MIRI - Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak
dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, tengah
malam semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata,
kejadian berlaku pukul 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal
berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.
Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut Tian Kee, remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang
bertindak mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di
bahagian belakang rumah.
"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Tian Kee.
Tambahnya, suspek dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur,
kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk
memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. - Bernama
No comments:
Post a Comment