometer atau dua jam perjalanan dari Queenstown.
Menurut kakak Datuk K, Datin Zaiton, adiknya itu ke New Zealand atas
urusan perniagaan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk
bercuti bersama rakan-rakannya.
“Datuk K pergi ke sana kerana kerja dan dalam masa yang sama
mengambil kesempatan bercuti dengan membawa motosikal berkuasa tinggi di
sana.
“Saya diberitahu, kemalangan itu berlaku disebabkan dia gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan tercedera.
“Buat masa ini, dia masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” kata Zaiton ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo
No comments:
Post a Comment