SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri
dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas
kira-kira jam 10 malam tadi.
Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu,
tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan
pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang
diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam
satu kenyataan ringkas.
Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya. Sinar
No comments:
Post a Comment