BUCHAREST (Romania): Doktor negara ini berkata, bekas perdana menteri
yang menembak dirinya di leher dalam percubaan membunuh diri akan
menjalani pembedahan.
Adrian Nastase dimasukkan ke hospital kelmarin selepas dia
menembak dirinya, beberapa jam selepas mahkamah tinggi negara itu
memerintahkan dia dikenakan hukuman penjara dua tahun atas dakwaan
rasuah.
Pakar bedah plastik, Ion Lascar semalam berkata,
kumpulan doktor akan cuba merawat kecederaan dialami Nastase, tetapi
tidak menyatakan tarikh tepatnya.
Bekas presiden yang juga sekutu rapatnya, Ion Iliescu berkata,
percubaan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah itu dan menahan
Nastase dianggap “tidak berperikemanusiaan.” Dia berkata, Nastase yang
mencecah usia 62 tahun hari ini, mendakwa dirinya tidak bersalah.
Anggota kanan parti pembangkang, Vasile Blaga menganggap insiden
tembakan itu “mengejutkan” dan “satu tragedi.” - AP
No comments:
Post a Comment