Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan
tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus
menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan
saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji
seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah
majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia
berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang
dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu
belakang dengan memotong jeriji tingkap.
Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya
tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak
perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.
Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat
apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa
rogol.
“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun
rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas
memperkosanya.
MyMetro
No comments:
Post a Comment