Ampang: “Anak derhaka! Tergamak dia menghempuk kepala saya dengan
kerusi hingga cedera teruk,” luah seorang lelaki warga emas yang hanya
ingin dikenali sebagai Murad, 87, selepas dipukul oleh anak perempuannya
sendiri.
Murad yang tinggal bersama anak perempuannya berusia 50-an mendakwa
turut dihamburkan kata-kata kesat susulan tindakannya menegur perbuatan
sumbang anaknya itu bersama bekas menantu di kediamannya di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8 malam Selasa lalu, apabila dia
mendapati anak perempuannya itu masih ‘bermesra’ dengan bekas suami
walaupun mereka sudah bercerai.
“Saya yang tidak tahan melihat gelagat mereka bertindak menegur dan
menasihati anak saya itu. Bagaimanapun niat baik saya itu dibalas
dengan hamburan kata-kata kesat.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut membaling botol minuman ke arah saya
sebelum mencapai kerusi kayu berhampiran. Kerusi itu kemudian dipukul
sekuat hati ke arah belakang tubuh dan kepala saya,” katanya. Harian Metro
No comments:
Post a Comment