JAKARTA - INDONESIA. Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar
meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di
Jakarta Utara pada Khamis.
Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang
polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico
Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.
"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal
kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.
Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi
jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan
jalan konkrit.
Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.
Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini
menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk. - Bernama
No comments:
Post a Comment