KIEV - Para pejuang pemisah menembak jatuh sebuah kapal terbang
pengangkut milik Ukraine semasa ia hendak mendarat di bandar Luhansk
awal semalam.
Semua 49 anggota tentera yang menaiki pesawat tersebut terbunuh dalam
kejadian yang melibatkan kematian paling ramai dihadapi kerajaan
Ukraine.
Ketika kejadian, pesawat tersebut menghantar anggota-anggota tentera
yang akan menyertai operasi mengentikan pemberontakan di timur Ukraine.
Kementerian Pertahanan Ukraine menyatakan dalam satu kenyataan,
pesawat II-76 itu ditembak dalam satu serangan dengan menggunakan
senjata antipesawat dan mesingan.
Perbalahan terbaharu itu berlaku dalam minggu ini selepas tentera kerajaan menawan semula Pelabuhan Mariupol kelmarin.
Ukarine memperoleh Presiden baharu, Petro Poroshenko seminggu lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment